|
View: 601|Reply: 10
|
Eksesais Aman Youyi 2025, Penduduk Selangor jangan panik nampak tentera asing
[Copy link]
|
|
|
PETALING JAYA – Orang ramai di sekitar Selangor dinasihatkan agar tidak panik atau cemas sekiranya melihat kehadiran anggota tentera asing, pergerakan kenderaan serta konvoi aset ketenteraan bermula hari ini hingga tamat eksesais.
Markas Angkatan Bersama (MK AB) dalam kenyataan berkata, situasi itu berikutan pelaksanaan Eksesais Aman Youyi 2025 antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan People’s Liberation Army (PLA), China yang akan diadakan dari 15 hingga 23 Oktober ini.
“Eksesais yang diadakan setiap dua tahun sekali bertujuan untuk meningkatkan kebolehoperasian bersama antara ATM dan PLA, memperkukuh hubungan ketenteraan dua hala serta mempertingkat kesiagaan dalam melaksanakan operasi kemanusiaan dan keselamatan maritim di rantau ini,” kata kenyataan itu.
Latihan ketenteraan itu akan dijalankan di beberapa lokasi sekitar Selangor termasuk Klang, Subang, Puchong serta perairan Selat Melaka.
Sumber :- Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa sebut Eksesais? Macam indon dah bunyi..kenapa tak sebut Latihan je? Ke maksud Eksesais tu merujuk maksud lain? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang maksud dia latihan (excercise), tu lah tak faham, dah bertahun berdekad dah Tentera Darat, takkan masih nak guna istilah pinjaman lama macam ni, padahal negara luar elok tulis penuh je 'military exercise' atau manoeuvre, translate bahasa Malaysia Latihan Ketenteraan, Latihan Kecekapan Pergerakan Ketenteraan. Pengaruh bahasa yindon masih menebal eh suka pinjam2 direct bunyi ejaan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kotakbaju replied at 13-10-2025 06:44 PM
Kenapa sebut Eksesais? Macam indon dah bunyi..kenapa tak sebut Latihan je? Ke maksud Eksesais tu me ...
Ketimbang, tatakelola |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kotakbaju replied at 13-10-2025 06:44 PM
Kenapa sebut Eksesais? Macam indon dah bunyi..kenapa tak sebut Latihan je? Ke maksud Eksesais tu me ...
Mungkin kerana military exercise tak macam latihan bolasepak. Sebab itu istilah itu dipinjam. Seperti juga exercise ptg2 nak kasi kurus. Itu pun bukan latihan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalo difikirkan, tentera China byk kelebihan dari segi geografi dan bentuk muka bumi utk training. Sgt2 diverse. Agak2nya dah lama bersedia dgn warfare dlm hutan tropika, gurun, tanah tinggi, kawasan cuaca sejuk yg ekstrem etc Malaysia hanyalah bersaiz semut merah di mata CCP Barangkali latihan ni lebih kepada utk menjalinkan persahabatan antara dua negara gituhh. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ekcecayes
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
China ni paramilitary dia tersangat ramai. ada 650,000 ribu.anggaran.jika tiup wisel. paramilitary ni boleh pakai baju askar dan run segala aset
tank dan vehichels. all out .
Paramilitary = separa askar.
macam di Malaysia :
Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)
Unit Tindakan Khas ( UTK )
Pasukan gerakan AM (PGA) ,
69 Komando (VAT 69) ,
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ,
Pasukan Special Tactics And Intelligence Narcotics Group (STING) ,
Pasukan Special Task Force For Anti Vice Gambling and Gangsterim ( STAGG)
Pasukan Special Task Force On Organised Crime ( STAFOC )
Pasukan Simpanan Persekutuan ( FRU )
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|