|
View: 365|Reply: 1
|
Cemburu isteri mesej lelaki lain, suami terajang berulang kali sampai mati
[Copy link]
|
|
|
SEORANG lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh isterinya akibat cemburu.
Alan Wang, 61, bertindak ganas selepas mengetahui isterinya, Hongyan Yang, 35, berbalas mesej dengan lelaki lain.
Mahkamah diberitahu Wang bertindak menerajang wanita itu berulang kali sehingga mangsa tidak sedarkan diri.
Mangsa mengalami kecederaan teruk sehingga dia berhenti bernafas sebelum sempat dihantar ke hospital.
Hasil bedah siasat mengesahkan Yang meninggal dunia akibat hentakan kuat ketika diserang.
Ahli keluarga turut memberi keterangan sepanjang perbicaraan termasuk butiran mengenai perkahwinan pasangan berkenaan.
Hukuman ke atas Wang dijangka diputuskan pada 12 November.
Kejadian berlaku di Naperville, Illinois, Amerika Syarikat. -Agensi.
Sumber : mStar |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hujung2 baru bg tau berita dari AS.
Dah la tajuk x letak remark. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|