CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
1234Next
Return to list New
View: 6252|Reply: 63

Aaron Aziz terkejut anak jadi sasaran, Sharina Richie tuntut saman fitnah RM2 juta

[Copy link]
Post time 10-10-2025 09:19 AM | Show all posts |Read mode





PELAKON Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa terkejut selepas menerima surat tuntutan (LOD) daripada pempengaruh media sosial, Sharina Richie, yang didakwa mahu menyaman anak perempuannya, Dwi Ariana, sebanyak RM2 juta.


Menurut Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 49, surat itu diterima pada pagi Khamis dan mendakwa anaknya langsung tidak melakukan sebarang kesalahan berat sehingga perlu diheret ke mahkamah.







"agi tadi (9 Oktober) saya terima satu LOD yang agak mengejutkan. Pihak sana (Sharina) mahu menyaman anak saya sebanyak RM2 juta.


“Saya tak faham apa salah anak saya. Dia sekarang berada di luar negara dan sedang menempuh musim peperiksaan. Kalau nak serang, serang saya.


“Anak saya cuma bertanya kenapa video tak dipadam dan minta penjelasan," katanya kepada mStar.


Sebagai seorang bapa, Aaron berkata, dia tidak akan membiarkan perkara ini berlalu begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila nama anaknya turut disebut secara terbuka di media sosial.


"Awalnya saya dan isteri tak nak beritahu anak kami sebab kami risau ganggu emosinya.


“Tapi bila pihak sana sendiri muat naik video dan sebut nama anak saya, saya tiada pilihan. Saya perlu tampil dan pertahankan dia," ujarnya.







Dalam pada itu, isteri Aaron, Datin Diyana Halik, menegaskan dia tetap akan meneruskan tindakan saman terhadap Sharina dan telah menyerahkan sepenuhnya urusan itu kepada peguam mewakili mereka iaitu Mahmud Jumaat, untuk langkah seterusnya.


"Buat masa ini kami akan teruskan saman. Selebihnya, kami serahkan kepada peguam kami untuk beri nasihat dan tindakan yang wajar," jelasnya.


Sebelum ini, konflik antara keluarga Aaron dan Sharina mula tercetus susulan penularan sebuah video yang memaparkan kenyataan berbaur sensitif.


Video tersebut menyaksikan Sharina mengecam tindakan Aaron berkaitan isu Palestin, sekali gus mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.


Bagaimanapun, Sharina telah memadam hantaran tersebut dan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Aaron.


Walaupun sudah memohon maaf, Sharina tetap menerima kritikan hebat di media sosial, termasuk dakwaan menjadi sasaran serangan peribadi daripada sesetengah pihak.


Sharina turut membuat laporan polis selepas mendakwa menerima pelbagai bentuk ancaman terhadap dirinya dan ahli keluarga.


Peguam yang mewakili Sharina, Tun Laila, memaklumkan bahawa pihaknya telah menjalankan prosedur undang-undang yang sewajarnya berhubung situasi tersebut dan bersedia untuk membawa kes ini ke muka pengadilan.


Sumber : mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2025 09:24 AM | Show all posts
Eh... eh... kes apa pulak ni?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2025 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Tun laila lawyer kaki fitnah ni? Ermmm
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2025 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak pak harun tak baca bodgos ka?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2025 09:50 AM | Show all posts
pulak dah
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2025 09:52 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 10-10-2025 09:31 AM
Anak pak harun tak baca bodgos ka?

apa gosipnya noks mak pun tak baca mohon disuap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2025 10:00 AM | Show all posts
sharina ni kecam video sekerat2 yaaron kan? lps tu netizen serang sharina ni balik siap ugut nk rogol cmtu la.. tp yg sharina ni nk saman ank yaaron psl ape?

tula kak elok2 main kete kau sibuk hal2 gini.. ptotnya smbil2 post psl kete tu masukkan la psl palestine tp jgn guna post / video org lain.. kan da mendapat... kau kecam org takpe, org kecam kau siap nk saman itu ini..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2025 10:11 AM | Show all posts
haah jap, bukan dia ke yg upload vid sekerat2 sampai pakcik tu kena kecam netizen? ttiba nak disamannya anak pakcik tu plak? like weh, i confuse.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2025 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 10-10-2025 09:52 AM
apa gosipnya noks mak pun tak baca mohon disuap

Cer baca komen2 poremer kat ataih ni.. pakcik harun buat komen, tapi diambil sekerat merujuk kpd palestine.. kiranya out of context kott..

So acik sharina ni buat bideo pasai bideo sekerat pak harun.. then kena kecam.. tiber nak saman anak harun sbb dia tanya awat bideo acik sharina masih bergentayangan.. iols pun tak paham sgt.. tau sikit2 mcm tu..kalau salah, harap kaka bleh dptkan drp acikporem lain..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2025 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
eh, kenapa nak saman anak aaron pulak? anak dia hanya nak pertahankan maruah ayah dia je. mintak suruh buat permohonan maaf dan delete video fitnah ke atas ayah dia je

kesian pulak dekat anak aaron
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2025 11:48 AM | Show all posts
Tak kan kemana la kes macam ni. Silap2 ni si Sharina ni yg kena bayar 2 juta. Dia yg upload video pasal Aaron konon tak support hal2 Gaza tu kan. Tapi konteks video Aaron tu dikerat2 mcm nak tunjuk Aaron ni tak support Palestine. Orang pon mula la kecam Aaron konon sebab dia Singaporean, Israel in Asia, mcm gitulah. Kecewa la pakcik Aaron ni. Aaron pon tunjuk bukti video full yg dia kata lain, tapi Sharina ni kerat2 video jadi lain, jatuh fitnah. Anak Aaron plak tegur pasal kenapa video tak take down (now dah takde down kot), tapi acik Sharina kata anak Aaron buli dia. Ah sudahhhh.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2025 12:30 PM | Show all posts
bnyk naw masa budak ni nak godek video org, nak judge org tu sokong ke tak sokong..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2025 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Cara pantas nak dapat duit saman org juta2. Teruk terukkkk
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2025 12:48 PM | Show all posts
bukan awal2 aritu datuk dan datin yg kata dia org nak saman shahrina ni, napalak tetiba peguam shahrina dah dulu antau LOD ke pihak datuk datin

ke peguam datuk datin iaitu peguam Mahmud Jumaat tunggu ari jumaat ni baru nak hantar
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2025 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Gaduh la korang tadak laif memasing.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2025 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi 2 juta. Saya tunggu dan lihat je lah pengakhiran mcm mana.   kang aku pulak yg dpt LOD
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2025 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa pulok ni.. Tetibo jer.. Guwe tarak ada ttok.. Apa kes? Boleh bagi pencerahan tak?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2025 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
aammyy replied at 10-10-2025 01:10 PM
Amboi 2 juta. Saya tunggu dan lihat je lah pengakhiran mcm mana.   kang aku pulak yg dpt LO ...

Harus la juta2.. baru gempak...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2025 02:14 PM | Show all posts
baru hari ni tau kewujudan minah ni... yg loyer tiktok ni pun sama la naik...siap perli netizen kat ig story dia ckp tak tau pulak kena mintak kebenaran netizen kalau nak amik kes...haih laaa minah ni lagi tak ngaku dia soliciting, dah ko bagi komen2 sana sini tu dah dekat2 la dgn soliciting tu...cer tgk kamus webster...apa apa je lahh...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2025 02:35 PM | Show all posts
kes apa ni..tertinggal kereta api
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2025 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.045472 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list