|
|
Teka teki mengenai hubungan penyanyi dan pelakon, Amira Othman bersama Fattah Amin akhirnya terjawab apabila pasangan itu mengesahkan bakal bernikah pada Ahad ini.
Lebih istimewa, Fattah membuat kejutan istimewa di majlis pelancaran single terbaru Amira dan adiknya, Irfan Haris berjudul Rasa & Takdir.
Sementara itu, rata-rata netizen dilihat membanjiri ruangan komen muzik video lagu terbaru Amira itu serta menitipkan doa buat penyanyi itu dan Fattah yang bakal berkahwin.
Turut menjadi perhatian, ada yang mengatakan pada awalnya seakan tidak percaya dengan pengumuman berkenaan dan seperti mahu menangis sebaik saja mendapat tahu mengenai berita tersebut.
Dalam pada itu, ada yang mengatakan mereka sebak mendengar lagu berkenaan namun dalam masa yang sama tumpang gembira dengan berita perkahwinan pasangan itu.
Sumber - Rotikaya |
|