Semalam teka teki akhirnya terjawab apabila penyanyi Amira Othman dan pelakon Fattah Amin bakal mendirikan rumah tangga pada Ahad ini.
Dalam satu temu bual, Amira berkata persiapan majlis pernikahan mereka masih sedang berjalan serta memohon orang ramai mendoakan yang baik-baik.
“Alhamdulillah ketika ini saya masih melakukan persiapan, hopefully semua berjalan lancar.
“Mohon doa daripada kalian agar semua baik-baik. Ini juga mungkin asbab daripada doa-doa kalian, saya harap semuanya berjalan dengan lancar. Doakan yang terbaik untuk kami,” katanya.
Bakal bergelar isteri tidak lama lagi, Amira berkata berkata dia mahu menjadi versi terbaik dirinya serta percaya dalam rumah tangga akan ada ujian namun baginya matlamat utama perkahwinan untuk bersama-sama menuju ke syurga.
“Kita perlu percaya kepada takdir kerana Allah adalah sebaik-baik perancang. Urusan ‘timing’ pun DIA yang susun. Untuk melangkah ke fasa seterusnya saya perlu bertawakal dan sudah tentu saya perlu menjadi yang terbaik.
“Saya ingin menjadi versi terbaik diri saya supaya semuanya baik-baik sahaja. Saya percaya pasti akan ada ujian, turun dan naik tetapi perkahwinan itu matlamatnya ingin ke syurga,” katanya.
Sumber - Era Instagram, Rotikaya