Sejak semalam hangat diperkatakan di media sosial mengenai pengumuman majlis pernikahan pelakon Fattah Amin dan Amira Othman.
Rata-rata peminat gembira apabila pasangan itu mengumumkan majlis pernikahan mereka akan diadakan pada Ahad ini bersempena ulang tahun kelahiran Fattah yang ke-35.
Sementara itu, komen seorang individu ini menjadi perhatian dimana dia tidak kisah dengan keputusan Fattah untuk bernikah lagi namun meminta agar tidak melukakan hati anaknya, Fatima Aisya.
Jangan lukakan hati Fatima, tu je. Kau besarkan dia baik-baik, jangan buat Fatima sedih. Aku benci jantan gini, happy menggelenyar dengan orang baru, tanggungjawab kat anak terus lupa,” katanya.
Dalam pada itu, individu tersebut turut mengatakan hati dan perasaan anak juga turut menjadi tanggungjawab sebagai seorang bapa.
Sumber - Beautifulnara, Rotikaya