CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1838|Reply: 12

‘Tak berbaloi, sayang kawan pun perlu ada hadnya’ - Shila Amzah

[Copy link]
Post time 8-9-2025 02:20 PM | Show all posts |Read mode





Buat baik berpada-pada, penyanyi Shila Amzah mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dalam memberi sokongan kepada rakan kerana bimbang memakan diri sendiri.


Ujar Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, 34, pada usia 30-an, seseorang pasti berdepan dengan pelbagai ragam kawan yang sering dibelenggu masalah hubungan seperti kecurangan, keganasan rumah tangga bahkan hutang.


“Apabila masuk umur 30-an, kita akan jumpa kawan yang tidak pernah lepas daripada masalah cinta. Ada curang, ada kena pukul, ada pula terbeban hutang. Akhirnya mereka datang menangis minta nasihat.


“Namun selepas puas kita menasihatkan, mereka kembali berbaik dan kita pula jadi salah.


“Kadang-kadang, sayang kawan pun perlu ada hadnya,” tulisnya dalam Thread.


Tambah pelantun lagu Masih Aku Cinta itu, tidak semua rakan berbaloi untuk disimpan dalam kehidupan apatah lagi apabila seseorang itu berperangai toksik.


Disebabkan itu, dia memilih untuk mengecilkan lingkaran sosialnya untuk menjaga kesihatan mental dan ketenangan jiwa.


“Hujung-hujung mereka kata, ‘awak tahu tak si A suruh saya berpisah dengan awak.’ Hakikatnya memang ada kawan yang tidak berbaloi langsung untuk kita kekalkan dalam hidup.


“Lebih baik kita jaga diri sendiri daripada membuang masa dengan orang yang asyik berdrama putus dan bersambung cinta tanpa kesudahan.


“Sebab itu bila usia meningkat, lebih baik kita kekalkan lingkaran kawan sekecil mungkin. Lingkungan kecil itu jauh lebih menenangkan fikiran,” ujarnya.


Rata-rata netizen menyokong pandangan Shila dan mengakui mereka turut pernah melalui pengalaman sama, selain memuji keterbukaan penyanyi itu berkongsi kisah kehidupan peribadi sebagai pengajaran.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2025 02:36 PM | Show all posts
la..marah sapa?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2025 02:45 PM | Show all posts
kawan dia berape ketol je?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2025 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
jula7 replied at 8-9-2025 02:36 PM
la..marah sapa?

Dia bg nasihatt kan adik nyaa syada amzah tulaa..
Kan ke syada dituduh masuk campur urusan perkahwinan kawan syada tu yg apa ntah namanya..yg suami kawannya tu marah..aritu ada viral...

Maybe kawan syada tu ada minta nasihat syada tentang  masalah hubungan dgn suami..maybe ada cerita pasal perangai suami toksikk..tapi akhirnyaa si kawan syada tu tetap laa bersama blk dgn lakinyaa..last2 si syada laa yg disalahkann
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2025 04:58 PM | Show all posts
kawan pinjam duit paling perlu dielakkan... learn to say NO
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2025 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
anggeriklatifah replied at 8-9-2025 03:36 PM
Dia bg nasihatt kan adik nyaa syada amzah tulaa..
Kan ke syada dituduh masuk campur urusan perkahw ...

Ya aku pun paham gitu
Sbb kalau aku pun akan elakkan bagi sepatah dua kata nasihat
Pada org yg gaduh laki bini dan gaduh adik badik
Sbb dorang tu kalau berbaik kita gak yg akan rasa janggal nanti.

Tunggu je dia gaduh ngn kita mcm2 dia burukkan kita plak kat pasangan or adik badik dia
Ujung2 kita je yg akan nampk jahat dan busuk
Walhal…..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2025 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
si gundu ni sejak dh kuyus banyak bercakap seolah olah mcm pakar motibasi
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2025 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 8-9-2025 05:00 PM
Ya aku pun paham gitu
Sbb kalau aku pun akan elakkan bagi sepatah dua kata nasihat
Pada org yg gad ...

Kalau kau baca kat group2 fb byk betina2 gila suka luahkannn perasan tentang laki masing2...diorng cerita memg jahat sgt suaminyaaa mcm iblis laaa kalau ikut cerita diorng.. pastu nnt ade la komen suggest suruh cerai then betina gila akan deny komen ...so aku kdg2 tak faham kenapa betina2 gila suka luah kan perasan dan cerita perangai suami yg dari ceritanya suaminyaa memg jahat...tapi taknak cerai..then berbalik ke suaminyaa... So motif cerita?? Sebb itu bila.sesiapa cerita pasal laki masing2 yg kejam dan jahat kau abaikan je.  Gelak pon takpe..sebb biasanyaa diorg akan berbaikk...bak kata shila..putus sambung relationship ni bahaya...last2 yg kena org yg menasihati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2025 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Pic dia baju biru gelap tu kenapa mcm takde leher
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2025 09:18 AM | Show all posts
kAwan yg suka pinjam duit is a big No No NO hokey - ujarku menasihati acik2 porem
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2025 03:21 PM | Show all posts
anggeriklatifah replied at 8-9-2025 03:36 PM
Dia bg nasihatt kan adik nyaa syada amzah tulaa..
Kan ke syada dituduh masuk campur urusan perkahw ...

ooo cenggitu...
apoo punya kawan lahhh..
dah tu..busuk dah heboh macam2...

siap nak kena saman...
playbiktimmm...
coiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2025 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
i is nak cakap pasal ni. betul ke lakinya keje lalamove?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2025 09:16 AM | Show all posts
anggeriklatifah replied at 8-9-2025 05:59 PM
Kalau kau baca kat group2 fb byk betina2 gila suka luahkannn perasan tentang laki masing2...diorng ...

betul...last2 ngandung lagi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2025 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.050329 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list