Isteri kepada pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh meluahkan rasa syukur apabila status perkahwinannya disahkan Mahkamah Rendah Syariah Johor.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Fara berkata selepas ini dia mahu menyelesaikan urusan perceraiannya dengan pelawak itu pula.
“Alhamdulillah, perkahwinan sah. Hang in there, Nada Selepas ini nak selesaikan urusan perceraian pula,” katanya.
Sementara itu, memetik mStar Online, Fara berkata dia perlu mendapatkan sijil pernikahan sebelum membuat pengesahan perceraian.
Tambahnya lagi, dia tidak mahu namanya dikaitkan dengan Shuk selepas perceraian mereka sah di mahkamah.
“Proses sekarang ini saya perlu dapatkan sijil kahwin dalam tempoh sebulan. Lepas dapat sijil nikah baru boleh selesaikan urusan cerai InsyaAllah dalam tahun ini.
“Saya nak bebas dari turun naik mahkamah, saya tak nak jumpa dia (Shuk) atau terkait lagi dengan dia,” katanya.
Sumber: mStar Online, Rotikaya