CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4585|Reply: 33

"Kes khalwat jadi ‘jenayah orang miskin’, bukan kerana orang kaya tak buat, tapi mereka tak tertangkap." – Bekas Menteri Undang-Undang

[Copy link]
Post time 2-9-2025 11:39 PM | Show all posts |Read mode





Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Mohd Zaid Ibrahim berpendapat undang-undang khalwat bersifat kabur dan pelaksanaannya cenderung menekan golongan miskin.


Katanya pada Malaysia Gazette, serbuan lazim dilakukan di hotel murah atau tempat awam, manakala golongan kaya jarang didakwa kerana mampu menyewa apartmen mewah atau mengatur cara lebih sulit.


Jelasnya,


"Kes khalwat jadi ‘jenayah orang miskin’, bukan kerana orang kaya tak buat, tapi mereka tak tertangkap."


Zaid turut merujuk kes pasangan di Kuantan dipenjara kerana gagal bayar jaminan RM1,500, jumlah yang terlalu berat bagi golongan bawahan.


Justeru beliau menggesa supaya khalwat dinyahjenayahkan, kerana ia isu moral peribadi individu dengan Tuhan.


Menurutnya, undang-undang sepatutnya fokus kepada kes serius seperti penderaan seksual dan keganasan rumah tangga, manakala akhlak boleh dibentuk melalui pendidikan dan kaunseling, bukan hukuman atau pencerobohan privasi.


Sumber: Malaysia Gazette, Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2025 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
'Justeru beliau menggesa supaya khalwat dinyahjenayahkan,'

Liwat pun sama. Percaya lah sgt botem yang berangan kena rogol tu padahal dia yg kasi free.

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2025 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Herkkkk semua kes pun terkait kepercayaan kepada tuhan la gitu. Asal plak khalwat je
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2025 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Aikk?? Nak glamer balik ker.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2025 01:58 AM | Show all posts
what an odd thing to say..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2025 02:56 AM | Show all posts
geng liberal ni ramai je sebenarnya dah tak percaya agama lagi.. jadi jangan terkejutlah kalau dia selalu bagi buah fikiran yang sonsang mcm ni..

dulu dia pernah komen pasal cadangan untuk budak sekolah diwajibkan untuk solat zuhur dulu sebelum balik, tu sebagai "mengarut"... kalau nak ajar budak sekolah solat berjemaah pun dia anggap mengarut.. jadi apa ko nak heran kalau statement mcm ni lagi?

boleh cari dlm blog dia tulis tu, kalau dia tak edit lah.. pemikian liberal zaman skrg ni dah byk berubah jadi parah.. dia nak manusia tu bebas dari hukum akal konon hak kemanusiaan.. nak sangat jadi mcm barat.. western decadence  

maaf cakap, kalau kau bagi alasan freedom of speech, so aku pun pakai alasan yg sama dkt sini.. aku tak provoke sesapa pun, cuma kongsi pendapat peribadi je.. sama mcm ko lah kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2025 03:34 AM From the mobile phone | Show all posts
clueless_gamer replied at 3-9-2025 02:56 AM
geng liberal ni ramai je sebenarnya dah tak percaya agama lagi.. jadi jangan terkejutlah kalau dia s ...

Aku suka baca ulasan Dr MAZA berkenaan dosa peribadi ni.

https://m.malaysiakini.com/news/433773#google_vignette


Isu LGBT telah menarik perhatian rakyat Malaysia. Ia mungkin satu pengalaman baru bagi sesetengah pihak khususnya masyarakat yang kurang terdedah kepada berita dunia luar yang semakin rencam. Namun, di Barat, isu tuntutan hak golongan LGBT bukan lagi sesuatu yang baru. Jumlah golongan ini dan kadar simpati kepada golongan ini juga meningkat.

Dunia teknologi maklumat yang begitu pantas menjadikan pelbagai budaya dan amalan di tempat yang berbeza hadir ke tempat lain dengan pantasnya. Silang budaya dan cara fikir telah membentuk dunia yang baharu. Siapa yang lebih dominan, dia akan menguasai kempen budaya dan pemikiran. Akhirnya, diangkat slogan dan laungan mereka.

Maka, janganlah hairan jika banyak isu-isu baharu yang dahulunya ganjil tetapi hari ini menjadi sebahagian daripada isu penting yang kita wajar menanganinya.
Bagi muslim dan juga non-muslim, di sini saya ingin menyebut beberapa perkara berkaitan sikap Islam terhadap golongan LGBT ini untuk difahami.

Hubungan seks dengan jantina sejenis menyanggahi fitrah (natural disposition) dan agama yang lurus (dalam konteks ini, Islam). Namun begitu, Islam tidak membenarkan kita menuduh seseorang melakukan hubungan seks yang salah seperti menuduh perbuatan homoseksual atau zina.

Pengakuan Maiz bin Malik al-Aslami
Bahkan kita disuruh mengelakkan daripada menerima pengakuan perlakuan seks yang tidak mengikut peraturan yang sah. Ini kerana Islam tidak suka hal seperti ini dihebohkan.

Al-Imam Muslim meriwayatkan dalam sahihnya:
"Sesungguhnya Maiz bin Malik al-Aslami datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah! Aku telah menzalimi diriku sendiri. Aku telah berzina. Aku mahu engkau membersihkan daku. Rasulullah SAW menolak pengakuannya. Keesokannya dia datang lagi dan berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku telah berzina.

"Baginda menolak pengakuannya kali kedua. Rasulullah SAW menghantar wakil ke kaumnya lalu bertanya: Apakah kamu tahu dia ada masalah pada akalnya, ada sesuatu yang kamu rasa ganjil?

"Jawab mereka: Apa yang kami tahu dia sempurna akalnya dan kami lihat dia daripada kalangan orang soleh kami.

"Keesokan harinya, Maiz datang lagi kepada Rasulullah kali ketiga. Baginda sekali lagi menolak pengakuannya dan menghantar lagi wakil kepada kaumnya. Mereka memberitahu bahawa Maiz tiada masalah pada diri dan akalnya….”

'Tolak kes-kes maksiat peribadi'

Dalam riwayat Ibn Hibban, Rasulullah memerintah agar Maiz dihalau keluar dari datang kepada baginda supaya tidak terus membuat pengakuan zina tersebut.

Demikian Nabi Muhammad SAW menolak kes-kes maksiat peribadi daripada dibawa kepada pertuduhan. Maksudnya, jika ada pihak yang mengaku melakukan zina ataupun homoseksual, sepatutnya kita jangan melayan dan mempedulikannya.

Itu urusan taubat antara dia dan Allah. Kita tidak disuruh mengintip dan mencari-cari kejadian dosa peribadi seperti itu. Bahkan kita disuruh menyembunyikan dosa maksiat peribadi seseorang.

Perbuatan homoseksual merupakan satu dosa. Menuduh orang lain melakukan perbuatan itu juga merupakan satu dosa besar. Mencari-cari kesalahan orang dalam maksiat peribadi antara dia dan Allah merupakan satu dosa yang dilarang oleh agama.

Dalilnya riwayat al-Hakim daripada ‘Abd ar-Rahman bin ‘Auf :

“Bahawa dia berkawal bersama Umar bin al-Khattab RA pada suatu malam di Madinah. Ketika mereka sedang berjalan, tiba-tiba ternampak nyalaan api di sebuah rumah. Mereka pun pergi menuju ke situ sehingga apabila dihampiri didapati pintunya berkunci, di dalamnya ada sekumpulan orang dengan suara yang kuat.
"Lalu Umar RA berkata -sambil memegang tangan ‘Abd ar-Rahman-: Kau tahukah ini rumah siapa?.
"Jawabnya: Tidak. Kata Umar: Ini rumah Rabi’ah bin Umayyah bin Kalaf, mereka sekarang sedang mabuk arak, apa pendapat kau?.
"Kata ‘Abd ar-Rahman: Aku berpendapat kita sekarang telah melakukan apa yang Allah larang, Allah berfirman: Jangan kamu mengintip. Kita telah mengintip. Maka Umar pun pergi dan meninggalkan mereka."
(Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai sahih serta sokong oleh al-Zahabi. Juga al-Baihaqi dalam as-Sunan al-Kubra).

Jika maksiat seperti homoseksual itu dilakukan secara terang-terangan atau terbuka, maka bantahan terhadap maksiat itu perlu dizahirkan. Demikian juga jika kempen ke arah maksiat itu secara terbuka, maka jawapan balas juga secara terbuka.

Ini kerana perbuatan maksiat peribadi yang terbuka mengeluarkan maksiat itu dari daerah urusan peribadi seseorang dengan tuhannya kepada kempen terbuka yang mengganggu pihak yang lain dan iklim persekitaran.

Namun, bantahan itu hendaklah dilakukan dengan kadar kemampuan setiap pihak tanpa membawa kepada kerosakan yang lain. Sabda Nabi SAW:
“Sesiapa dalam kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia ubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu maka dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman." (Riwayat Muslim)
Hak dalam hal yang berhak
Seseorang yang melakukan dosa dalam perkara tertentu, bukanlah bererti dia dinafikan hak dalam perkara yang lain.
Ini seperti dosa berzina atau homoseksual atau minum arak atau berjudi dan seumpamanya. Dosa-dosa ini dibantahkan dan diingkari, namun diri yang melakukan dosa tersebut tidak dinafikan haknya dalam hal-hal yang dia berhak.
Apatah lagi, dalam kehidupan bernegara yang setiap rakyat mempunyai haknya yang tertentu. Dalam hadis al-Imam al-Bukhari, Rasulullah SAW mengajar kita cara berikteraksi secara seimbang ini:
“Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (keldai). Dia sering menyebabkan Rasulullah SAW ketawa. Juga pernah Nabi SAW menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak.
"Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap.
"Lantas Nabi SAW pun bersabda: Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya”. (Riwayat al-Bukhari).
Interaksi nabi dan peminum arak
Dalam hadis ini, kita dapati sekalipun perbuatan minum arak itu satu dosa besar, namun peminum arak tersebut sering juga berinteraksi dengan Nabi Muhammad SAW sehingga baginda selalu ketawa dengan telatahnya.
Maksudnya, Nabi SAW masih berinteraksi dengan baik dengannya. Demikianlah, kesalahannya itu tidak memberikan lesen semudah-mudahnya untuk orang lain memakinya.
Nabi SAW melarang mereka mencercanya kerana baginda kenal kebaikan lelaki tersebut. Dosa tetap dosa. Namun, satu dosa tidak menjustifikasikan untuk dosa lain dilakukan ke atas diri yang berdosa.
Dalam konteks hari ini, hak pendidikan, hak jual-beli, hak bekerja, hak mendapat keadilan, hak harta dan seumpamanya bagi golongan yang melakukan dosa besar ini termasuk LGBT tidak diganggu selagi mereka tidak melanggar peraturan-peraturan yang berkaitan hal tersebut.
Atas dasar keadilan, semua peraturan terpakai kepada semua pihak yang terbabit secara adil dan saksama.

Homoseksual satu dosa, namun ia tidak menjadikan perlakunya terkeluar daripada Islam. Pengamal perbuatan ini, selagi tidak menghalalkannya, maka dia seorang muslim yang berdosa sepertimana pendosa-pendosa yang lain.
Kadar dosa hanya diketahui oleh Allah. Dosa semata tidak membolehkan seseorang dikafirkan. Maka seperti pendosa yang lain, keampunan Allah masih terbuka untuk mereka.
Sebagai muslim, mereka ada hak-hak sesama muslim yang wajib ditunaikan. Ini seperti nasihat-menasihati, memberi dan menjawab salam, menziarahi ketika sakit, menerima jemputan, mengiringi jenazah dan selainnya.
Demikian juga, sebagai insan tanpa mengira agama mereka berhak mendapat bantuan ketika memerlukan seperti kecederaan, dalaman ancaman dan seumpamanya.
Hak sesama muslim, manusia
Ini apa yang Nabi SAW sebut tentang hak-hak sesama muslim dan juga hak-hak sesama manusia dalam pelbagai nas al-Quran dan hadis.
Amalan kepada seks sesama jenis ditolak oleh Islam. Ia satu menyalahi apa yang Allah mahu daripada manusia. Ia songsang.
Tuhan menciptakan lelaki dan wanita. Melalui perhubungan seks kedua-dua jantina ini manusia membiak dan berkembang secara fizikal dan emosi.
Seks sesama jenis merosakkan fitrah yang Tuhan ciptakan manusia. Ia merosakkan rohani dan jasmani insan. Ini seperti seks sesama mahram (incest), ataupun manusia dengan haiwan.
Jika seks sesama jenis diiktiraf atas asas hak asasi, maka seks sesama mahram (incest), seks dengan isteri orang lain, seks dengan haiwan dan seumpamanya dengannya juga nanti akan diiktiraf atas asas yang sama.
Terjatuh dalam dosa
Islam sebagai agama fitrah tidak mungkin mengiktiraf hal ini semua. Islam menolaknya dan menganggapnya keji. Ini jelas apabila Allah merakamkan ucapan Nabi Lut terhadap kaumnya:
(maksudnya)"... dan (Nabi) Lut juga ketika dia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?
"Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas." (Surah al-‘Araf 80-81).
Benar, seks sesama jantina merupakan satu dosa. Dalam masa yang sama perlu kita ingat bahawa ia juga kadang-kala satu ujian terhadap jiwa sesetengah individu. Mereka sebahagiannya tidak dapat mengawal nafsu yang tidak sewajarnya itu. Akhirnya mereka terjatuh dalam dosa tersebut.
Kita juga mempunyai dosa dalam perkara yang lain. Seperti mana kita mengharapkan keampunan Allah, demikian juga sebahagian mereka. Maka, tugasan kita bersama membantu antara satu sama lain kembali kepada Allah dan mendapatkan keampunanNya.
Dakwah kembali fitrah
Dakwah agar golongan LGBT kembali fitrah merupakan dakwah yang mulia. Usaha agar mereka kembali kepada kehidupan yang normal merupakan satu ibadah dan pahala yang besar.
Dakwah itu menuntut kita mencari pendekatan yang terbaik dan sesuai dengan keadaan mereka yang kita dakwah itu. Ini seperti firman Allah:
(maksudnya) “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizah hasanah (nasihat yang baik), dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk (Surah al-Nahl: 125).
Islam tolak amalan seks songsang
Maka, laras bahasa yang kita guna pakai dalam mengimbangi dakwaan mereka bahawa mereka juga mempunyai hak sebagai manusia hendaklah berkesan dan difahami oleh generasi kini.
Kita wajar menjelaskan kepada mereka bahawa Islam menolak seruan dan amalan seks yang songsang tersebut, namun dalam masa yang sama, Islam mengiktiraf sudut-sudut yang lain daripada segi keinsanan dan persaudaraan sesama muslim.
Ajaran Islam sentiasa memberikan harapan untuk manusia kembali kepada Allah dengan penuh penuh cinta dan taubat.
Agama ini tidak menjadikan manusia putus asa sebaliknya sentiasa memberikan harapan dan sinar ke arah yang lebih baik.
Golongan LGBT sama seperti kita semua, di hadapan terbentang luas pintu untuk kembali kepada Tuhan Yang Maha Penyayang.

PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN ialah Mufti Perlis. Rencana ini asalnya di media sosial beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2025 04:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila bekas mekanik kereta bincang pasal pendawaian elektrik dalam rumah
Cmnila jadinya..
Ke laut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2025 06:35 AM From the mobile phone | Show all posts
iols setuju asas topic yg zaid ni cakap... iaitu, khalwat ni jd jenayah pd b40, dan golongan t20 dan ke atas tk kena tangkap... cuma iols tk sependapat huraian / penjelasan zaid ttg khalwat ni isu antara manusia dan Tuhan
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2025 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Lumrahlah begitu. Yang kena tangkap adalah B40. Yang mereport pun B40. Kelompok manusia toksik yang tak senang dengan orang lain,suka masuk campur hal orang lain dan jatuhkan sesama sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2025 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78: Lumrahlah begitu. Yang kena ta ...


Kadang takde sapa report pun, memang target pej.agama pergi hotel murah/bajet sebab situ senang dapat hasil.

Setiap berapa bulan kena bagi laporan operasi cegah maksiat, jadi kalau buat operasi setiap bulan tapi takde hasil pelik plak laporan nak dibentangkan.

Yg zaid ckp awal tue ada betul jgk, pej. agama berani pergi hotel murah jer. Hotel 3-5 bintang tak berani pergi, entah apa alasan pun tak tau.

Nak urus hal berkait agama pun boleh buat ikut kasta.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2025 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
tahanie replied at 3-9-2025 01:06 AM
Herkkkk semua kes pun terkait kepercayaan kepada tuhan la gitu. Asal plak khalwat je

Ya, semua kes yang tak melibatkan mangsa (victimless "crimes") juga sama kategori dengan khalwat. Kalau kes lain yang ada victim, maka tak sama kategori. Misalnya kes mencuri atau pukul orang melibatkan pihak lain yang tak merelakan serta mengalami kerugian atau kecederaan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2025 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
I setuju juga dgn pendapat zaid ni. Ada betul nya.

Tapi zaman skrg mudah nk bermaksiat kenal dlm socmed terus ajak check in.

Tangkap khalwat lelaki dan perempuan tp gejala gay tak boleh buat ape sbb sesama lelaki.

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2025 12:40 PM | Show all posts
Apoo replied at 3-9-2025 03:34 AM
Aku suka baca ulasan Dr MAZA berkenaan dosa peribadi ni.

https://m.malaysiakini.com/news/433773# ...

Macam selari ja apa yang Zaid saran dengan Dr. MAZA, cuma hujah lain sikit. Btw Maza ni set2 ultra konservatif cop liberal juga ka?

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2025 12:42 PM | Show all posts
aint replied at 3-9-2025 06:35 AM
iols setuju asas topic yg zaid ni cakap... iaitu, iaitu, khalwat ni jd jenayah pd b40, dan golongan t20 dan ke atas tk kena tangkap... cuma iols tk sependapat huraian / penjelasan zaid ttg khalwat ni isu antara manusia dan Tuhan ...

Pendapat Dr. MAZA ni?

'Itu urusan taubat antara dia dan Allah. Kita tidak disuruh mengintip dan mencari-cari kejadian dosa peribadi seperti itu. Bahkan kita disuruh menyembunyikan dosa maksiat peribadi seseorang.'

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2025 01:28 PM | Show all posts
kalau berani pi la gubah syariah law..
gubah sekali law bapak culas nafkah anak..
jangan tengok tang maksiat je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2025 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 3-9-2025 12:42 PM
Pendapat Dr. MAZA ni?

generally, pd iols pendapat Dr Maza tu, bole ubah Msia jadi Amerika... tk kisah halal haram... bole bersekedudukan, lahir ramai anak2 luar nikah...

ni cuma pandangan iols... nak berdebat lbh, iols bkn ahli...

peraturan/undang2 dunia ni, utk mendisplinkan / mendidik manusia mengikut acuan agama (masing2).

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2025 02:03 PM | Show all posts
aint replied at 3-9-2025 01:32 PM
generally, pd iols pendapat Dr Maza tu, bole ubah Msia jadi Amerika... tk kisah halal haram... bol ...

Kalau jadi macam Amerika kenapa? societies are functional, even better than most muslim countries yang huru hara macam tanpa kesudahan walau dah tutup aurat dan tangkap orang berkhalwat. Bukan tak kisah halal haram tapi kita tak kira dosa pahala orang. Bukan ka salah satu rukun iman itu percaya kepada malaikat yang ada lesen untuk skodeng? We don't.





Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2025 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 3-9-2025 02:03 PM
Kalau jadi macam Amerika kenapa? societies are functional, even better than most muslim countries  ...

dh agak dah...

kalo tak suka muslim or muslim country, tak perlu nak kata yg lain lbh bagus...

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2025 05:16 PM | Show all posts
aint replied at 3-9-2025 04:50 PM
dh agak dah...

kalo tak suka muslim or muslim country, tak perlu nak kata yg lain lbh bagus...

No need to be defensive, dalam Malaya ni pun tengok negeri mana yang banyak masalah tak payah jauh.




Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2025 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.074598 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list