CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6715|Reply: 94

‘Masih jauh perjalanan’ – Duda, perunding kewangan kekasih Nora Danish?

[Copy link]
Post time 2-9-2025 09:46 AM | Show all posts |Read mode






Desas-desus pelakon Nora Danish kini sedang hangat dilamun cinta kian hangat diperkatakan netizen apabila peminat mula mengorek latar belakang dan status lelaki yang dikenali sebagai Mickey Ayo itu.


Mikey dikatakan bekerja sebagai seorang perunding kewangan berjaya dan berstatus duda serta memiliki dua orang cahaya mata.


“Saya datang dari masa depan. Hadir kerana N (Nora Danish). Kalau memang betul, memang gembira saya sebagai peminat beliau,” demikian antara komen peminat yang mula membanjiri Instagram lelaki terbabit.


  



Spekulasi mula tercetus apabila Nora atau sebenarnya, Nora Mohd. Danish Hanif, 43, memuat naik foto lelaki berkopiah yang hanya menampak bahagian atas wajah di Instagram miliknya baru-baru ini.


Nora ketika dihubungi Kosmo! Online bagaimanapun memaklumkan, apa yang dikongsikannya dalam media sosial masih terlalu awal untuk digembar-gemburkan buat masa sekarang.


“Terima kasih mendoakan. Tapi, masih jauh lagi perjalanan ini. Tiada maksud apa-apa pun gambar itu,” katanya ringkas menerusi WhatsApp.


  



Berdasarkan pemerhatian, foto lelaki berkopiah yang dikongsikan Nora seakan-akan sama dengan hantaran yang dimuat naik lelaki berkenaan di akaun Instagram miliknya.


Menguatkan spekulasi itu, Nora dilihat kerap meninggalkan tanda suka pada hantaran lelaki tersebut, sekali gus menguatkan andaian peminat mereka lebih daripada kenalan biasa.


Untuk rekod, Nora pernah mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017, namun bercerai 19 Jun 2024.


Hasil perkahwinan, mereka mempunyai seorang cahaya mata bersama iaitu  Mohamed Neqayl, 7.


Sebelum itu pelakon yang cukup dikenali menerusi sitkom Puteri itu juga pernah berkahwin dengan Jejai pada 20 Jun 2006 dan berpisah pada 10 Julai 2008.


Mereka dikurniakan seorang anak, Putra Rayqal, 17 tahun.




Sumber – Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2025 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Shayang at 2-9-2025 10:22 AM

Pasai apa netizen selalu kalut eh
Lantaklah org tu nak bercinta lg ke nak apa
Dah tua bangka dah belaka
Pandai2 la dorang.


Aku paling tak minat kalau baca komen2 ohh yg ni saya approve oh yg ni saya restu blablaa
Eh kau siapa??

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2025 10:27 AM | Show all posts
helok
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2025 10:27 AM | Show all posts
helok
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2025 10:32 AM | Show all posts
baguslah
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2025 11:05 AM | Show all posts
klau ye la kn.. frust menonggeng si boss ned tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2025 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Shayang:  Edited by Shayang at 2-9-2025 ...

Netizen delulu

Nak kata empunya badan jauh sekali. Nak kata parents OKG pun jauh panggang dari api. Netizen delulu acah diri tu Tuhan nak mengatur hidup orang.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2025 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Gambar kat depan nampak cam Aina Abdul pulak pakai tudung melekap kat dahi gitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2025 11:40 AM | Show all posts
org comey, laju jumpa pengganti
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2025 11:41 AM | Show all posts
Kayooo..ada sportcar baru2 ini baru bawa mak ayah gi umrah naik business class wooooo...
cuma harap ND solat ishtihara dululah takut pisang berbuah berkali2..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2025 11:43 AM | Show all posts
helok juga muka dia dan badan dia. baru 1st time aku tengok dari segi rupa, ND pilih yg sepadan dengan mukanya hwehwhewhe
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2025 11:48 AM | Show all posts
brunesss replied at 2-9-2025 11:43 AM
helok juga muka dia dan badan dia. baru 1st time aku tengok dari segi rupa, ND pilih yg sepadan deng ...

dan jugak yg ni ada kerja, nampak berjenis gaklah
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2025 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Untung ler Nora bakal dapat suami kaya berkerjaya... rupa pon okay...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2025 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Nd ni baik so kalau ada jodoh lagi dgn org baik2 juga inshaAllah. Dah puas enjoy masa muda tak sangka dari nenoneno sampai jadi skg ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2025 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Gang lambo...haruslah kaki show off...pi umrah pun nak tunjuk ticket biz class
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2025 12:42 PM | Show all posts
dah tahu netizen terlebih dan suka ambil berat
tok sah la bagi hint2
kepala la, tangan lah, siku lah
pastu nak masuk kelambu pulak rahsia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2025 01:02 PM | Show all posts
gekkou replied at 2-9-2025 12:42 PM
dah tahu netizen terlebih dan suka ambil berat
tok sah la bagi hint2
kepala la, tangan lah, siku lah ...

ND ni pokoknya sukakan perhatian...... Nak buat camna......
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2025 01:12 PM | Show all posts
hannan_rayyan replied at 2-9-2025 11:48 AM
dan jugak yg ni ada kerja, nampak berjenis gaklah

kan.. janji bekerja, ada effort cari duit.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2025 01:13 PM | Show all posts
Sendawg replied at 2-9-2025 01:02 PM
ND ni pokoknya sukakan perhatian...... Nak buat camna......

alahh sebenar nya tengah berbunga-bunga je tu hati bila netizen kecoh kecoh. Tp jawab kpd media kena la cover sikit hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2025 01:18 PM | Show all posts
Tapi, masih jauh lagi perjalanan ini. Tiada maksud apa-apa pun gambar itu,”

So kenapa tunjuk teaser gambar lelaki tuh macam tuh? Pelik-pelik jah perangai, very attention-seeking. Ingat dok terpaling berhijrah, terpaling usroh takdelah nak tunjuk-tunjuk gambo lelaki macam ni. Pulaknya dah  40-an, anak pun dah dua. Gelenyar but make it muslemah gituh.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2025 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.060871 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list