CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 365|Reply: 4

Bukan tunggang isu, Issey angkat tema buli dalam teater… Bakal dipentaskan dalam penjara berusia 147 tahun

[Copy link]
Post time 23-8-2025 11:53 PM | Show all posts |Read mode





TAMPIL dengan sebuah teater yang mengangkat tema buli, pelawak dan penyampai radio Issey Fazlisham menegaskan dia tidak berniat untuk menunggang isu yang sedang hangat diperkatakan.


Kata Issey atau Fazlisham Mat Husin, 35, dia sekadar mengambil kesempatan dan ruang yang ada agar kesedaran tentang masalah tersebut terus menjadi perhatian ramai.


Malah pementasan karya berjudul Teater Dalam Penjara sempena penganjuran Makar Fest adalah salah satu inisiatif bagi memberi kesedaran kepada orang ramai.


“Bukan nak tunggang  tapi isu ini sedang hangat diperkatakan. Kalau tidak ke depan untuk bercerita, kita akan ketinggalan. Kenapa tidak saya kongsi sedangkan ada ruang yang bagus?


“Jika tidak dapat ruang, kita cari peluang,” katanya kepada mStar.


Issey berkata demikian ditemui ketika pada sidang media Makar Fest 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu.


Sempena penganjuran festival berkenaan, sebuah teater arahan Sabri Yunus akan dipentaskan dengan mengetengahkan isu kebebasan serta buli.


Lebih istimewa, teater yang bakal dipentaskan Red Bean Productions itu akan diadakan di KotaJail, Johor Bahru, Johor yang merupakan bekas tapak penjara ketiga tertua di Malaysia.


“Apa yang menarik, teater ini dipentaskan betul-betul dalam penjara, iaitu di KotaJail. Mungkin ada yang belum tahu, KotaJail merupakan penjara ketiga tertua di Malaysia yang berusia lebih 100 tahun dan dahulunya menempatkan ramai banduan.


“Bayangkan, kami pentaskan teater tersebut dalam penjara yang kini dinaiktaraf sebagai tempat pelancongan yang baru di Johor Bahru.


“Jadi, orang ramai yang datang ke Makar Fest 2025 dan menonton teater ini boleh merasai sendiri perasaan dan pengalaman bagaimana banduan duduk dalam penjara,” katanya.


Dalam pada itu, Issey berkata, usaha berkenaan secara tidak langsung juga sebagai satu bentuk solidariti terhadap gejala buli yang kini hangat diperkatakan.


“Dengan pementasan ini kami nak tarik lebih ramai orang agar benci buli. Pada saya, ini adalah gerakan untuk bersama-sama memberi kesedaran kepada orang ramai,” katanya.







Selain Issey, teater itu juga menampilkan pelakon lain seperti Ain Sufia, Ammar Titan, Angeline Tan termasuk Sabri serta Issey sendiri.


Maklumat penjualan tiket Teater Dalam Penjara akan dimaklumkan menerusi media sosial rasmi Makar Fest 2025 bermula Isnin.


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2025 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
arahan pakcik sabri yunus eh..menarik ni
mmg geng2 sabri ni ek si issey ni..dah kali keberapa buat drama/berlakon sama2
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2025 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka ada iras jehan miskin dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2025 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai ingat Mona Allen tadi, rupanya bukan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2025 02:57 PM | Show all posts
Angkat isu buli melalui teater dalam suasana penjara memang beri impak yang mendalam. Semoga pementasan ini berjaya buka mata lebih ramai orang  untuk lebih peka dan moto x3m sama-sama membenci budaya buli
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 581 Replies : 892
Kedaulatan sebenar Pulau Pinang di bawah Kedah – Pas Kedah Oleh Khuzairi Ismail - 13 November 2025
B40tastePoshKedaulatan sebenar Pulau Pinang di bawah
Views : 116 Replies : 6
Rangga & Cinta? Filem remake AADC? Ok ke eww?
babyorangeRangga & Cinta? Filem remake AADC? Ok ke
Views : 806 Replies : 25
Baru Balik UMRAH, Wanita Kiciwa Ibu Beri Air Zamzam Pada Adik Beradik Tanpa Izin.Netizen Berbelah Bagi
YgBenarBaru Balik UMRAH, Wanita Kiciwa Ibu Beri
Views : 2110 Replies : 81
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 3961 Replies : 2676
Yana Shamsudin terima ijazah Sarjana
telracsYana Shamsudin terima ijazah Sarjana
Views : 1216 Replies : 33
Rumah Borak Borneo~Pstt Poret Lok
VellfireRumah Borak Borneo~Pstt Poret Lok
Views : 3052 Replies : 1376
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 321588 Replies : 3274
SISI GELAP HANAN MEDISPA?
Ms.ManggaSISI GELAP HANAN MEDISPA?
Views : 4550 Replies : 43
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 37583 Replies : 621

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2025 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.061289 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list