CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2308|Reply: 12

Budak kembar tiga maut didera bapa

[Copy link]
Post time 16-6-2011 10:30 AM | Show all posts |Read mode
MUAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Batu Pahat
pada 6 Jun lalu meninggal dunia dipercayai akibat didera bapa kandungnya.Tay Chin Zhi yang dimasukkan ke hospital itu disahkan mati pada hujung minggu lalu dipercayai akibat kecederaan dalaman, kesan lebam turut ditemui pada sebahagian badannya.

Menurut seorang kenalan keluarga mangsa yang enggan dikenali, Tay ialah pasangan kembar tiga dan anak
bongsu daripada lima beradik.
“Dua minggu sebelum kejadian, saya terlihat kesan lebam pada bahagian muka kanan Tay.
“Saya memaklumkan perkara itu kepada ibunya malah menasihatkannya untuk membawa Tay mendapatkan rawatan,”
katanya ketika ditemui di rumahnya di Parit Bulat, Sungai Balang di sini, semalam.

Katanya, ibu Tay yang berkerja sebagai pengurus di sebuah syarikat ukur tanah di bandar berkenaan seakan
bersikap acuh tidak acuh selain mendakwa kecederaan dialami anaknya itu tidak serius.



Menurutnya, bapa mangsa berusia 36 tahun dan bekerja di pusat jualan benih kelapa sawit kemudian membawa Tay mendapatkan rawatan di hospital swasta itu.
“Beberapa hari kemudian, saya mendapat maklumat Tay disahkan mati ketika dirawat,” katanya.

Kelahiran Tay dan dua beradiknya mendapat laporan luas media kerana tarikh dilahirkan jatuh pada hari mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Lee Choon Guan ketika dihubungi mengesahkan
kejadian dan sudah menerima laporan berkaitannya.

“Susulan itu, kami menahan reman bapa mangsa untuk membantu siasatan sejak Isnin lalu, kes disiasat
mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan mendera,” katanya.

“Sabit kesalahan, suspek boleh di penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000
atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Usaha Harian Metro mendapatkan keterangan daripada ibu atau keluarga mangsa menemui jalan buntu apabila
mereka enggan mengulas dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2011 11:34 PM | Show all posts
Kesian budak tu. Aku tengok gambar dia dalam Metro masa mula lahir dan keesokannya pula gambar dia beberapa hari sebelum meninggal.... Kesian, anak sebaik itu dipersiakan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 09:59 AM | Show all posts
anak tanpa  dosa...

walaupon xmengecap keindahan dunia tp diakhirat dia la mendiami syurga tanpa hisab...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 02:06 PM | Show all posts
SEDIH BETUL LA CRITE2 MCM NI...SIAN..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2011 08:59 AM | Show all posts
budak 3 taun mmg la nakal....akai tarak ka...:@
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 08:16 PM | Show all posts
saiko nye..sian budak kecik tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2011 11:20 PM | Show all posts
kalau x sayang anak napa la p buat anak.. org skrg ni rmi tekanan mental la
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 03:09 PM | Show all posts
baca berita2 mcm nie....mmg buat sedih je.. x dpt nk bygkan sbb ank ku pon umur 3 thn...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2011 11:38 PM | Show all posts
kalo dah tak mo anak tu... kasi ar kat orang yang sudi nak pelihara dia... banganggggg
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 03:28 PM | Show all posts
Reply 1# lemontz


  sedihnya baca cerita mcm gini
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 01:12 PM | Show all posts
biasa la budak2 umor tu. aktif sikit. kena la sabar. hukum gantung ja bapak dia tu kalu salah...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 01:14 PM | Show all posts
Klu cina apa lg kes mabuk todi le.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 01:51 PM | Show all posts
pasal ape maknya yg berjawatan besar berperangai camtu. tak sayang ke anak yg die lahirkan.
yg peliknya, bapak die yg mendera plak pegi hantar ke hospital.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.070756 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list