Assalamualaikum saudaraku Amir..
Betullah Islam itu mudah, kerana ia fitrah. Namun mudah itu bagaiaman ya? Fitrah itu bagaimana ya?..
Barangkali semudah 2+2 = 4, atau S A Y A = SAYA. Ya itu mudah tetapi jika diajukan kepada pra-sekolah apakah ia dapat memahami?
Bila diceritakan angka 11, 12, 13 dan seterusnya barangkali ia melenting kerana baginya 10 itu angka yang cukup dan paling besar. Tidak ada angka selepas itu. Begitu gambaran bagi pra-sekolah.
Masuk ke sekolah rendah ia diajar lebih dari itu, dengan akal yang berkembang. Tahulah ia 2X3 = 6 dan seterusnya.
Apa itu Islam??.. Kata Islam sahaja sudah menghasilkan berbagai-bagai penafsiran dari banyaknya pendapat. Apakah semudah Islam itu dapat difahami kepada peringkat kelahiran hingga kematian?
Dapatkah sianak berumur 5 tahun memahami bahawa bulan mengitari bumi, bumi mengelilingi bulan? Erti kata bumi sendiri belum tentu ia dapat memahami. Bahkan seumur usia tua sekalipun belum tentu dapat mengerti secara keseluruhan. Apakah unsur bumi? Barangkali ada di sini yang dapat menerangkan sehingga 100% lengkap?
Jadi dimana yang dikatakan mudah? Mungkin mudah pada kamu dan tidak mudah pada orang lain, melainkan jika orang itu berusaha utk memahami apa yang cuba kamu terangkan.
Maka berbagai persoalan akan timbul. Tidak mengapa jika saudara tidak dapat memahami, barangkali ia berguna utk orang lain.
Setiap orang punya pendapat sendiri, dan itu adalah pendapat kamu. Saya amat menghargai. Ini hanya pendapat saya yang mungkin juga tidak sesuai dengan pendapat orang lain. Atau, perlukan sedikit masa utk memahami.
Perihal riba, saya tak boleh sewenang-wenangnya menuduh seseorang. Saya tidak boleh tuduh antara kamu berzina apatah lagi kita sekadar kenal di cyber ini.
Wallahu a'lam..
[ Last edited by qqqq on 17-6-2003 at 11:38 PM ]