CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wartakita

perebutan kuasa di LCS - update: Pesawat China ceroboh Senkaku

[Copy link]
Post time 19-6-2013 02:19 PM | Show all posts
Cerita khayalan mundu suluk kaki kelentong jugak yg dia percaya... apa dah jadi dgn mundu suluk...senyap sudah bah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2013 12:23 AM | Show all posts
sol posted on 17-6-2013 11:43 PM
friendly fire? blue on blue? betul ke? x dengar ape2 cerita pun.Mana ade casualties

Kalau dia pilih untuk percaya dua berita yang baik atau yang buruk pasal malaysia, dia mesti nak percaya yang buruk aje.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2013 11:25 PM | Show all posts
org yg berhasad dendam n busuk hati jer ambil menda2 yg buruk utk kaitkan dgn malaysia....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 12:56 PM | Show all posts
At any given notice, Malaysia paling tinggi pun hantar bantahan diplomatik kat PRC .... samada terang2an atau secara senyap. Tapi klu x silap, Kementerian Luar Negara pakai kabel ASEAN je.

Toksah pening2 la. Bab PRC punya provocation ni, Malaysia dah lama ada backup plan. Namanya FPDA.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 07:33 AM | Show all posts
Ahad Ogos 4, 2013

China Terbuka Untuk Rundingan Berhubung Pertikaian Tuntutan Di Laut China Selatan


BANGKOK: Walaupun pertikaian tuntutan bertindih wilayah di Laut China Selatan antara China dan beberapa negara Asean bukan merupakan isu antara kedua-dua pihak, tetapi pada hakikatnya ia mempunyai kesan terhadap hubungan China-Asean, kata Menteri Luar China, Wang Yi.

agi pihaknya, beliau berkata China sentiasa bersedia untuk menyelesaikan pertikaian menerusi dialog dan rundingan terus.

China sentiasa membuka pintu dialog dan rundingan serta meneruskan prospek keputusan menang-menang, katanya dalam ucapan pada perasmian Forum Peringkat Tinggi mengenai Ulang Tahun ke-10 Perkongsian Strategik Asean-China.

"Kami berharap negara lain yang berkenaan akan menunjukkan semangat yang sama, dan bekerja sealiran dengan kami, daripaada mengambil sebarang langkah yang boleh menyukar atau memburukkan keadaan, salah tafsir keadaan dan berulang kali membuat kesilapan," tambah Wang.

China dan rakan Aseannya seperti Filipina, Malaysia, Vietnam dan Brunei telah membuat tuntutan wilayah di Laut China Selatan.

Wang berkata China ialah negara bertanggungjawab dan mematuhi dengan ketat Deklarasi Prilaku Pihak-Pihak di Laut China Selatan (DOC) yang ditandatangani pada 2002.

Beliau berkata China boleh bekerjasama dengan negara Asean bagi membincangkan secara serius dan berterusan dalam memajukan penubuhan kod prilaku (COC) di Laut China Selatan yang China dan Asean telah bersetuju untuk membentuk di bawah rangka kerja pelaksanaan DOC.

Ia merupakan proses yang berterusan untuk bergerak dari DOC ke COC, tambahnya.

Timbalan Perdana Menteri Thailand dan Menteri Luar Surapong Tovijakchaikul berkata beliau gembira Asean dan China telah bersetuju untuk memulakan rundingan secara rasmi di peringkat pegawai kanan bulan depan yang bertujuan membangun COC di Laut China Selatan.

"Kita perlu mengubah kawasan berkenaan dari lautan yang tidak berketentuan dan tidak dipercayai kepada lautan yang dikongsi kepentingannya dan kerjasama," katanya. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.123274 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list