Kuala Lumpur: Polis akan hubung Meta kesan identiti pengguna Threads didakwa fitnah pelakon
Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor
Polis akan berhubung dengan pihak Meta Platforms Inc (Meta) di Singapura bagi mendapatkan identiti pemilik akaun platform media sosial Threads yang membuat hantaran fitnah dan berunsur provokatif terhadap pelakon dan penyanyi lelaki.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, setakat ini identiti individu yang membuat hantaran berkenaan masih belum dikenal pasti.
"Kita (polis) juga akan meminta bantuan Bahagian Siber Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) untuk mengesan alamat protokol Internet (IP) pemilik laman sosial itu.
"Siasatan kes ini masih dijalankan dan keterangan empat saksi telah kita ambil," katanya ketika ditemui di sini, hari ini
Sebelum ini, media melaporkan siasatan polis membabitkan hantaran fitnah dan berunsur provokatif terhadap pelakon dan penyanyi lelaki terkenal sedang dilengkapkan sebelum dihantar ke dirujuk pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner, Sulizmie Affendy Sulaiman dilaporkan berkata, pihaknya sudah meminya bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mengenal pasti pemilik akaun Threads terlibat.
Pada 18 Julai lalu, pelakon dan penyanyi terkenal itu membuat laporan polis berhubung satu hantaran fitnah dan berunsur provokatif yang didakwa dimuat naik di Threads. Kes dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.
kat sini Abdol kata management dia yang buat report.
jadi kita wait and see kalau Timbalan Pendakwa Raya ambil case ini.
#pendakwaRaya #duitRakyaat
|