View: 1104|Reply: 2
|
[Dunia]
Israel Serang Lagi Sekali Hospital Iran Pagi Isnin!
[Copy link]
|
|
KERMANSHAH: Seorang ibu dan anaknya dilaporkan terbunuh dalam serangan dron Israel yang menyasarkan Hospital Farabi di wilayah Kermanshah, Iran, menurut kenyataan rasmi Kementerian Kesihatan Iran.
Serangan yang berlaku pada pagi Isnin itu menyebabkan kerosakan teruk pada hospital dan bangunan berdekatan, serta mencederakan beberapa kakitangan perubatan dan pesakit, menurut laporan Al Mayadeen.
Menurut Menteri Kesihatan Iran, Dr Mohammad Reza Zafarghandi, mangsa yang terkorban termasuk seorang pakar sakit puan dan anaknya, yang berada di hospital ketika serangan berlaku.
Gabenor Kermanshah, Manouchehr Habibi, menyifatkan serangan itu sebagai “jenayah kejam” dan menegaskan bahawa semua pasukan kecemasan telah digerakkan untuk menyelamatkan mangsa dan memastikan keselamatan awam.
Hospital Farabi merupakan salah satu daripada beberapa kemudahan perubatan yang menjadi sasaran dalam siri serangan udara Israel ke atas Iran sejak minggu lalu.
Kementerian Kesihatan Iran melaporkan bahawa sekurang-kurangnya tiga hospital dan enam ambulans telah diserang, mengakibatkan ratusan kematian dan ribuan cedera di seluruh negara.
Pihak berkuasa Iran mengecam tindakan Israel sebagai pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan segera bagi menghentikan serangan ke atas infrastruktur awam dan kemanusiaan. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa masih serang Iran sedangkan takda serangan dasyat ke Israel semalam????
Jahat betul la korang ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ada jumpa senjata nuklear tak?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|