CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4086|Reply: 41

Lebih 23.6 juta pengguna nikmati kadar elektrik adil mulai 1 Julai

[Copy link]
Post time 20-6-2025 11:40 PM | Show all posts |Read mode





PETALING JAYA – Lebih 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia akan menikmati kadar elektrik yang lebih adil dan progresif menerusi pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu yang telah diluluskan oleh kerajaan.


Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam satu kenyataan media berkata, kadar purata tarif asas diselaraskan bagi Tempoh Regulatori Keempat (RP4) ditetapkan pada kadar 45.40 sen sekilowatt-jam (kWj)


Jelas kenyataan itu, dengan pelarasan tersebut, purata kos keseluruhan tarif elektrik akan berkurangan sehingga 19 peratus berbanding RP3.


“Kadar purata tarif asas diselaraskan berdasarkan anggaran kos pembekalan elektrik pada kadar 45.40 sen/kWj berbanding 45.62 sen/kWj yang diluluskan pada bulan Disember 2024.


“Penetapan tarif ini akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025 hingga 31 Disember 2027 di bawah kerangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (Incentive-Based Regulation – IBR) selaras dengan peruntukan Seksyen 26, Akta Bekalan Elektrik 1990.


“Jadual tarif baharu akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025 dan diselaraskan dalam bil elektrik bermula penggunaan bulan Julai 2025,” kata kenyataan itu hari ini.


ST berkata, pengenalan jadual tarif baharu itu meliputi perubahan kategori pengguna yang terbahagi kepada domestik dan bukan domestik berdasarkan penggunaan voltan rendah, sederhana atau tinggi.


Kata ST, ia turut meliputi penetapan setiap caj bagi komponen tenaga, kapasiti, rangkaian dan peruncitan yang berdasarkan kos berkaitan.


“Insentif Cekap Tenaga akan diperkenalkan sebagai galakan kepada 23.6 juta pengguna domestik yang mengamalkan penggunaan elektrik secara berhemah.


“Melalui insentif ini, pengguna domestik dengan penggunaan elektrik 1,000 kWj dan ke bawah dijangka tidak terkesan dengan pelaksanaan jadual tarif baharu,” kata kenyataan itu.


ST berkata, pengguna bukan domestik voltan rendah yang menggunakan 200 kWj dan ke bawah turut akan mendapat manfaat daripada insentif berkenaan.


Selain itu, kata ST, skim Masa Penggunaan (TOU) telah diselaras dan diperluas kepada tempoh luar puncak yang lebih panjang iaitu keseluruhan Sabtu, Ahad dan 10 malam sehingga 2 petang pada hari Isnin hingga Jumaat.


Jelas ST, ia bagi menggalakkan pengurusan penggunaan yang lebih cekap mengikut waktu permintaan sejajar dengan usaha ke arah sistem tenaga yang lebih cekap dan lestari.


“Sekiranya pengguna menggunakan waktu di luar puncak, pengguna pengguna dapat menjimatkan bil elektrik berbanding penggunaan ketika waktu puncak,” jelas ST.


ST berkata, bagi mmastikan aspek sosial dan kebajikan dipelihara, kerajaan bersetuju tarif spesifik digunakan bagi kategori pertanian, perkhidmatan air dan pembetungan serta operator rel atau traction.


Selain itu, kata ST, pemberian rebat sebanyak 10 peratus akan diberikan bagi institut berdaftar pengajian tinggi, sekolah, rumah kebajikan dan rumah ibadat.


“Penerusan Program Rebat Bil Elektrik RM40 iaitu bantuan bulanan sehingga maksimum RM40 yang diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin tegar dan berdaftar dalam sistem e-Kasih di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).


“Semua pengguna akan menerima bil elektrik dalam format baharu yang lebih terperinci. Susulan pelaksanaan jadual tarif baharu ini, majoriti pengguna dijangka tidak terkesan.


“Malah, pengguna yang mengamalkan penggunaan tenaga secara cekap akan menikmati penjimatan yang lebih tinggi menerusi Insentif Cekap Tenaga,” jelas kenyataan itu.  


Sumber:– KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2025 03:22 PM | Show all posts
Apasal guna bahasa berbelit2. What are you trying to say sebenarnya cakap je lah.

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2025 04:32 PM | Show all posts
Ce buat perbandingan before and after sikit
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2025 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Adil mcm mana tu
Straight to the point
Tariff letrik naik
Jgn berselindung di sebalik avacado
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2025 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Naik naik naik sampai ke langit.. Tak habis2
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2025 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bulan lepas pun bil tinggi dr sepatutnya. Nih naik lagi. Ntah berapa lagi naik epas nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2025 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
"Insentif Cekap Tenaga akan diperkenalkan sebagai galakan kepada 23.6 juta pengguna domestik yang mengamalkan penggunaan elektrik secara berjemaah"

Makna nya sape2 komplen bil letrik naik penggunaan tak berhemah. Tnb dah kata, sape berhemah tak terkesan
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2025 07:16 PM | Show all posts
kadar elektrik yang lebih adil. bukan lebih rendah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2025 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasnih harga petrol yang lebih adil

Harga minyak masak yang lebih telus

Harga beras yang lebih saksama

Harga tol yang lebih seimbang

Etc

#gaslighting
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2025 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahai TNB, kenapa blok 2 pendek?

Blok 1 - 200kwh
Blok 2 - 100kwh (???!!)
Blok 3 - 300kwh
Blok 4 - 300kwh
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2025 05:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Jika bil rumah korg sebulan kurang daripada rm450 rasa tidak terkesan

Key points

Bagi komponen caj tenaga, mekanisme pelarasan kos bahan api baharu yang lebih dinamik iaitu Automatic Fuel Adjustment (AFA) akan menggantikan mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT).

Melalui insentif itu, pengguna domestik dengan penggunaan elektrik 1,000 kWj dan ke bawah dijangka tidak terkesan dengan pelaksanaan jadual tarif baharu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2025 08:07 AM | Show all posts
Dovahkiin replied at 21-6-2025 10:08 PM
Wahai TNB, kenapa blok 2 pendek?

Blok 1 - 200kwh

utk pengguna biasa, mmg akan ramai capai blok kedua. utk maximize keuntungan, kena pastikan penggunaan akan terjun ke blok ke tiga.
tu paling untung.

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2025 09:23 AM | Show all posts
vespa_oren replied at 22-6-2025 05:07 AM
Jika bil rumah korg sebulan kurang daripada rm450 rasa tidak terkesan

Key points



Kalau ikut tarif lama yg keluar 1 jun 2024, bil letrik 1000kwh adalah sama dengan

200x21.80 = 4360
100x33.40 = 3340
300x51.60 = 15480
300x54.60 = 16380
100x57.10 = 5710

Total 45270 sen = RM 452.70 sebulan

jika bayar lebih dari harga ini sebulan maka akan bayar lebih mahal..

harap pengiraan aku betul..





Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2025 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka la macai dungu yg nak semua free, subsidi tinggi, harga barang murah..penat golek-golek atas jalan last-last hancing
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2025 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
-Kalau dulu harga berbeza ikut block lepas ni harga tetap tak kisah block mana. Fahamkan dulu block tu mcm mana

-harga cas per kWh di apungkan, berubah ikut bulan

-dulu ada subsidi utk penggunaan 100kwh pertama( unsure berapa nilai sebenar ) lps julai takde subsidi tu disalurkan utk b40 , ketua isi rumah etc etc. jadi subsidi no chance utk org kaya
-nak jimat bil opt for smart meter dn daftar time of use jadi bila guna malam jdi lebih murah

- kesimpulan no subsidi utk org kaya , nk bill murah guna brg cekap tenaga dn guna waktu malam.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2025 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Dovahkiin replied at 21-6-2025 10:08 PM
Wahai TNB, kenapa blok 2 pendek?

Blok 1 - 200kwh

Mcm saje kan nk suh cpt jump ke blok 3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2025 10:48 AM | Show all posts
Lebih 23.6 juta pengguna nikmati kadar elektrik adil mulai 1 Julai


AWAL TAHUN...TNB UMUM UNTUNG BILYON...BILYON...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2025 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Bil letrik umah biasa dlm 60 lebih walaupun ekon ada seluruh rumah.
Sbbnya tak on pun ekon tu, guna kipas je.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2025 11:02 AM | Show all posts
stania83 replied at 22-6-2025 10:27 AM
-Kalau dulu harga berbeza ikut block lepas ni harga tetap tak kisah block mana. Fahamkan dulu block  ...

Wow.. tak tentu bayaran elektriklah mcm ni... ikut mulut orang jer hembus



Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2025 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Ai_kiu at 22-6-2025 11:07 AM

Aku kdg tak faham mcm mana menteri2 ekonomi & kewangan ni fikir.
Bukan ke hukum semakin besar buying power semakin pesat ekonomi?
Means bila tnb apungkan cas kwh letrik bkn ke semakin kurang penggunaan letrik tu? Semakin rendah bayaran kpd tnb?
Kalau kita beli/guna perkakas letrik jimat tenaga sekali pun takde beza byk sgt pun kalau dah musim2 panas gini ekon interverter 5 star rating mitsubishi on siang malam.
Lg 1, kalau pun pasang solar panel biasanya masuk tahun 5 ke atas baru ada sikit untung. Itupun xleh tampung penggunaan perkakas letrik umah yg heavy usage.
Mentang2 tnb meniaga style monopoly, parts solar panel pun korang tapis mcm nk rak kalau org nk pasang. Lg mau sembang suruh jimat letrik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2025 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.054024 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list