CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1266|Reply: 16

[Politik] Proksi Mossad, PAS gesa Yusoff Rawther disiasat

[Copy link]
Post time 19-6-2025 09:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 19-6-2025 03:08 PM

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa wajar menyiasat segera laporan yang mendakwa kemungkinan Muhammed Yusoff Rawther merupakan proksi atau ejen kepada agensi perisikan Israel, Mossad.


Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, sekiranya dakwaan itu benar, ia membawa maksud tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengambil Muhammed Yusoff bekerja dengan beliau pada 2018 adalah satu keputusan berbahaya.


“Adakah tiada tapisan keselamatan? Adakah ramai lagi ejen Mossad bekerja dengan PMX ketika itu (dan boleh jadi sekarang)?


“Ini lebih bahaya dan serius berbanding salah faham GST sebagai General Services Tax,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.


Tegas Ahmad Fadhli, polis tidak boleh membiarkan laporan yang dibuat terhadap Muhammed Yusoff itu begitu sahaja, malah turut menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail segera bertindak.


Semalam, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat dakwaan kemungkinan Muhammad Yusoff sebagai proksi atau ejen kepada agensi perisikan Israel, Mossad.


Gesaan itu dibuat susulan kenyataan terbuka Muhammed Yusoff pada tahun 2017 yang menyokong kewujudan negara Israel dan menolak hak negara-negara Arab ke atas Baitulmaqdis.


Kenyataan yang dibuatnya itu masih boleh diakses dan dibaca umum di dalam portal media antarabangsa Israel sehingga hari ini.


Ahli Sekretariat Nadi Gemilang Amal, Dzul Hilmi Zainol berkata, kenyataan tersebut bukan sahaja bercanggah dengan pendirian rasmi Malaysia, malah membuka ruang terhadap kemungkinan pengaruh asing dalam negara. – MalaysiaGazette




With the recent developments in the Israeli Palestinian conflict, I have penned my thoughts on the matter from a Malaysian perspective, for your kind consideration to be published as a piece.


Thank you for your kind indulgence.

Yusoff
Penang, Malaysia

One Malaysian, standing with Israel

As the crowd of peace loving brethren from the religion of peace made their way outside the mosques in Penang and Kuala Lumpur after Friday prayers, an ugly and ironic truth dawned upon me. On the podium constructed specially for the protest, community leaders and politicians alike rose above the sea of protesters to reveal their true colours.

With chants like “death to America” and “down with Israel”, they did not for a second hesitate before the utterance of hatred, anti-Semitism, racism and sheer stupidity.
It then occurred to me, Malaysians are either too afraid, or have so become numb to such ridiculous...In this piece, I will discuss why as a Malaysian, I am in favour of Israel and why the age old ploy of the Arabs playing victim has overplayed itself in this century.

In recent times, Malaysia has largely contributed to the smearing of Israel’s image on the international stage and Malaysia’s political arena makes regimental excoriations against Israel, an electorally expedient enterprise, and does so through several avenues. This includes allowing for a media bias against Israel through erroneous headlines that constantly downplay Israeli victims and always portray Israel to be the aggressor and also through the use grammatically ambiguous language when reporting on the Israel - Palestine conflict.

The typical, tired media explanation for Palestinian attacks is “frustration with the lack of progress towards peace” (as if peace were ever the terrorist’s goal) whilst painting Israels act of self defence as aggression towards peaceful civilians. Malaysian politicians, including Prime Minister Najib, have proven their innate hypocrisy by choosing sides in this matter. Turkish Premier Erdogan, who has repeatedly shown utter disregard for human rights by bombing and killing the Kurdish people in Turkey has also denounced Israel, but are we really supposed to take human rights advice from a tyrant?


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2025 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
One Malaysian. Dia tak kata one and only.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2025 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang bubuh dadah dengan pistol dalam kereta MYR tu mossad jugak ke?

Atau KGB? Atau unit anal pas?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2025 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
pas nak twist walanon2 punya strategi naratif politik

walanon porem pulak bukak tred nak twist pas punye statement.. kiranya pas punya statement makan diri la tu

adoi la.. bongoknya la dunia politik dan walanon

eniwei.. ni ada berita lama yg tak berapa nak lama sangat.. berkaitan israel jugak

Does Israel have a right to exist and defend itself? Yes, says Anwar
https://www.malaysianow.com/news/2024/11/13/does-israel-have-a-right-to-exist-and-defend-itself-yes-says-anwar
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2025 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
walanon2 buat report polis acah2 terpaling pejuang

tapi kan.. nape la tangkap terus yusoff rawther masa dia jadi staf kepada politikus dulu tu.. adoi la bongoknye la hai

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2025 10:59 PM | Show all posts
Jap aku nak tanya, kat msia klu support israel tu dikira jenayah atau melanggar perlembagaan ke? Soalan serious.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2025 12:36 AM | Show all posts
Orenn1 replied at 19-6-2025 10:59 PM
Jap aku nak tanya, kat msia klu support israel tu dikira jenayah atau melanggar perlembagaan ke? Soa ...

Good question.

Aku pun nak tau.

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2025 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by manop at 19-6-2025 09:17 PM
kemaruk replied at 19-6-2025 06:25 PM
Yang bubuh dadah dengan pistol dalam kereta MYR tu mossad jugak ke?

Atau KGB? Atau unit anal pas?


Addendum apa cerr… kena koyak sama @rashiman kew.. Ahaks!

Koh koh koh





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2025 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by manop at 19-6-2025 09:19 PM
terma2nkondisi2 replied at 19-6-2025 06:40 PM
pas nak twist walanon2 punya strategi naratif politik

walanon porem pulak bukak tred nak twist pas  ...


Eleh.. Buat2 x nampak pulek khuen? Tertembak kaki sundiri kew tu… mmmm!!



Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2025 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
manop replied at 20-6-2025 01:06 AM
Eleh.. Buat2 x nampak pulek khuen? Tertembak kaki sundiri kew tu… mmmm!!

ko ni confuse antara aku dgn kemaruk ke

ni ada satu lagi berita lama 2018... ada cakap pasal apa yg ada dulu2 sblm 2018 dan pada tahun 2014

Report names Malaysia among customers of Israel’s cyber-spy industry
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2025 10:21 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 19-6-2025 10:09 PM
One Malaysian. Dia tak kata one and only.

Woow.. Melayu betul-betul genius dan kreatif .... Ada cara atau modus baru untuk menjatuhkan atau merusak reputasi musuh atau lawan politik antara sesama melayu ...

Jika dahulu menuduh lawan atau politik sebagai Agen atau Kaki Tangan Komunis .. sekarang lebih canggih .. menuduh sebagai AGEN MOSSAD/// mungkin cara ini lebih efektif mengingat Type-M  diketahui sangat fanatik dan terobsesi dengan kelakuann zionis israel  ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2025 12:35 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 20-6-2025 12:36 AM
Good question.

Aku pun nak tau.

Tapi bukan penah ada org kena dakwa ke kat Terengganu sbb angkat bendera Israel masa mula2 perang tu? Tapi ttp pelik sampai gitu sekali huh
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2025 05:44 PM | Show all posts
Orenn1 replied at 20-6-2025 12:35 PM
Tapi bukan penah ada org kena dakwa ke kat Terengganu sbb angkat bendera Israel masa mula2 perang  ...

hasil Google!
Lelaki tampal bendera Israel di restoran makanan segera didenda RM100
NOOR AZLIDA ALIMIN
06 Jun 2024 01:25pm


Tariq Hazim (kiri) didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis berhubung kes meletakkan pelekat bendera Israel, di restoran makanan segera, minggu lalu.

KAJANG - “Saya tampal bendera Israel di kedai makanan segera itu sebab saya marah, selepas ada keluarga saya meninggal dunia di Palestin,” kata seorang lelaki yang didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis.

Pekerja sambilan sewa kereta, Tariq Hazim Mohd Yusri, 25, dikenakan hukuman terbabit selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Nurul Hafzan Ab Aziz.

Mahkamah memerintahkan lelaki itu dipenjara selama sehari, jika gagal membayar denda berkenaan.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Majistret menasihati tertuduh supaya memikirkan akibat perbuatan yang dilakukannya.

“Kalau kamu buat begitu, adakah ia akan menjadi keadaan yang lebih baik,” kata Nurul Hafzan.

Mengikut pertuduhan, dia yang memakai baju kemeja didakwa meletakkan pelekat bendera Israel, yang mana keamanan pekerjanya mungkin terganggu, di restoran berkenaan di Batu 10, Jalan Hulu Langat di sini pada jam 4.42 petang, 29 Mei lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14, Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM100, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, semasa seorang pengadu wanita yang sedang bekerja di sebuah restoran makanan segera di sebuah stesen minyak di Hulu Langat hendak ke tandas, dia menyedari terdapat pelekat Israel ditampal pada lantai, kaki lima dan pintu masuk hadapan premis berkenaan.

Wanita itu kemudiannya memaklumkan perkara berkenaan kepada pengurusnya dan hasil pemeriksaan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati tertuduh melakukan kesalahan berkenaan lalu beredar dengan menaiki sebuah kereta.

Semasa prosiding, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nabilla Rosli yang mewakili tertuduh, merayu agar anak guamnya diberi hukuman minimum dengan alasan, tertuduh mengaku kesal dengan perbuatan tersebut.

"Dia insaf dan perlu menyara isteri yang juga seorang suri rumah termasuk mentuanya yang juga seorang ibu tunggal.

"Ibunya juga mempunyai penyakit gaut sementara bapanya mempunyai penyakit jantung," katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Husna Amran memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam agar dia tidak mengulangi kesalahan sama di masa depan.berkenaan

Pada Rabu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, seorang lelaki akan dituduh di mahkamah, berhubung kejadian berkenaan.

Menurutnya, terdapat dua kes yang disiasat ia dirujuk untuk mendapatkan arahan tuduh daripada Timbalan Pendakwa Raya.

Sementara itu, polis Selangor menerima tujuh laporan kes restoran makanan segera dicoteng dan ditulis dengan perkataan jelik di negeri itu bagi tempoh 28 Mei hingga semalam, dipercayai sebagai tanda boikot berhubung isu Palestin-Israel.

Menurutnya, empat kes berlaku di Sungai Buloh, dua di Kajang dan satu di Petaling Jaya.



Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2025 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka dia nampak kepam pula. Betul ke tu heshe?
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2025 05:49 PM | Show all posts

Lagi @Orenn1

Polis lengkap kertas siasatan kes kibar bendera Israel
Nur Fazlizai Ali
25/10/2023
09:50 MYT


Menurut Mazli, setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada seorang lelaki berusia 30-an disyaki pelaku yang bertindak mengibarkan bendera tersebut. - Foto BERNAMA

KUALA TERENGGANU: Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung isu pengibaran bendera Israel di sebuah premis di Terengganu.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata pihaknya kini dalam proses untuk menyerahkan kertas siasatan tersebut kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN).

Jelasnya ia bagi membolehkan tindakan lanjut dijalankan ke atas seorang lelaki berusia 30-an disyaki pelaku yang bertindak mengibarkan bendera tersebut.

Menurut Mazli, setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada seorang lelaki berusia 30-an disyaki pelaku yang bertindak mengibarkan bendera tersebut.

"Untuk kes bendera Israel yang dinaikan ini kita telah menyiapkan siasatan dan kita akan kepada PPN untuk dapatkan arahan.

"Kita siasat di bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama 1963. Yang kedua Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, iaitu perbuatan dengan niat untuk mengganggu keamanan.

"Kita kemudian juga akan siasat di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya," katanya.

Dalam pada itu beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mengibarkan sebarang bendera yang boleh menyentuh sensitiviti semua pihak.

Pada Jumaat lalu polis Terengganu telah mengambil keterangan seorang peniaga berusia lingkungan 30-an yang didakwa mengibarkan bendera Israel di sebuah premis di negeri itu.

Sebelum ini tular di media sosial Facebook beberapa keping gambar bendera Israel yang dikibarkan di sebuah premis perniagaan dikatakan terletak di Bukit Payung, Marang.

Tindakan lelaki terbabit mencetus kecaman dan kemarahan pengguna media sosial yang turut meninggalkan komen berbaur ugutan malah ada yang mahu bertindak sendiri terhadap pemiliknya.


Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2025 08:16 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 20-6-2025 05:44 PM
hasil Google!
Lelaki tampal bendera Israel di restoran makanan segera didenda RM100
NOOR AZLIDA AL ...

Yg ini kira lelaki tu tampal sticker bendera israel dgn niat utk pedajal bagi org marah kat restaurant segera tu lah kiranya. Kena danwa pun atas akta kesalah2 kecil. Agaknya akta ni klu ada apa2 kesalahan yg pelik2 yg takde akta lain blh didakwa dorg longgok semua kat akta ni je. Kiranya letak sticker bendera israel tu still satu kesalahan sbb dorg blh dakwa kat akta ni nmpknya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2025 08:23 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 20-6-2025 05:49 PM
Lagi @Orenn1

Polis lengkap kertas siasatan kes kibar bendera Israel

Ye yg ini, nampaknya yg ni pun didakwa atas akta kesalahan kecil, konon dituduh nak ganggu keamanan. Masalahnya org tu sokong israel so what. Sepatutnya bebas utk kita state our stance, pada pandangan aku lah. Mcm pelik sungguh sokong israel satu kesalahan. Sbb geopolitik ni  org tgk dr view berbeza.Tak agree dgn dia sudahlah huh. Mcm tak sepatutnya sampai kena dakwa. Takde freedom of speech langsung ke kat negara kita ni. Dorg longgok dlm akta kesalahan2 kecil, sabo je.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-7-2025 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.044482 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list