CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2011|Reply: 19

[Tempatan] Wanita Halau Pekerja Guna Kayu, Tak Mahu Lori Sampah Diletak Depan Rumahnya, menengking mereka supaya segera beredar.

[Copy link]
Post time 19-6-2025 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 19-6-2025 06:35 PM

Tindakan Wanita Halau Tukang Kutip Sampah Parkir Lori Hadapan Rumahnya Raih Kecaman




Menerusi video berkenaan, wanita tersebut turut memegang sebatang kayu serta menengking semasa menghalau pekerja pembersihan berkenaan.

tular satu insiden yang memaparkan seorang wanita bertindak kurang wajar terhadap kumpulan pekerja tersebut hanya kerana tidak bersetuju lori kutipan sampah diletakkan di hadapan rumahnya.

Wanita Halau Pekerja Guna Kayu, Tak Mahu Lori Diletak Depan Rumah
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@shaharizalrizalabdullah), pemilik video berkongsi suasana di hadapan sebuah rumah di mana sekumpulan pekerja pembersihan sedang menjalankan tugas mereka.

Dalam video berkenaan, dilihat seorang wanita memegang sebatang kayu sambil memarahi pekerja yang memarkir lori kutipan sampah di hadapan rumahnya.

Difahamkan, pekerja-pekerja berkenaan meletakkan lori di situ buat sementara waktu kerana perlu berjalan dari rumah ke rumah di sekitar taman perumahan untuk mengangkut sampah dengan lebih efisien.

Meskipun para pekerja cuba menerangkan situasi dan tugas mereka, wanita tersebut dilihat tetap berkeras dan menengking mereka supaya segera beredar.

Malah, walaupun lori berkenaan sudah mula dialihkan, wanita itu terus mengekori mereka sambil menghalau dengan kayu di tangan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2025 09:32 PM | Show all posts
Makcik ni skip makan ubat ke?

Tengok rupa kau pegang kayu tu, buat pekerja kutip sampah gelak dlm hati jah
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2025 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa ngan akak ni?
Mereng ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2025 09:43 PM | Show all posts
kalo lori tu berhenti lama kat situ..

mgkn bau busuk sampah yg sebabkan akak tu annoyed
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2025 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
pengecatbintang replied at 19-6-2025 09:43 PM
kalo lori tu berhenti lama kat situ..

mgkn bau busuk sampah yg sebabkan akak tu annoyed

Mungkin air sampah tu mengalir dari lori. Tp kalau lori tu berjalan pon air tu tetap mengalir gak.
Lepas ni drift depan umah mcik ni biar deras sikit air keluar. Skip rumah dia jgn kutip sampah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2025 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kata tadi parking. Tau beza parking tak?

Btw awat pekerja tu pi pikul tong sampah tu. Bukan ada cangkuk kat belakang lori boleh terus angkat tong tu ka? Eh... Motif aku pun cakap utagha.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2025 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena bogel dgn Bangla tu baru tahu
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2025 02:08 PM | Show all posts
aku team makcik..masa dok rumah lama, lori sampah memang berhenti betul2 dpn rumah aku nak kutip sampah jiran2 semua... air sampah mengalir, kadang sisa sampah jatuh, bukan dia nak kutip. so aku paham sgt, makcik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2025 02:13 PM | Show all posts
Mak sapa la tu....malu tengok memekik
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2025 02:20 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 19-6-2025 10:49 PM
Kata tadi parking. Tau beza parking tak?

Btw awat pekerja tu pi pikul tong sampah tu. Bukan ada can ...

...pikui....(utgha). He..he..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2025 02:34 PM | Show all posts
Dia ada masalah apa? Pastu ko nak lori sampah tu lalu mana?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2025 02:42 PM | Show all posts
kucingitam replied at 24-6-2025 02:08 PM
aku team makcik..masa dok rumah lama, lori sampah memang berhenti betul2 dpn rumah aku nak kutip sam ...

Aku pun paham perasan makcik tu & ko. Rumah aku sampah kena masuk dalam plastik baru dia angkat.Habit dorang kumpul semua plastik sampah depan rumah aku sebelum sauk sekali semua masuk lori.
Sampah2 yang terkeluar dari plastik dia biarkan je berlonggok depan rumah aku.
Tapi aku takde la sampai nak halau pakai kayu




Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2025 02:56 PM | Show all posts
Nama akaun tiktok acik ni Sexy Syasya.  u can thank me later
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2025 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
menyampah....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2025 04:11 PM | Show all posts
uda replied at 24-6-2025 02:20 PM
...pikui....(utgha). He..he..

... teghuih...


Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2025 04:17 PM | Show all posts
Allahhuakbar ...... watper gini sis ?
dah macam OG pulak
memalukan

toksah kutip sampah dia
biar berulat dan busuk

ni baru duk rumah murah
kalau dok rumah bangelo tak tahulah macam mana sombongnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2025 04:20 PM | Show all posts
BeskotCekelat replied at 24-6-2025 02:42 PM
Aku pun paham perasan makcik tu & ko. Rumah aku sampah kena masuk dalam plastik baru dia angkat.Ha ...

ya, yang mengalaminya saja yang faham.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2025 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tak tahan sgt le tu kot
Tiap kali diarg buat gitu terus bertukar jd cikgu discipline kauuuu
Staff2 tu pun agak2 le nak parking sementara pun
Dkt tempat aiol tinggal dulu kawasan sempit lori tak datang terus utk parking ke hapa
Tp diarg turunkan staff & angkut pakai bekas kayu diarg buat sendiri dulu ke hujung jalan
Nnt lps selesai laluan lain diarg baru dtg utk angkut yg dlm bekas tu...
Camno diarg handle bekas tu aiol tatau la pula..  Mungkin simpan dkt surau kot
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2025 04:32 PM | Show all posts
Ya.. yg tahu je tahu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2025 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
jgn ler sombong sgt. tp aku mmg menyampah dgn org yg tk bungkus sampah baru masukkn dlm tong.  bercicir² isi sampah tu.
menyusahkan org yg kutip..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-7-2025 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.064177 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list