View: 4464|Reply: 49
|
[Tempatan]
Pesara menang wang tunai Sijil Simpanan Premium
[Copy link]
|
|
Melaka: Seorang pesara guru bergelar jutawan segera selepas memenangi wang tunai RM1 juta menerusi program Jutawan Bank Simpanan Nasional Sijil Simpanan Premium (BSN SSP).
Bahari Harun, 60, yang juga bekas Penolong Kanan Pentadbiran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Molek tidak pernah menduga bergelar jutawan selepas dia mengambil keputusan bersara awal tahun lalu.
Baginya, kejayaan berkenaan didorong doa ibunya, Maznah Md Noor, 89, setiap hari.
Dia sering meminta ibunya berdoa agar dia memenangi RM1 juta terbabit, katanya selepas menerima replika cek RM1 juta oleh pihak BSN di sini, hari ini.
Majlis itu disempurnakan oleh Pengarah BSN Negeri Melaka, Mohd Hairul Abu Bakar.
Beliau yang berasal dari Kampung Sungai Putat tidak pernah menduga malah terkejut diumumkan pemenang Jutawan BSN SSP ke-112 bagi cabutan bulan Mei yang diadakan di Kelantan minggu lalu.
Biar pun tidak mengikuti siaran langsung cabutan berkenaan dia pelik kerana dihujani panggilan telefon lebih 10 kali namun menganggap panggilan scammer sehingga isterinya Dalena Mahadi, 42 yang juga seorang guru memberitahu perkara yang sebenar.
Menurutnya, dia menyimpan di SSP sejak berusia 17 tahun biarpun dengan RM10 namun konsisten berbuat demikian sehingga dia bersara kerana sering berharap akan memenangi kereta BMW, namun tidak menduga selepas bersara mampu memperolehi RM1 juta.
Bahari berkata, antara amalannya ialah dengan berdoa di pintu masuk masjid solat Subuh untuk memperoleh kemenangan berkenaan sebelum sedekah subuh di tabung masjid.
Katanya, dia istiqamah berbuat demikian namun tidak pernah menduga sedekah solat subuh memberi impak besar kepada kesihatan dan rezeki.
Mengenai RM1 juta dia berkata, buat masa ini dia terus menyimpan di BSN untuk cabutan yang lain dengan hasrat memenangi hadiah yang lain.
Dia juga akan menggunakan ganjaran persaraan untuk membawa adik beradiknya yang belum menunaikan umrah atau haji untuk bersama-sama mendirikan umrah
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya macam mane nak menang ye even hadiah lain?
ade forumers boleh kongsi pengalaman menang cabutan bsn ssp ni? |
|
|
|
|
|
|
|
penah nak singgah bsn ni riki2 ssp
tapi tengok2 pkl 9.45 pun pintu masih katup
apooo |
|
|
|
|
|
|
|
Ada yabg kata cabutan bertuah SSP ni haram
Tapi bagi bangkem takpe la
Asalkan pakcik tak toron dubur anak muda je sudey |
|
|
|
|
|
|
|
Saya doakan semoga beliau bijak mengatur kehidupan selepas ini...
Sebab...
Scammer sedang memulakan tugasan...
 |
|
|
|
|
|
|
|
Abeh la kna aim ngn scammers pakcik ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai la yg dtg mengaku sedara. hati2 la pakcik, jgn kene love scam sudah |
|
|
|
|
|
|
|
Buat modal berniaga, buka kedai |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak umum sapa dapat tak blh ka??? hahah..terpampang muka seantero mesia..tak aman tetiba org kenai |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya dia labur lbh dr 10k ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Pokcik ni labur tiap2 bulan rm10 ke? Simpan rm10 konsisten smpai la dia menang rm1 juta tu  |
|
|
|
|
|
|
|
Bila sspn ni ditubuhkan.mcm pelik je sejak dia umur 17thn dia masuk sspn |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 20-6-2025 04:07 PM
Buat modal berniaga, buka kedai
Dari pening2 nk berniaga baiklah dia simpan jer..... Maybe 300k kena cukai, so dia simpan baki tu dlm TH dpt hibah dlm 24k setahun.... Oklah tu sebulan 2k.... |
|
|
|
|
|
|
|
axl_bach replied at 21-6-2025 02:27 AM
Dari pening2 nk berniaga baiklah dia simpan jer..... Maybe 300k kena cukai, so dia simpan baki tu ...
Melayu kan nak BMF
..elok la dia berniaga, ada la Melayu BMF nanti support dia dan gandakan duit tu. |
|
|
|
|
|
|
|
saya baru je nak type yang sama!
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan scammer je, family dari jauh yg tak pernah mengaku pun tiba2 mengaku saudara 
|
|
|
|
|
|
|
|
Tu pasal, tak boleh nak sorok identiti? Risau i menang nnti habis kena kerumun 
|
|
|
|
|
|
|
| |
|