Assalamualaikum warahmatullah.
Mungkin ramai tak pernah tahu bahawa cucu pun layak dapat harta pusaka.
Wasiat wajibah ini ialah harta pusaka dari datuk untuk cucu yang anak yatim di mana ayah atau ibunya meninggal dunia lebih dahulu dari datuk. Kalau ikut hukum faraid, cucu tidak layak dapat faraid.
Tapi kalau dirujuk ayat kedua surah AnNissa: "Dan berikanlah kepada anak-anak yatim itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar."
Ada 4 negeri yang ada enakmen secara khusus iaitu Selangor, N. Sembilan, Melaka dan Kelantan.
Bagaiman nak tuntut? Kalau waris faraid buat tuntutan faraid tanpa pengetahuan cucu, macamana nak buat? Walaupun dah bicara faraid, tuntutan masih boleh dibuat melalui Pejabat Shariah.
Sila rujuk sini:
https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30319?language=my