CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 330|Reply: 9

[DRAMA MELAYU] AKASIA : BUKAN IPAR SEMPURNA [IKMAL AMRY, CHAYA NILAM, NADIYA NISSA, HAFEEZ MIKAIL]

[Copy link]
Post time 18-6-2025 01:12 PM | Show all posts |Read mode
Edited by eddlisa_uyuk at 18-6-2025 01:17 PM




Nantikan drama bersiri Bukan Ipar Sempurna adaptasi daripada novel Bukan Cinta Sempurna karya Bellesa akan menghiasi slot Akasia TV3 pada bulan Mei ini. Diterbitkan oleh MIG Production dibawah arahan Ejump Mohd. Dibintangi oleh Ikmal Amry, Cahaya Nilam, Hafeez Mikail dan Nadiya Nisaa. Saksikan Bukan Ipar Sempurna bermula 13 Mei 2025, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam atau strim episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my, atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play dan App Store.

Bukan Ipar Sempurna
Episod: 28
Tarikh Tayangan: 13 Mei 2025
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / Tonton
Penulis Novel: Bellesa
Penulis Skrip: Panel Skrip MIG, Dayang Kartinah, Akmal Firul, Atiah Khuzaidah
Pengarah: Ejump Mohd
Produksi: MIG Production Sdn Bhd


Watak Pelakon
Ikmal Amry sebagai Firash
Cahaya Nilam sebagai Nadhia Sofia
Hafeez Mikail sebagai Zahin
Nadiya Nisaa sebagai Atma
Nessa Maureen sebagai Qaira
Jihaa Sham sebagai Zara
Raff Roslee sebagai Muadz
Atira Karma sebagai Aisyah
Razzuan Rosli sebagai Aiysar
Fazlina Ahmad Daud sebagai Puan Farida
Juhara Ayob sebagai Hajah Hasanah
Nik Ramly sebagai Haji Anas
Nisa Rissa Isa sebagai Zaharah


Lagu Tema (OST)
Tajuk: Puaskah
Artis: Ameerais & Mariam
Lirik & Komposer: Iqie Hugh & Shazriq Azeman

Sinopsis Bukan Ipar Sempurna
Kisah ini bermula dengan keberanian Firash (Ikmal Amry) membatalkan pertunangan bersama Zara (Jihaa Sham), demi memperjuangkan cintanya terhadap Nadhia, wanita yang langsung tidak direstui oleh ibunya, Puan Farida (Fazlina Ahmad Daud). Meskipun begitu, kakaknya, Atma (Nadiya Nissa), menjadi satu-satunya penyokong kuat dalam keputusan itu, menyambut Nadhia sebagai sebahagian daripada keluarga mereka.

Namun di sebalik kebahagiaan rumah tangga, satu rahsia besar terbongkar. Nadhia disahkan mengandung, namun usia kandungannya tidak sepadan dengan tempoh perkahwinan mereka. Siapakah sebenarnya bapa kepada anak dalam kandungan itu? Mampukah Firash menerima kenyataan yang mengejutkan ini? Dan siapakah yang harus bertanggungjawab atas nasib yang menimpa Nadhia?

Tragedi demi tragedi mula melanda apabila Zahin (Hafeez Mikail), bekas kekasih Nadhia, tiba-tiba muncul semula dalam hidupnya. Kehadiran Zahin membuatkan Nadhia hidup dalam tekanan dan terpaksa menyembunyikan masa silam mereka daripada suaminya, Firash. Dalam masa yang sama, Atma pula berpihak kepada suaminya, Zahin dan bersama-sama merancang untuk memisahkan Nadhia dan Firash. Mereka memfitnah Nadhia kononnya cuba menggoda Zahin, hingga Firash yang menyaksikan insiden tersebut naik marah dan mula menyimpan dendam terhadap isterinya. Mampukah Nadhia bertahan menghadapi badai yang tidak berkesudahan? Dan sampai bilakah Firash akan terus dibutakan oleh dendamnya sendiri?

Sinopsis Novel Bukan Ipar Sempurna


“Sepuluh bulan. Cukup sepuluh bulan, kita cerai.” Demi menjaga maruah dan keluarga, Nadhia Sofia terpaksa mencari calon suami dalam waktu yang singkat dan Firash Al Adam menjadi pilihan.

“Saya minta maaf sebab terpaksa jadikan awak pak sanggup.”- NADHIA SOFIA

“Betul ke bunting pelamin?”- DATIN FARIDA

Alam perkahwinan mereka, laluannya tidak mudah. Nadhia perlu kuat untuk berdiri setanding dengan keluarga Firash yang serba sempurna.

Dan apabila masa mengikat rasa, mula timbul rasa cinta. Nadhia bertatih mengenal erti rindu. Tapi tiba-tiba muncul pula orang ketiga cuba merosakkan segala-galanya. Orang itu pula bukanlah perempuan cantik, tetapi lelaki kacak.



“Suami you cintakan I.” -WAAN AISAR

“Tentang gay…” -FIRASH AL ADAM

Tidak cukup dengan kisah Firash dan ‘teman lelakinya’ menggugat rumah tangga mereka, Datin Farida pula mahukan gadis pilihannya menjadi menantu.

“Firash ceraikan Nadhia, kahwin dengan Zahra.” - DATIN FARIDA

Atas perjanjian yang dimeterai, Nadhia akur. Itu laluan yang dipilih, dia harus berdamai dengan takdir.

“Tiada orang lain yang boleh ganti tempat awak di hati saya.”- NADHIA SOFIA

“Kalau kau cintakan aku, kenapa kau nak lepaskan aku pada orang lain?” - FIRASH AL ADAM

Apa sebenarnya perjanjian yang Nadhia buat hingga dia harus merelakan suaminya menjadi milik wanita lain? Dapatkah bahagia itu dikecapi oleh Nadhia dan Firash? Ataupun mungkin ikatan ini bakal berakhir dek salah faham yang tercetus?


*kredit to www.myinfotaip.com

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-6-2025 01:18 PM | Show all posts
tetiba nak buka thread nih...hehehe...
walhal minggu nih dah last nak abis dah citer nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2025 01:18 PM | Show all posts
watak hero...lembik...

watak heroin...lembik

tp best watak nadiya nissa
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2025 04:03 PM | Show all posts
I suka tengok citer ni, best.. Naik darah tinggi je hari2, harini geram dgn zahin, esok kat zara, lusa kat atma.. Grrrrr!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2025 07:31 AM | Show all posts
atma mmg niat jahat dari awal gai....ingatkan mak paksa kawen
dia yg plan sbb nak sgt zahin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2025 07:32 AM | Show all posts
bongok lak si ash tu gi cerai nadiya, senang2 laa si zahin kacau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2025 09:32 AM | Show all posts
harini last ep kan..

tgk jgk wpun xfollow rapat tp watak atma mmg psiko terbaikk  
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2025 10:08 AM | Show all posts
mak aku yg follow cite ni.. hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-6-2025 02:17 PM | Show all posts
sian gak ending atma gitu....last2 baru nak sedar nadia x salah
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2025 03:55 AM | Show all posts
saya dah lama tak menonton drama melayu, tapi agak sikit minat dengan
IKMAL AMRY tu, dia agak kacak juga hehe,wife pun letop cantik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-7-2025 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.047582 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list