CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3394|Reply: 21

[Jenayah] "Pleaseee Please Jangan Disconnected" - Wanita Naik Van RapidKL, Kena Tolak Duit!

[Copy link]
Post time 17-6-2025 01:44 PM | Show all posts |Read mode


Selain MRT, LRT dan bas biasa, kini wujud satu lagi alternatif baharu yang semakin menarik perhatian pengguna iaitu perkhidmatan atas permintaan daripada Rapid KL.

Baru baru ini, seorang pengguna TikTok tampil berkongsi pengalamannya menaiki Rapid-On-Demand buat pertama kali dan hasilnya berjaya menarik minat ramai kerana ciri mesra pengguna serta penjimatan kos yang ketara.

Menerusi satu perkongsian di TikTok (@hnmyza), seorang wanita berkongsi pengalaman pertamanya menggunakan perkhidmatan Rapid-On-Demand yang disediakan di sekitar stesen MRT Cyberjaya City Centre.

Ketika sedang berada dalam tren, dia sempat menyemak harga e-hailing ke destinasinya seperti biasa. Tambang yang tertera ketika itu hanyalah RM9.

Namun sebaik sahaja tiba di stesen dan membuat semakan semula, harga tambang telah meningkat kepada RM18. Terkejut dengan perubahan mendadak itu, dia mula mencari alternatif lain.

Secara kebetulan, dia terlihat van Rapid On Demand menunggu di kawasan berhampiran.

Tertarik dengan perkhidmatan tersebut, dia terus bertanya kepada kakitangan bertugas mengenai cara penggunaannya, lalu memuat turun aplikasi dan mencubanya sendiri.

Menurutnya, hanya RM1 sahaja yang ditolak daripada pas My50 miliknya dan jumlah itu akan dipulangkan semula ke dalam akaun.

Lebih menyenangkan, ketika menaiki van itu dia merupakan satu-satunya penumpang. Pemandu wanita yang bertugas juga disifatkan sangat mesra dan sudi berbual sepanjang perjalanan.

Menjengah ke ruangan komen, rata rata netizen menyambut baik inisiatif ini dan ramai yang menganggap servis Rapid-On-Demand sangat membantu terutamanya ketika harga e-hailing tidak menentu.

Ada juga pengguna lain yang berkongsi pengalaman mereka, menyatakan servis ini memang penyelamat kerana murah dan telus.

Namun begitu, ada juga yang memberi peringatan bahawa permintaan tinggi boleh menyebabkan waktu menunggu menjadi agak lama.

Walau apa pun, ramai bersetuju ia merupakan alternatif bijak terutamanya bagi pengguna My50 yang ingin maksimumkan penggunaan pas tersebut.

Untuk info, Rapid-On-Demand beroperasi setiap hari dari jam 6 pagi hingga 11.30 malam dengan kadar tambang promosi RM1 sahaja.

Menurut kenyataan rasmi Rapid Bus Sdn Bhd, perkhidmatan ini kini boleh ditempah melalui aplikasi khusus Rapid-On-Demand yang diperkenalkan secara rasmi.

Sebanyak 13 zon baharu telah diperkenalkan menjadikan jumlah keseluruhan kepada 47 zon setakat ini. Antaranya:

    MRT Semantan ke KTM Segambut
    MRT Bukit Dukung ke Sungai Sekamat
    MRT Sungai Buloh ke Bandar Rahman Putra
    MRT Serdang Raya Selatan ke Taman Bukit Serdang
    MRT Metro Prima ke Taman Botani Kepong
    MRT Kentonmen ke MITEC
    MRT Sungai Jernih ke Taman Puncak Saujana
    MRT Serdang Raya Utara ke Pavilion Bukit Jalil
    MRT Taman Equine ke Lestari Perdana
    MRT Metro Prima ke Taman Bukit Maluri
    MRT Sri Delima ke Sri Segambut

Dua lagi zon iaitu Kota Kemuning ke Gamuda Walk Mall dan LRT Alam Megah ke Alam Megah pula boleh ditempah melalui aplikasi Kumpool.

Rapid memaklumkan bahawa aplikasi ini dibangunkan dengan keutamaan terhadap kemampanan, responsif dan mesra pengguna bagi menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan utama warga Lembah Klang.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-6-2025 09:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2025 01:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2025 01:45 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2025 01:45 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2025 01:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2025 02:15 PM | Show all posts
ke tengahnya die berenti


jgn ada plk yg suruh kita jd dreba van plk ye

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada nampak.

Dia serve route yang dah ada feeder bus tak? Kena ada berapa orang baru jalan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2025 02:27 PM | Show all posts
setakat ni nampak kl dan penang ada On Demand ni. baca kat group e-hailing, ramai yg memaki hamun sebab fare murah. tapi aku padankan muka juga kat drg sbb selalu nampak drg post maki2 customer/passenger, dgn bangga inform tgh sidai passenger sbb nak suruh passenger cancel, eh macam2 la..jenis tak bersyukur mcm driver taxi dulu2
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 02:56 PM | Show all posts
laaa.. aku nampak selalu van ni kat area rumah aku..
aku pun confident ... service hantar staff balik umah tu... hahahahah
rupanya boleh naik ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 03:09 PM | Show all posts
RM1 je chuollsss
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 03:28 PM | Show all posts
tapi x semua LRT ada.. mcm kat LRT Subang x pun rapid on demand nie
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Camni rupanya kegunaan 'mende ni'....ingtkan tuk 'kecemasan' bila 'sistem mati'.2-3 bijik  berlambak kt tmpt aku..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 03:33 PM | Show all posts
Oo...ingatkan van utk hantar staff. Boleh public guna rupanya..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
nuralisa replied at 17-6-2025 02:56 PM
laaa.. aku nampak selalu van ni kat area rumah aku..
aku pun confident ... service hantar staff bali ...

Singgit je chouls... cam iols dok apartment tak masuk dalam la.. pick up kat guard
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 04:35 PM | Show all posts
fattymah replied at 17-6-2025 03:51 PM
Singgit je chouls... cam iols dok apartment tak masuk dalam la.. pick up kat guard

bila aku tgk route kat tempat aku..kena guna apps mobi .. bukan apps rapid on demand
lepas tu main point bukan kat mana2 stesen lrt/mrt terdekat..
dia main kawasan jarak mungkin antara 20 - 30 km jer..
kira mcm bas jugak ..tapi sbb kawasan aku x de bas.. kawsan taman..diaorg gunakan van nie..
ok la jugak sbnrnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2025 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
nuralisa replied at 17-6-2025 04:35 PM
bila aku tgk route kat tempat aku..kena guna apps mobi .. bukan apps rapid on demand
lepas tu main ...

Yg penting jimat.. iols tak try lagi tapi ada jiran dok share info
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 08:32 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 17-6-2025 02:17 PM
Ada nampak.

Dia serve route yang dah ada feeder bus tak? Kena ada berapa orang baru jalan?

Aku dah dua kali guna. Servis ni complement existing MRT feeder bus. Laluan tak ikut laluan bas dan driver pakai apps tengok route mcm grab. Aku naik di stesen MRT, tak perlu tunggu orang. Jika van tu dah ada di stesen, terus book dan van akan jalan. Kalau van tu tengah travel hantar penumpang, jenuh juga la kalau nak tunggu.Tambang promosi RM1. Memang murah mcm tambang bas. Tapi kena pilih pickup & drop off point dlm app. Aku dikira untung sebab boleh drop-off point kat depan rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 10:41 PM | Show all posts
ultra78 replied at 17-6-2025 08:32 PM
Aku dah dua kali guna. Servis ni complement existing MRT feeder bus. Laluan tak ikut laluan bas da ...

Macam too good to be true. Siapa lah punya idea ni boleh bagi datuk seri kot. Sangat memudahkan rakyat.

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2025 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 17-6-2025 10:41 PM
Macam too good to be true. Siapa lah punya idea ni boleh bagi datuk seri kot. Sangat memudahkan ra ...

ni yg company laki hannah yeoh buat. biasa la kroni ma. tp kalau ph kroni, nepotisme semua halalan toyyiban.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2025 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.084097 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list