CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9600|Reply: 179

Dah jadi artis, netizen gelar Dr. Muhaya motivator songsang

[Copy link]
Post time 17-6-2025 08:11 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 18-6-2025 02:49 AM

KUALA LUMPUR: Pakar motivasi tersohor, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad tidak menyangka akan diberi peluang membuat penampilan khas dalam filem produksi Indonesia, Keajaiban Air Mata Wanita yang diadaptasi daripada pengalaman pembaca buku Rahsia Magnet Rezeki.

Mengulas mengenai pengalaman itu, Muhaya pada awalnya memang berkawan baik dengan penulis buku tersebut, Ustaz Nasrullah yang kemudian berminat untuk menyelitkannya dalam filem berkenaan.

Bagaimanapun, Muhaya yang juga pakar mata di sebuah pusat perubatan swasta pada awalnya berat hati menerima pelawaan itu namun kembali berminat selepas dimaklumkan pengarah filem Buya Hamka, Fajar Bustomi turut bersama dalam menjayakan filem ini.

“Setahun lalu, Pak Nas (panggilan Nasrullah) yang juga sahabat saya datang dan beritahu dia mahu bikin filem. Tiba-tiba, dia beritahu mahu saya masuk sekali dalam filem ini dan perlu ke Jakarta, tapi saya cakap susah.

“Kemudian Pak Nas beritahu antara yang terbabit untuk filem ini adalah Fajar Bustomi yang bikin filem Buya Hamka, jadi saya sangat tertarik.

“Tidak lama selepas itu, Pak Nas beritahu semuanya sudah siap dan minta untuk saya masuk terus,” katanya.

Muhaya ditemui Utusan Malaysia di  sidang media filem Keajaiban Air Mata Wanita di TGV Suria KLCC di sini, malam tadi.

Tambah Muhaya lagi, ucapan yang dimuatkan dalam filem ini berlaku secara spontan memandangkan pihak produksi memberi kebebasan kepadanya untuk menghasilkan skrip sendiri.

“Saya boleh kata perkara ini tak dirancang langsung, malah skrip juga tiada dalam perancangan.

“Bila produksi datang ke rumah saya, mereka terus mulakan penggambaran. Semuanya terjadi secara spontan tanpa ada skrip,” katanya.

Ditanya adakah pakar motivasi itu bersedia untuk berlakon di mana-mana naskhah seandainya diberikan peluang, Muhaya tertawa kecil.

“Saya sokong  usaha Pak Nas yang mahu membawa mesej baik menerusi filem. Sebagai seorang yang praktis, untuk mempengaruhi pemikiran seseorang, kita perlukan tiga kaedah iaitu visual, auditori dan emosi.

“Perhatikan dalam semua filem, apa sahaja yang orang menonton dengan emosi, akan masuk dalam diri. Jadi, babak berceramah dalam filem ini semua akan masuk tanpa sedar.

“Ini akan membina seorang insan dan menambah kebaikan kepada ummah,” katanya.

Filem Keajaiban Air Mata Wanita mengisahkan tentang Kiki lakonan Citra, seorang wanita yang kehidupannya berubah drastik selepas kematian suaminya, Ronald.

Dengan sokongan sahabat baiknya, Rahma (Natasha Rizky), Kiki berusaha untuk bangkit semula dan mencari kebahagiaan dalam hidupnya.

Filem ini akan menemui Malaysia penonton bermula 19 Jun ini. -UTUSAN



Prof Muhaya ni mak rasa seorang motivator songsang dan penceramah yg menggunakan toxic positivity. Suka kata ke orang hati berkeladak lah.

Dia pernah cakap kat patient kan, mata rosak sbb tengok benda tak baik. How can an eye specialist say something not backed by science camni?

Macam mana jadi Prof tapi  tak amik teladan dari kisah Nabi Nuh AS? Anak Nabi Nuh AS pun tak beriman. So dia nak kata Nabi Nuh berdosa sbb tak pandai ajar anak?

Individu yang ada ilmu agama sepatutnya presentation nya untuk mendidik/menasihat. Make people to love Islam more and more.

Ini kalau 24/7 asyik judgemental seolah olah kehidupan ini serba tak kena dan hanya Muhaya lah terpaling tahu how to lead a perfect life.

Disebabkan pembawakan begitulah, Islam sering disalah anggap dan dijauhi (including the muslims) kerana Islam itu judgemental sifatnya.




Single Polls, Total 124 Users voted

Count down: 973 Days12 Hours54 min.

Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-6-2025 08:51 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 08:54 AM | Show all posts
1. Anak lelaki dia meninggal ketika kecil---ada kaitan ke dengan balasan Allah juga?

2. Muka dia sendiri keruh---adakah banyak dosa atau hati berkeladak juga?

3. Suka menempel retis low IQ---sebab gila populariti ke atau nak nampak bijak? sebabnya kalau berdamping saintis-saintis/ doktor hebat nanti nampak jumud sangat?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 09:16 AM | Show all posts
alah baru nak buat lasik dengan dia
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg toxic kan dia ni dari dulu
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 09:26 AM | Show all posts
aku dari awal2 kemunculan dia dapat rasa macam ada yang tak kena dgn dia ni. cuba jgk bersangka baik tapi bila dia kata2 nasihat tu aku rasa macam dia ni suka judge orang dan dia je la best. pastu baru tau dia cuma seorang pakar mata, bukan ustazah bertauliah ke apa. tak sure la aku dia ada tauliah ke tak sekarang ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2025 09:34 AM | Show all posts
1. suri rumah cariincome. jual sambal tumis dari duduk duduk
2. perempuan yang malang adalah perempuan salah pilih suami
3. hati berkeladak 24 jam. zikir dari mulut dia
4. Anxiety tidak perlu makan ubat .cara atasi anxiety adalah think positive
5. perempuan kena buat bdodo2 untuk dapatkan perhatian suami.
6. perempuan bersaing dgn suamai nak buat apa untuk apa?

yang no 6 tu kawan aku bengang giler.. dia tengah ambik PHD kot.hahahh
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 09:44 AM | Show all posts
Ayat favourite dia - "audit diri kita"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2025 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Dari dulu merepek. Aura positif negatif.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 10:04 AM | Show all posts
dari dulu rasa something wrong dia ni
sejak ada statement dia masa pkp yang pompuan kena buat bodo2 nak dapat attention laki
tapi kawan aku positive naw dengan mohaya ni
memang peminat dia dari kalangan acik2 kepam dan mak2 kita ni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 10:09 AM | Show all posts
segala jenis motivator aku pangkah...org2 gini pandai cakap je..jual air liur..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 10:49 AM | Show all posts
cattiecute replied at 17-6-2025 02:04 AM
dari dulu rasa something wrong dia ni
sejak ada statement dia masa pkp yang pompuan kena buat bodo2  ...

ya u..kawan i ols positive semuanya topik kena buat2 bodoh ni...i ols penat berdebat dalam group whatsaapp last2 iols left group je....setahun xbertegur sapa...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
kilauanemas replied at 17-6-2025 09:16 AM
alah baru nak buat lasik dengan dia

Ada baca kat thread, dia nyesal buat lasik dgn prof. Terpaksa buat tempat lain. Aku lupa puncanya. Mungkin xberbaloi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 11:15 AM | Show all posts
unhinged dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
cattiecute replied at 17-6-2025 10:04 AM
dari dulu rasa something wrong dia ni
sejak ada statement dia masa pkp yang pompuan kena buat bodo2  ...

Sib baik mak iols cerdikkk
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau operation tak menjadik dikatanya patient banyak dosah khuenz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2025 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Die ni kene dipantau majlis agama. Byk terpesong. Garfu tala la.  Da la dokter pakar cum influencer, bahaya woo. Kalo salah, org terpakse tegur publicly. Berbalas2. Org bukan Islam geleng pale je..

Jangan ditunggang agama ni.

Kalo nk bg nasihat kan, make it as general as possible. Jauhkan dari sebut2 tentang agama kalo ko bkn agamawan. Tp isi dan intipati tu x lari dari hukum agama. Kalo nk ckp bende yg deep, bia yg lebih arif buat.

Mengarooot tukang karooot mmg rmai
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 12:11 PM | Show all posts
A-Are replied at 17-6-2025 10:49 AM
ya u..kawan i ols positive semuanya topik kena buat2 bodoh ni...i ols penat berdebat dalam group w ...

tu species laki curang pun terima je
laki tak bagi nafkah pun redha je
tu yang mengikut mazhab si muhaya ni
pastu jadi something je nangis2 terima balik laki dia.
berbuih mulut nasihat pun tak jadi apa
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
kilauanemas replied at 17-6-2025 09:16 AM
alah baru nak buat lasik dengan dia

Bersedia ke utk audit diri.. cuci hati berkeladak??
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 12:16 PM | Show all posts
Edited by A-Are at 17-6-2025 04:17 AM
cattiecute replied at 17-6-2025 04:11 AM
tu species laki curang pun terima je
laki tak bagi nafkah pun redha je
tu yang mengikut mazhab si  ...

ya u..xsuka la jenis yg suka merendah rendahkan kaum sndri ni...ntahla..siap cakap sbb tu lambat jodoh...ada plak gitu..walaupon iols da kawen iols tetap xsetuju statement dia yg tu...tp tula ramai je setuju, pmpn kena mcm ni kena macam tu supaya suami xlari..kalau dorang pon redha nak buat macam mana kan..elokla i ols mengeluarkan diri mgkn pegangan kita x sependapat...dah tua2 ni iols cepat sentap jugak..dari aku lahar korang baik aku left group buat tambah dosa mengata je nnt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
‘Bersyukur kau orang tua’ – Shila Amzah diserang penyanyi legenda
alvira‘Bersyukur kau orang tua’ – Shila Amz
Views : 19134 Replies : 264
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 250 Replies : 121
Keliru label halal, Syasya Rizal termakan daging babi di China
alviraKeliru label halal, Syasya Rizal termaka
Views : 2149 Replies : 56
AIRLINE USA DEVILEVA $
DEVILEVA36AIRLINE USA DEVILEVA $
Views : 0 Replies : 0
RTRTTRTRTRTRTRTRTRT
DEVILEVA35RTRTTRTRTRTRTRTRTRT
Views : 0 Replies : 0
RTRTRTRTRTRTRT UIUIUIUI
DEVILEVA35RTRTRTRTRTRTRT UIUIUIUI
Views : 0 Replies : 0
TRAVEL USA
DEVILEVA34TRAVEL USA
Views : 0 Replies : 0
TRAVEL USA AIRLINE DEVILEVA
DEVILEVA34TRAVEL USA AIRLINE DEVILEVA
Views : 0 Replies : 0
CARA BETUL BERNIAGA ONLINE...
kruzamanCARA BETUL BERNIAGA ONLINE...
Views : 3905 Replies : 18
DEVILEVA  420
DEVILEVA33DEVILEVA 420
Views : 0 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-7-2025 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.072040 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list