CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 25472|Reply: 185

[Jenayah] Kerabat DiRaja buat hal lagi, tikam jubur apek di kelab malam

[Copy link]
Post time 15-6-2025 12:04 AM | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 16-6-2025 04:57 PM


Polis sedang menjalankan siasatan terhadap seorang kerabat diraja Pahang yang didakwa menikam seorang lelaki di sebuah kelab malam di Kuantan bulan lalu.

Menurut laporan polis bertarikh 5 Jun yang tular di media sosial, kejadian berlaku pada awal pagi 8 Mei di sebuah kelab malam di ibu negeri Pahang itu.


Pengadu yang berusia 30 tahun mendakwa dia diajak oleh rakannya untuk ke kelab malam tersebut susulan satu kejadian terdahulu di sebuah pusat hiburan lain, di mana dia dikatakan melanggar kerabat diraja berkenaan sebanyak dua kali.

Setibanya di kelab malam kedua bersama adik lelaki dan saudaranya, pengadu mendakwa seorang lelaki yang dipercayai pembantu kepada kerabat diraja itu bertanyakan bagaimana dia mahu menyelesaikan perkara tersebut.

Setelah tawaran membelanja bir kepada kerabat itu ditolak, pembantu kerabat tersebut didakwa mencadangkan supaya pengadu memberi “angpau” kepada kerabat tersebut.

Pengadu kemudiannya menyerahkan wang tunai berjumlah RM1,200.

Bagaimanapun, pembantu kerabat itu dikatakan menyuruh pengadu memohon maaf secara terus kepada kerabat diraja berkenaan, sebelum mangsa, saudaranya dan seorang kakitangan kelab dibawa ke sebuah bilik karaoke di tingkat dua untuk bersemuka dengan kerabat tersebut.

Pengadu berkata kerabat tersebut memarahinya kerana melanggarnya dan bertanya sama ada dia mabuk atau tidak.

Menurutnya, kerabat diraja itu kemudian mempelawanya duduk di sofa dan memberi isyarat kepada pengawal peribadinya, yang kemudian memukul kepala pengadu dengan jug minuman kaca.
Kerabat tersebut juga didakwa mengeluarkan sebilah pisau lipat dan menikam mangsa di bahagian punggung, sebelum kakitangan kelab menghalangnya dan pengawal peribadinya.

Mangsa mendakwa dia mengalami kecederaan teruk dan kehilangan banyak darah akibat tikaman dan terkena libasan pisau, sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

-MalaysiaKini




Multiple Polls: ( Max 3 choices ), Total 96 Users voted

Count down: 965 Days12 Hours6 min.

Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2025 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts

KETERANGAN REPOT INI DITAIP OLEH PENGADU SENDIRI

Pada 7.05.2025, saya pergi ke 9 Club, Jalan Gambut 1, Kuantan, bersama 4 orang kawan-kawan dari pukul 9pm sehingga pukul 3am (8.05.2025). Pada kira-kira pukul 5 pagi, 8.05.2025, setelah saya pulang ke rumah, saya telah menerima panggilan melalui Facebook Messenger daripada kawan saya bernama Ah Weng, dan beritahu saya bahawa saya telah melanggar Tengku Eddie sebanyak 2 kali di 9 Club. Disebabkan saya penat, saya berkata apa-apa kita boleh bincang esok.

Ah Weng telah berikan telefon kepada, Ahdi, kawan saya dan juga boss Ah Weng di Q Club. Ahdi memaksa saya datang sekarang untuk berbincang, sebab tidak mahu perkara ini jadi hal besar. Ahdi berkata lebih baik datang selesai sekarang, minta maaf dan belanja Tengku Eddie, untuk selesaikan perkara ini.

Sekitar pukul 530am, saya pergi ke Q Club, Jalan Putra Square, Kuantan, bersama adik lelaki dan saudara saya.

Setelah sampai, saya pergi ke pejabat Ahdi dahulu. Lepas itu, Ahdi panggil orang Tengku Eddie, iaitu Ah Wei untuk naik ke pejabat untuk bincang dan selesai perkara ini.

Pada masa tersebut, saya berada di dalam pejabat itu bersama Adhi (Boss Q Club), Ah Weng (pekerja Q Club), Ah Wei (Budak Tengku Eddie), Ah Siong (Staff Q Club), dan saudara saya.

Ah Wei tanya bagaimana saya nak selesaikan perkara ini. Saya telah menawarkan untuk belanja beer bagi Tengku Eddie. Ah Wei telah pergi bertanya kepada Tengku Eddie, dan turun ke pejabat bersama Bodyguard Tengku Eddie (1/l Melayu).

Ah Wei tersebut berkata, Tengku tidak mahu saya belanja dia beer. Ah Wei cadang saya bagi angpau kepada tengku untuk selesai perkara ini.

Pada masa tersebut, saya berikan wang sebanyak RM1,200 kepada Ah Wei untuk berikan kepada Tengku Eddie.

Ah Wei telah naik atas ke bilik Tengku Eddie dan turun selepas beberapa minit. Ah Wei telah menyuruh saya pergi berjumpa Tengku Eddie dan minta maaf. Saya pergi dengan saudara saya, Ah siong dan Ah Wei. Saya telah masuk bilik KTV di Tingkat 2 untuk berjumpa Tengku Eddie.

Selepas masuk bilik Tengku telah marah-marah saya dan bertanya kenapa saya langgar beliau. Selepas itu, Tengku tanya sama ada saya mabuk atau tidak. Saya jawab, ya saya minum beer sebagai alasan supaya dapat selesaikan masalah ini. Saya benar-benar tidak sedar bahawa saya telah melanggar Tengku Eddie dan tidak berniat untuk berbuat demikian.

Pada masa tersebut, Tengku Eddie telah mempelawa saya untuk duduk di sofa. Setelah duduk, Tengku Eddie telah memberi isyarat kepada Bodyguard lalu bodyguard tersebut telah memukul saya menggunakan jug minuman kaca di bahagian kepala saya.

Tengku Eddie pula telah mengeluarkan sebilah pisau lipat lalu membilas beberapa kali dan menikam saya di bahagian punggung.


Ketika situasi huru-hara tersebut Ah Siong telah menahan Tengku dan Bodyguard beliau, dan saya telah ditarik dan dibawa keluar oleh saudara saya. Saya dibawa turun dan telah menaiki kereta dipandu oleh adik saya ke Hospital KPJ, Kuantan kerana cedera teruk dan kehilangkan banyak darah akibat tikaman dan terkena libasan pisau.

Saya telah dibawa ke bahagian kecemasan pada sekitar pukul 6 pagi, 8.05.2025 dan dirawat untuk hentikan pendarahan.

Dri edisisiasat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2025 12:26 AM | Show all posts
Edited by pengecattaik at 14-6-2025 06:59 PM





Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2025 12:51 AM | Show all posts
Apa ni?? Gambar dari X tu bg la jumpscare warning


muka tempe kat mana entah ai baca org panggil muka kedai acheh
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2025 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
nama berangan novel 90an sgt
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2025 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Gi baca kat Threads sana. Kerabat diraja Pahang kena exposed oleh skendel Kazakh beliau siap kuar wasap konvo beliau kata sooo in loveeee dengan minah tu sampai imagine betina Kazakh tu masa tengah bersenggama dengan bini. Oh and not to forget betina tu tengah pregnant.

Meols tak kenal kerabat tu dan yang ni. Tapi yang penting tahi2 belaka keturunan raja2 tanahair ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2025 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 15-6-2025 01:07 AM
Gi baca kat Threads sana. Kerabat diraja Pahang kena exposed oleh skendel Kazakh beliau siap kuar wa ...

Aiyoohhhh. Siapakah yg dimaksudkan?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2025 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 14-6-2025 05:31 PM
Ms.Mangga replied at 14-6-2025 05:16 PM
Aiyoohhhh. Siapakah yg dimaksudkan?


Jap eh.

https://www.threads.net/@smm_amore_mia

Ni citernya. Ni akaun tered tino Kazakh tu. Hada gambo mamat tu skalik. Anak sapa ntah kat Pahang tu. Uols pi la jenguk kot2 kenal jantan muka labi2 tu.

Btw a few concerned Malaysians dah warning tino tu hati2 - jangan sampai jadik macam Tuya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2025 05:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat ats tu komen ank julita, kalau yg tu ank sedara sultan pahang
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2025 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes yg dulu tu dah settle ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2025 09:41 AM | Show all posts
Edited by gekkou at 15-6-2025 09:51 AM

pasti terlepas

cuba yang kena tikam tu kerabat
esok kena hukum gantung
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2025 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
X pasal2 ada yg kene letop lg... Dia x tau ke kes sblm ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2025 10:59 AM | Show all posts
nothing new pon sis. Macam gitulah kehidupan sebenar golongan bangsawan, duit semua ada, nak apa lagi, kan? takkan la nak suruh jadi imam besar di masjid pulak? itu dugaan untuk diorang yang berduit dan berkuasa. Tapi semua tu duniawi saja.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2025 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Org yg sama ke???
Eh le dlm byk2 location dlm dunia ni dkt bontot gak ditikamnya
Petis bontot ker
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2025 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Asal citer kerabat jer mesti lepak kelab, bukan masjid kaa rumah inap kaa taman tema air kaa....
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2025 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada masalah mental ker sebab asyik tikam orang? Pelik hobby dia ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2025 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 15-6-2025 01:28 AM
Jap eh.

https://www.threads.net/@smm_amore_mia

Anak laki Julita ads 3 org ..
klu tgk kat thread tu bukan yg masih ada kes tikam orang tu kannn
Ini yg lain
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2025 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 15-6-2025 01:28 AM
Jap eh.

https://www.threads.net/@smm_amore_mia

Aiyoo..Boleh sc tak..Takde threads
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2025 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 15-6-2025 01:28 AM
Jap eh.

https://www.threads.net/@smm_amore_mia

Thanks..aku dh baca
Mmg minah kazakh tu bodoh pun
Hadap sgt jantan tu kan...lps tu ada hati nk share psl arwah Tuya
Lg sekor minah model estonia tu pun penah mati di tgn kera bat.....siap la family dia kt estonia sana nk dtg msia nk saman bagai.eh...pokoknya, sapa suruh anak ko kapel sama kera bat msia yg bodoh ni sume
Kalo dh involve kera bat vvvip, mmg mati katak je la jawabnya..ni msia okehss
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2025 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 15-6-2025 12:51 AM
Apa ni?? Gambar dari X tu bg la jumpscare warning



Muka kedai acheh tu ngam
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2025 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg selalu puji anak2 shrek ni lawa jelita comel bagai, si jubir wartawan gemokkk bipop dulu la...nk bodek punya pasal
Saiz badan pun sana dgn shrek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-7-2025 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.087989 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list