CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1197|Reply: 16

Tangisan Pertama Izzara Memecahkan Kesunyian Rumah -Datin Alyah

[Copy link]
Post time 14-6-2025 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Penyanyi, Datin Alyah berkongsi kisah ketika dia mengambil keputusan untuk menjadikan anak saudaranya, Nur Izzara sebagai anak angkat setelah 11 tahun mendirikan rumah tangga bersama pengarah Muzik, Dato Ramli MS.


Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hassan berkata, dia reda menerima takdir apabila tidak dapat meneruskan rawatan Persenyawaan In Vitro (IVF) kerana wabak Covid-19 dan masalah kesihatan.


"Masa itu saya tak boleh nak terima yang saya tak boleh untuk ada anak. Ketika itu Tok Ram pujuk saya untuk pergi haji.

Tetapi makin hari makin saya terima dan reda. Saya rasa Allah sudah gerakkan hati saya untuk reda dan saya syukur dengan nikmat yang Allah bagi "


Bagaimanapun, Alyah tidak menyangka bahawa Allah SWT akan mengurniakannya rezeki untuk memiliki cahaya mata dengan cara yang tidak diduga.


"Saya ada hadiri ke sebuah podcast dan ketika itu saya kata saya tak nak minta lebih-lebih pada Allah kerana saya malu.

Allah sudah beri macam-macam pada saya. Allah bagi suami yang baik, kerjaya, rezeki, rupa paras dan kesihatan. Saya reda, takkan la saya nak tamak lagi hanya kerana saya tak ada anak.

Selepas selesai podcast tu saya dapat panggilan daripada pihak hospital yang meminta saya untuk selesaikan bil adik saya "


Dalam nada sebak, pelantun lagu Kisah Hati tersebut tidak menyangka kehadiran bayi perempuan itu di rumahnya akan membawa kebahagiaan kepada dirinya dan suami, Datuk Ramli MS.




Masa itu saya tak fikir pun yang bayi itu untuk saya sampailah dia kata, dia tidak berupaya untuk menjaga bayi itu dalam keadaan banyak masalah yang dihadapi.

"Saya berdoa pada Allah dan bawa balik bayi ini. Dalam masa yang sama, saya selesaikan hal di Jabatan Pendaftaran dan ibunya.

Kemudian saya bawa balik ke rumah namun saya tak beritahu lagi pada Tok Ram. Tapi Tok Ram tengok bayi itu dan pada awalnya dia sangkakan ia adalah kucing.

Esoknya ketika mahu mandikan Izzara, dia menangis..tangisan itu memecah kesunyian rumah saya. Tangisan pertama dia di dalam rumah ini, saya takkan pernah lupa..dan bayi itulah Izzara "


Dalam masa yang sama, Alyah turut bersyukur apabila Izzara dan Ramli mendapat status mahram.

"Untuk menyusukan Izzara saya pun tak mampu namun saya bermohon pada Allah ketika menunaikan haji, ‘Ya Allah, saya nak sangat suami saya sentuh anak saudara saya ini dalam keadaan tidak terhalang sebagai anak dan bapa.’

Alhamdulillah, saya tak dapat nak susukan dia tetapi Allah bagi cara lain.Zara telah disusukan oleh saudara belah Tok Ram .

Sekadar info, Alyah mendirikan rumah tangga dengan Ramli atau mesra disapa Tok Ram pada 2013. Alyah sebelum ini mendedahkan dia pernah mengalami keguguran pada tahun 2019.Nur Izzara jugak telah menyambut ulang tahun pertamanya pada 20 April 2025.


Artikel credit Oh Bulan


https://ohbulan.com/tangisannya-memecah-kesunyian-rumah-alyah-sebak-kongsi-kisah-anak/?fbclid=IwY2xjawK6BiNleHRuA2FlbQIxMQABHqiqCRxLtYGmYEi4RkHQbYL0Tvm4J2dAFv8TYvffrNDeVhSu_AqKApsgfJrS_aem_HdbbKberqxGbigfQE1cfzg











This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2025 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Comeyyy betul anak dia...cantik budaknya
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2025 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
apa kaitan covid 19 dgn takleh buat ivf..ramai je yg tgh2 covid tu buat ivf

iols tak bg bukak bideo tu lg..baca artikel tu je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2025 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 14-6-2025 04:28 PM
apa kaitan covid 19 dgn takleh buat ivf..ramai je yg tgh2 covid tu buat ivf

iols tak bg bukak bi ...

Dia buat IVF 2021 ,masa tu kebetulan arwah Siti Sarah meninggal jadi Dr dia tak recommend utk masukkan embrio  pada masa tu .Lepas tu dia buat bariatric & berat dia turun dari 70kg ke 40kg ,lepas tu badan dia  jadi kurang nutrisi & high risk untuk masukkan embrio. Bila Dr kata high risk ,Tok Ram tak bagi teruskan .Yang ni Tok Ram ada cerita jugak dlm interview Hlive Raya haritu .

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2025 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
edoraixora replied at 14-6-2025 04:05 PM
Comeyyy betul anak dia...cantik budaknya

Baca komen,kdg2 orang kata iras Lara Alana masa kecik.Tapi kebanyakan org komen iras Tok Ram sebab mata dia walaupun bulat tapi sepet jgk.Tgk video ni ,kening pun sama .Tapi memang Zara ni lagi manja dgn Tok Ram drp dgn Tin Yah .

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2025 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
pauliza replied at 14-6-2025 04:42 PM
Dia buat IVF 2021 ,masa tu kebetulan arwah Siti Sarah meninggal jadi Dr dia tak recommend utk masu ...

Camtu takde la kaitan dgn covid19..bukan la dia kena covid 19 yg menyebabkan dia takleh wat ivf...puncanya sbb bariatric tu la kan...bdn jd kurg nutrisi..apo la wartawan ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-6-2025 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 15-6-2025 02:41 PM
Camtu takde la kaitan dgn covid19..bukan la dia kena covid 19 yg menyebabkan dia takleh wat ivf... ...

Hehe ..nampak sangat iols copy paste je  tapi tak baca betul2 .Ya betul,ikut video tu Dr tak recommend sebab 2021 tu kes tgh tinggi , vaksin pun baru nak ada & ibu mengandung pulak golongan high risk kn .
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2025 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
pauliza replied at 15-6-2025 06:55 PM
Hehe ..nampak sangat iols copy paste je  tapi tak baca betul2  .Ya betul,ikut video tu Dr tak re ...

2020 2021 tu actually ramai juga yg proceed uols..tp iols masa tu mmg tangguh sbb scary kut..pastu dgn stress lg musim2 covid tu mmg idok ler nk proceed
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2025 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
comel budak nya
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengandung masa musim covid tengah peak memang menakutkan ya. Iouls operate remove ectopic pregnancy tahun 2021. Hospital memang x cukup staff. sampaikan i yg baru operate 2 hari kena jalan kaki dari wad sampai ke parking sebab wheelchair x cukup. Dalam wad pon pesakit kena "tolong" pesakit lain (i.e tolong papah ke tandas, tolong tukarkan cadar berdarah) sebab nurse x cukup. Nak buat macam mana, family pon x boleh masuk melawat. So iouls faham la kenapa x digalakan implant embryo masa musim pkp haritu
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 04:33 PM | Show all posts
tokram bila dgn izzara ni memang lain betul character dia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahurabbi
Sedey masa dia ckp pecah kesunyian rmh dia tu...semoga yg baik2 je utk semuanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2025 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 15-6-2025 09:32 PM
2020 2021 tu actually ramai juga yg proceed uols..tp iols masa tu mmg tangguh sbb scary kut..pastu ...

Kes arwah Siti Sarah tu buat org lagi risau nk pregnant waktu COVID kn  .Iols ada kawan yg kes dia hampir sama dgn  arwah Siti Sarah ,kena pun pada masa hampir sama ,Ogos 2021.Pregnant 6 bulan setengah ,kena COVID ,ditidurkan & emergency czer .Anak dia lahir 800gram je cuma kawan iols tu syukur ibu & anak selamat.Tu bila iols tgk live Tin Yah tu ,iols faham jugak bila Dr dia pun tak recommend nk masukkan embrio masa tu.huhu Org yg tak pregnant pun ,seram kalau kena COVID masa tu .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2025 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
azimodin replied at 16-6-2025 04:21 PM
Mengandung masa musim covid tengah peak memang menakutkan ya. Iouls operate remove ectopic pregnancy ...

Adui baca pun ngilu rasa .Adik iols bersalin awal 2021 ,mcm tu jgk lebih krg kt sepital kerajaan.Sudah beranak,pandai2 lah nk buat semua sendiri .Tak pasti pulak kalau hospital private lain sikit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2025 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
sk8er replied at 16-6-2025 04:44 PM
Allahurabbi
Sedey masa dia ckp pecah kesunyian rmh dia tu...semoga yg baik2 je utk semuanya

Iols tertgk masa Tin Yah live ni .huhu mula2 kelakar sebab live tu jadi  lama ,dekat 3 jam kes adlin aman ramli datang rmh & dia terperangkap kt dapur sebab segan nak keluar bila diaorang berborak dgn Tok Ram kt ruang tamu .Lepas tu ,ada orang komen dia TTC 11 tahun ,tu yg Tin Yah buka cerita panjang pasal dia punya TTC journey sambil duduk depan toilet .Tapi iols pun sebak bila dia nangis part tangisan pertama dlm rmh tu .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2025 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 16-6-2025 04:33 PM
tokram bila dgn izzara ni memang lain betul character dia.

Ada iols tgk dia cerita dlm One On One Hlive ,lain dia kata bila first time  jadi bapak bila umur 30 & skrg umur 66 .Memang melimpah ruah la kasih sayang bila dpt anak umur 66 .Ada dlm Bapak2 ,turun bas je,nampak orang jual baju terus sebut "Beli anak saya ni " .Kena bahan jugak dgn Tok Jalal ,call cari anak je ,tak cari bini






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-6-2025 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
  


Dh mcm kembar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2025 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.214573 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list