Agama Islam & Muslim
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MAL Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 287428   





WARNA hitam sering dikaitkan dengan amalan berkabung dan penghormatan terhadap mereka yang telah meninggal dunia.


Dalam kebanyakan budaya, memakai pakaian berwarna hitam ketika menghadiri majlis pengebumian adalah satu cara untuk menunjukkan rasa hormat dan kesedihan kepada keluarga yang ditinggalkan.


Namun, bagaimana pula hukumnya bagi orang beragama Islam yang memakai pakaian hitam ketika menghadiri pengebumian atau acara berkaitan kematian?


Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, memakai warna hitam ketika menghadiri pengebumian adalah diharuskan kerana ia tidak mengandungi unsur menyerupai agama lain.


Walaupun sebahagian ulama mazhab Syafi’i berpendapat pemilihan warna pakaian tertentu seperti hitam, boleh dikaitkan dengan ratapan dalam konteks kematian, namun uruf di Malaysia tidak melihatnya sedemikian.


Huraian jawapan


Menurut sejarah, pakaian hitam ketika pengebumian dimulakan oleh Ratu Victoria pada tahun 1861 iaitu saat kemangkatan suaminya Prince Albert.


Ratu Victoria mengenakan pakaian ini sebagai tanda kesedihan dan memakainya sehinggalah ke akhir hayat pada 1901.


Ia kemudiannya menjadi ikutan dalam kalangan masyarakat Eropah.


Imam al-Suyuti dalam kitabnya al-Awail ila Musamarah al-Awail pula menyatakan ketika Marwan al-Umawi membunuh Ibrahim ibn Muhammad al-Imam, masyarakat Abbasiyah mula memakai pakaian hitam sebagai tanda kesedihan.


Pada zaman Bani Umaiyyah, masyarakat  memakai pakaian putih ketika kemangkatan raja bagi membezakan mereka dengan Bani Abbasiyyah yang memakai pakaian berwarna hitam.


Memakai pakaian yang berwarna hitam ketika pengebumian tidak menjadi pakaian keagamaan yang khusus untuk mana-mana agama.


Sebaliknya, memakai warna-warna tertentu berbeza-beza mengikut kepada uruf setempat.


Justeru itu, ia tidak termasuk dalam larangan menyerupai agama lain.




Sumber:- mStar
1614 Views

ADVERTISEMENT


ibnur Lv.22 14#

Moderator | Credits 31047   
Ikut cara masa zaman sahabat dulu, pakaian tak ada yang bercorak-corak melainkan warnanya satu.  Tak lebih dari tiga warna iaitu satu warna seluar atau kain tutup kakai, satu warna baju tutup badan dan satu warna untuk serban atau tudung.  Tapi sekarang, pakaian satu warna ni cuma untuk kematian aje ye?  Itupun dihitamkan atau diputihkan.

matseh Lv.9 13#

Adventurer | Credits 4828   
wear grey. Perempuan terlalu pikir apa org kata.
Dan depa pun suka nak mengata.

farlis Lv.14 12#

Fighter | Credits 29246   
aku pakai apa yg ada dan rasa nk pakai..yg penting aku selsesa udahh
Follow Us

awanysss Lv.11 11#

Highlander | Credits 8369   
meols pakai hitam sbb tu paling gelap dan suram.
bukan ikut eropah.
sekian justify hehe

A-Are Lv.9 10#

Adventurer | Credits 3712   
i ols pon xpakai baju  warna hitam...tp warna2 sugul la grey mcm tu...tapi mmg ada je yg pakai warna pink striking, sempat bersolek lagi..nk tegur kang da tua..xperla..pepandaila

kucingitam Lv.14 9#

Fighter | Credits 23412   
Quote: PULANGKAN replied at 13-6-2025 02:59 PM
masa uncle iols meninggal dulu, ada orang datang pakai baju melayu warna-warni, ada yang berbaju b ...

aku one of those yang pakai baju gitu...haha nak buat cemana, baju kurung aku utk raya, kenduri kahwin je.. rest of the day 363 hari setahun tu aku berseluar yenki memanjang

ADVERTISEMENT


bintangct Lv.11 8#

Highlander | Credits 9455   
asalkan sopan ok dh

Zeelalala Lv.9 7#

Adventurer | Credits 3982   
Quote: Samerosie replied at 13-6-2025 05:58 AM
Macam2 la melayu ni.  Kang pakai putih kata ikut india, pakai merah ikut chinna, pakai hijau kata pe ...

Tu pasal. Semua serba salah. Pakai je lah baju warna apapun asal jangan telanjang bulat pergi kuburan

chikumanis Lv.12 6#

Defender | Credits 14141   
kita just pakai apa yg ada...ada je standby baju hitam tp jenuh la nak gosok sbb kita tak suka baju yg komot komot ni.

prince_marhaen Lv.11 5#

Highlander | Credits 7981   
Quote: PULANGKAN replied at 13-6-2025 02:59 PM
masa uncle iols meninggal dulu, ada orang datang pakai baju melayu warna-warni, ada yang berbaju b ...

HAHAHAH tak payah orang lain lah, aku sendiri pun kelakar, masa arwah abah aku meninggal pukul 10 pagi, aku tengah kerja, tengah duty kat luar, hari khamis, pakai batik, batik pulak meriah warna dia, merah, oren, ada kuning & hijau neon sikit... terus balik on the spot sehelai sepinggang ye dengan wallet kat drawer office terlupa nak bawa... lepas habis kebumi apa semua baru tengok gambar sedara mara share, aku paling meriah ye kat tanah perkuburan tu..sebab kebumi lepas zohor tengah panas2 terik tu.. hahahahaha

Samerosie Lv.14 4#

Fighter | Credits 20807   
Quote: PULANGKAN replied at 13-6-2025 02:59 PM
masa uncle iols meninggal dulu, ada orang datang pakai baju melayu warna-warni, ada yang berbaju b ...

Tiba2 ter-imagine pula suasana di kawasan kubur yg ceria suasana siap payung pun warna warni.  

PULANGKAN Lv.7 3#

Revolutioner | Credits 1507   
Quote: Samerosie replied at 13-6-2025 12:58 PM
Macam2 la melayu ni.  Kang pakai putih kata ikut india, pakai merah ikut chinna, pakai hijau kata pe ...

masa uncle iols meninggal dulu, ada orang datang pakai baju melayu warna-warni, ada yang berbaju batik colour meriah, yang perempuan, berbaju kurung corak bunga-bunga, warna cerah

walaupun muka semua sedih, tapi tengok bawah, very the ceria riang-ria

Samerosie Lv.14 2#

Fighter | Credits 20807   
Macam2 la melayu ni.  Kang pakai putih kata ikut india, pakai merah ikut chinna, pakai hijau kata pengikut pas.  Takan nak pakai baju bunga2 besar warna warni gi kubur lak, kang kata ingat ni hari raya ke sukaria.  Camne la boleh terfikir nak samakan Queen Vic pulak.  Dia pun reti pakai hitam untuk berkabung tu pun belajar dari mana?

All contents are displayed