CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 387|Reply: 1

“Sepupu Nak Sambung Belajar Luar Negara, Tapi Rupanya Ke Negeri Abadi” – Zoey Rahman

[Copy link]
Post time 11-6-2025 01:44 PM | Show all posts |Read mode





Pelakon Zoey Rahman turut berkongsi khabar duka apabila sepupunya, Allahyarham Fakhrul Arif Rosl antara mangsa yang maut dalam kemalangan bas membawa pelajar UPSI awal pagi semalam.


Memetik BH Online, Zoey berkata dia menerima khabar berita tersebut


“Khabar duka saya terima subuh tadi dalam group WhatsApp keluarga. Pada awalnya kami tidak tahu situasi arwah sama ada selamat atau tidak. Apa yang kami dimaklumkan hanya 15 pelajar meninggal dunia. Tapi, selepas beberapa minit baru dapat berita mengesahkan arwah meninggal di tempat kejadian,” katanya.





Sementara itu, Zoey menyifatkan arwah sepupunya itu seorang yang sangat pendiam dan baik, kali terakhir mereka bertemu adalah pada Aidilfitri lalu.


Kata Zoey lagi, ibu saudaranya ada memberitahu arwah mahu melanjurkan pengajian ke luar negara namun rupanya dijemput ke negeri abadi.


“Kali terakhir saya jumpa arwah pada Aidilfitri lalu. Aidiladha tahun ini saya tak pulang ke kampung. Arwah seorang yang baik, pendiam dan bijak orangnya.


“Mak arwah ada beritahu yang anaknya itu mahu pergi ke luar negara untuk sambung pengajian, tetapi rupa-rupanya ke negeri abadi,” katanya.


SUMBER: BH Online, Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2025 02:19 PM | Show all posts
Al-Fatihah.. lagi lah sedih ooo sedara sendiri jadi mangsa..
Ajal maut di tgn Allah kannn..
moga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman aminnn..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-7-2025 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.051870 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list