CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4768|Reply: 30

[Jenayah] Hampir Mencecah 20 KG, Daging Korban Dibuang Di Tapak Pelupusan Sampah!

[Copy link]
Post time 11-6-2025 08:42 AM | Show all posts |Read mode


Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@hanismuzaini) apabila wanita dikenali sebagai Hanis menunjukkan situasi sekitar kawasan pelupusan sampah di Jeram, Selangor.

Menerusi video perkongsian, kelihatan selambak daging mentah bertaburan di atas jalan tar dikelilingi sampah sarap yang lain. Dakwanya, ada pihak yang membuang daging dipercayai daging korban sebanyak hampir 20KG di kawasan itu.

“Siapa yang tergamak buat begini? Sumpah sebak rasa hati tengok benda ni terjadi. Bukan sikit, banyak,” katanya.

Tambah wanita itu, daging korban tersebut perlulah diuruskan dengan baik iaitu dengan menanamnya dan bukan dibuang begitu sahaja.

Hanis bagaimanapun tidak dapat mengesahkan punca daging berkenaan dilupuskan dan tidak disedekahkan kepada orang yang lebih memerlukan.

Hanis dalam hantaran lain kemudiannya menunjukkan beberapa orang individu sedang membersihkan kawasan tersebut dan bertindak tanam kesemua daging berkenaan dengan rapi.

“Daging korban yang dijumpai itu dah dikutip dan ditanam. Kerja-kerja pembersihan terus dibuat oleh mereka yang ada dalam video ni,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi tentang situasi tersebut. Sesetengah netizen meluahkan rasa sebak melihat daging korban yang terbazir.

“Sedihnya. Ada yang tak dapat daging korban. Bila dah dapat dibuang begitu sahaja,” kata seorang wanita.

Bagaimanapun, segelintir individu berpendapat bahawa daging itu berkemungkinan tidak disembelih dengan cara yang tepat.

“Mungkin tak disembelih dengan betul dan jadi bangkai. Tak perlu la diuruskan dengan baik,” ujar seorang warganet.

Sementara itu, ada juga yang memberikan pandangan lain bahawa daging itu disyaki diberikan kepada golongan gelandangan. Oleh disebabkan mereka tidak mempunyai perkakas dan peralatan memasak, daging itu tidak dapat dimasak lalu dibuangnya.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, daging yang disedekahkan kepada masyarakat fakir miskin mestilah dalam keadaan mentah.

Wajib Ke Tanam Daging Korban?

Menerusi semakan kami, pendakwah bebas terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI) sebelum ini pernah mengulas tentang isu pengurusan daging korban.

Menurut beliau, daging korban tidak wajib ditanam. Hukum sebenar perbuatan tersebut adalah sunat.

“Kalau kita buang, tidak memudaratkan orang, tidak menyebabkan bau busuk (di tempat) orang (lain), harus (buang dalam tong sampah). Tapi kalau kita buang dalam tong sampah jadi busuk, berlalat dan jadi penyakit kita (perlu) tanam.

“Macam darah kita. Walaupun darah kita sedikit dekat hidung atau dahi lepas tu kita ambil tisu lap. Ada merah sikit, darah. Sunat kita tanam tisu tu. Apa benda yang keluar daripada badan sunat tanam,” jelas UAI.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-6-2025 12:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2025 08:43 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2025 08:44 AM | Show all posts



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2025 08:45 AM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2025 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Korang ni ape laa buang rezeki.. sian lombu tuu sia sia je kena sembelih.. mknlaa dgn baik .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2025 11:51 AM | Show all posts
sayangnya... baca komen ada yg buang sebab busuk tu simpan lama ke camanalah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2025 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kt kg i ada lebih 20 ekor lembu korban rasanya
Mesti ada rumah yg dpt byk dgg
Untung laa deme..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2025 02:11 PM | Show all posts
Membazir satu hal, tak menjaga kebersihan satu hal lagi. Dua-dua pon bercanggah dengan ajaran Islam. Eloklah tuh daripada ibadah dah jadi benda bercanggah plak. Sesia jah lembu tuh terkorban.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2025 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik2 boleh setat tanam pad period memasing.

Pakcik2 pula pi tanam air mani kau. Jangan buang atas perut vinik ka skendel hitam. Tak sunat.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2025 02:22 PM | Show all posts
20kg tu byk ooooo.. why lah whyyyyy...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2025 02:46 PM | Show all posts
daging klu terkena air kemudian lambat di urus dia akan berbau....

tak pun salah cara penyembelihan...kalau salah sembelih..sekor lembu takkan 20kg je....semua lah kena buang anyway tak perlu buang klu slah cara sembelih pun.. kan..boleh bg non muslim mana2...letak dlm plastik elok2... - mcm x mungkin salah cara sembelihan klu lembu... klu daging kambing boleh jadi..tp takkan buang daging je...tulang semua x leh makan klu salah..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2025 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
X mungkin salah sembelih, kalau salah sembelih humban sekor terus masuk lubang kubur, ini dah siap potong kecil2 dah standby nak diagih2kan
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2025 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik betol.. Setau meolls lah kalau buat korban kat mesjid ni dah ada senarai asnaf penerima daging korban.. Kalau buat persendirian luar masjid pun selalunya si pembayar korban tu mesti akan mintak bahagian dia dan dia akan tahu ke mana dia nak sedekah.. Ladang yg buat korban pun akan tanya pembayar tu nak diorang asing2 kan siap ke.. Atau macam mana kehendak pembayar.. Pelik bin ajaib ya kes ini
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2025 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah busuk.takleh makan buat bajalah.


Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2025 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat surau rumah iolss dl ajk sendiri buang tetel,kulit,hidung,perut banyak lg la..alasan benda tu x sihat tuk di makan...dia org bg daging je..iolss tgk pati indon,Bangla,Nepal berkumpul kat tempat buang tu kutip bawak balik..siap call kawan bilik dtg bawak besen baldi... First time iolss tgk terkejut... Tp biasa la makcik2 yg bt agihan tu buat pertandingan tayang barang kemas sampai ke ketiak...iolss diam je la...lps dr tu iolss x p dah surau tu...iolss p masjid je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2025 05:58 AM | Show all posts
Mungkin daging tu masa proses dr sembelih ke agih ambil masa terlalu lama sampai daging jadi rosak berbau. Dapat kat org dorg dah busuk dorg pulak pegi buang gitu je. Boleh jadilah gitu salah satu kemungkinan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2025 08:05 AM | Show all posts
1st time berita daging korban dibuang mcmtu
biasa habis jer diedarkan
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2025 09:23 AM | Show all posts
sayangnya. membazir sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2025 09:24 AM | Show all posts
ina_na replied at 11-6-2025 11:34 PM
Kat surau rumah iolss dl ajk sendiri buang tetel,kulit,hidung,perut banyak lg la..alasan benda tu x  ...

allahu macam tu pulak. padahal benda2 tu boleh je dimakan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2025 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.105682 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list