View: 45553|Reply: 339
|
[Tempatan]
Bakal jadi precedent kes?Wang hibah 1 juta milik isteri perlu diagihkan mengikut faraid selepas abang dan ibu arwah suami buat permohonan di mahkamah sivil
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 31-5-2025 08:14 AM
Wang hibah milik isteri perlu diagihkan mengikut faraid selepas ibu bapa suami buat permohonan di mahkamah.
Tular di Facebook perkongsian Afyan Mat Rawi dari INFAQ Consultancy mengenai hibah takaful yang disangka tidak boleh dicabar di mahkamah.
Jelasnya, walaupun ada penama hibah dalam polisi takaful yang diambil, waris yang lain tetap boleh mencabarnya secara perundangan.
Arwah suami meninggalkan hibah RM1 juta kepada isteri dan anak-anak
Beliau berkongsi satu kes yang mencuri perhatiannya baru-baru ini apabila seorang peserta takaful meninggal dunia dan meninggalkan polisi bernilai RM1 juta
Dalam polisi tersebut, arwah menamakan isterinya sebagai penerima hibah bersyarat dan syarikat takaful telah pun meluluskan tuntutan tersebut.
Syarikat takaful juga telah menyerahkan wang pampasan kepada balu si mati dalam tempoh kurang seminggu.
Hibah diluluskan, tapi kemudian dicabar di mahkamah
Siapa sangka, ibu bapa arwah suaminya kemudian memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah untuk membatalkan hibah tersebut.
Dalam keputusan Mahkamah Tinggi Syariah, hibah bersyarat itu adalah sah dan pampasan itu kekal milik balu.
Tak berhenti di situ, kes itu dibawa pula ke Mahkamah Tinggi Sivil oleh abang dan ibu arwah. Tanpa disangka, Mahkamah Sivil membuat keputusan yang bertentangan dengan Mahkamah Syariah iaitu memutuskan hibah tersebut tidak sah dari sudut undang-undang sivil dan wang pampasan itu perlu diagihkan mengikut faraid.
Paling mengejutkan, keputusan itu dibuat tanpa kehadiran balu sebagai responden. Balu tersebut dikatakan tidak tahu menahu langsung mengenai kes itu sehingga keputusan dibuat.
Situasi ini benar-benar membuka mata ramai tentang realiti hibah takaful di Malaysia. Sebagai seorang perunding kewangan Islam, Afyan Mat Rawi, berpandangan bahawa hibah takaful tidak boleh dicabar adalah tidak tepat.
Beliau menasihatkan keluarga balu tersebut untuk membuat rayuan walaupun ia melibatkan kos tinggi kerana itu saja jalan untuk menuntut keadilan. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Celaka parents ini. Duit balu anak2 Yatjm sampai naik 2 court. |
|
|
|
|
|
|
|
Gigih yach
Bila dapat tu.agak2 masih ambil berat tak hal.anak.saudara sendiri atau cucu sendiri?
Arwah buat tu sebab dia sedar anak2 nya semua pompuan
Tak sangka boleh dicabar.kat mahkamah sivil..
|
|
|
|
|
|
|
|
mehmet replied at 31-5-2025 08:15 AM
Celaka parents ini. Duit balu anak2 Yatjm sampai naik 2 court.
Paling kejam adalah syarikat dan agent insurans yg dok promote hibah milik penama sahaja. Tak boleh dicabar dimahkamah konon. Nampak sangat buat produk x minta nasihat perundangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kita tgk mcmana kes ni berjalan.. Case study utk hala tuju hibah takaful selepas ni. |
|
|
|
|
|
|
|
omg....tak malunya abang dan ibu arwah...sanggup ya...
arwah dah hibahkan untuk isteri dan anak2...1 juta tu untuk menampung kehidupan isteri dan anak2 lepas arwah dah tak ada...
Ishh...sakit hati i baca...so unfair
|
|
|
|
|
|
|
|
Booooo..x malu berebut duit dari isteri dan anak2 yg berhak dan dah diberi penama |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian balu & anak2. Suami baik dah. Tapi mertua & ipar duai plak yg hauk |
|
|
|
|
|
|
|
faraid mana dpt kat adik beradik. tp ibu ada bahagian.
ada terbaca mcm isteri tu dpt hibah bersyarat. apa maksudnya.
nampak pembahagian tu mcm ibun12/81 bahagian
bapak 12/81
isteri 9/81
anak perempuan 16/81
depa tkde anak lelaki kot
lecehnya bila mahkamah sivil mengatasi keputusan mahkamah shariah.
abis tu akta IFSA 2013 tu tak terpakai ke..
|
|
|
|
|
|
|
|
Adakah hibah akan jadi tidak relevan selepas ini. Sebab ada kes dlm family isteri tu buat hibah sepenuhnya beri emak nya bukan anak2 dan suami sbb mereka sendiri ada kerja dan pendapatan masing2 tetapi hibah itulah yg telah direbut oleh adik beradik isteri tersebut sedangkan yg dpt mak mereka...
True colours ni hanya akan nampak bila ada kes2 meninggal dunia spt ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai yg mengecam atok nenek tu
Siap nak gambo siasat siapa depa
Harap ibu tunggal tu dpt lawyer lawan balik |
|
|
|
|
|
|
|
Kiranya mahkamah sivil boleh over rule mahkamah syariah la yer. Apa justifikasi mahkamah sivil bila bagi keputusan mcm tue? Mahkamah syariah bagi keputusan hanya berpandukan maksud hibah shj atau merujuk sekali faraid?
Kalau ikut mahkamah sivil kiranya faraid mengatasi hibah la kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kahwin dengan kapir banyak benefit and boleh conquer raya... Hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian kn...patutnya family lelaki la yg kena ambik responsibility bagi nafkah anak2 arwah...tapi ehhhh..pakcik tak sedar diri ni pulak yg rebut harta balu & anak yatim. Cannot brain
|
|
|
|
|
|
|
|
mehmet replied at 31-5-2025 08:15 AM
Celaka parents ini. Duit balu anak2 Yatjm sampai naik 2 court.
dah lah umur pon dah 70++. tunggu masa je nak mati |
|
|
|
|
|
|
|
lostnfaun replied at 31-5-2025 09:54 AM
Kiranya mahkamah sivil boleh over rule mahkamah syariah la yer. Apa justifikasi mahkamah sivil bila ...
apa yang i baca. dorang fight untuk hibah sahaja. maksudnya tak ada kena mengena dengan kwsp,asb, tanah dan lain2
dekat makhamah sivil, responden (balu) tak hadir. dan lawyer pihak lawan kemukakan hujah menyatakan hibah tu adalah duit insurance. sebab tu sivil bagi faraid. Duit insurance, kwsp, asb, kereta, rumah, tanah kan memang kena faraid. sebab lawyer tu twist bagitau tu bukan hibah tapi insurance hence kena faraid. tapi, balu boleh buat rayuan. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya mmg secara prinsip hibah bersyarat ni sepatutnya jatuh pada hukum faraid. Sbb hakmilik hibah tersebut cuma jadi milkuttamm (milik sempurna) kpd penama sesudah meninggalnya pembuat hibah........
Hibah yg jadi milik penuh penama adalah hibah tanpa syarat, iaitu pembuat hibah pindah milik dan hak terus kpd penama, semasa dia masih hidup....
Sbb tu dari dulu aku pelik dgn kewujudan hibah bersyarat ni, sbb hibah sepatutnya tiada syarat...... |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa bukan pihak insurance yg patut fight kes ni disebabkan product mereka offer ada hibah. Bukan free, hibah ni ada fee kena bayar. Patut balu tu saman insurance company pulak.
Ada kenalan pun nak claim insurance sejuta arwah suami tapi lama betul proses nya. |
|
|
|
|
|
|
|
zehra2 replied at 31-5-2025 09:42 AM
faraid mana dpt kat adik beradik. tp ibu ada bahagian.
ada terbaca mcm isteri tu dpt hibah bersyarat ...
faraid kalau tak ada anak lelaki, akan ada bahagian untuk adik beradik si mati (tak kira lah yang mati tu ibu ke bapa). TAPI, adik beradik si mati boleh TOLAK bahagian dia. in fact, parents si mati pon boleh tolak bahagian dia
macam kes keluarga i, ayah i meninggal dan ada 2 anak perempuan (tak ada anak lelaki). hibah dapat dekat my mom RM500K. hibah memang keluarga arwah ayah tak kacau.
untuk rumah, kereta,tanah, duit insurance, duit bank kena faraid. ayah i ada 6 adik beradik ( 2 abang, 1 adik lelaki, 2 adik perempuan). masa faraid, 1 abang dan 1 adik perempuan tolak bahagian dorang. apa yang i ingat, untuk tanah kena buat surat bagitau yang dorang tak nak bahagian. so, akan calculate balik lah berapa akan dapat setiap sorang. |
|
|
|
|
|
|
|
mehmet replied at 31-5-2025 08:15 AM
Celaka parents ini. Duit balu anak2 Yatjm sampai naik 2 court.
Pahamkan dulu maksud hibah sblom nk celakakan org.... Hibah tu SEPATUTNYA tiada syarat...... Jika syarat pindah hakmiliknya adalah kematian maka itubukan hibah lg dah, itu dah jadi harta PENINGGALAN yg ada hak ahli2 faraidnya...... |
|
|
|
|
|
|
| |
|