CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3947|Reply: 74

Sokongan terhadap Nik Aziz semakin menurun

[Copy link]
Post time 19-5-2011 09:24 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by xy_daen at 19-5-2011 09:25

Kajian dapati Mustapa, Awang Adek dapat perhatian

KOTABHARU: Kajian pendapat oleh sebuah syarikat perundingan danpenyelidikan, mendedahkan penerimaan rakyat Kelantan terhadapkepemimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, menurun kepada 48.3peratus, berbanding 76 peratus pada 2006 kerana beberapa faktor,termasuk penentangan rakyat di negeri itu terhadap kerjasama PAS denganDAP.
Bagaimanapun, kajian oleh Social Matrix Research (SOCMAT) itumendapati penerimaan rakyat Kelantan terhadap Menteri PerdaganganAntarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed melonjak kepada31 peratus berbanding enam peratus pada 2006, manakala Timbalan MenteriKewangan, Datuk Awang Adek Hussin meningkat kepada sembilan peratus.
Kaji selidik yang dinamakan Tinjauan Kepekaan Penduduk TentangKepemimpinan Kelantan 2011 itu dilakukan pada Mac lalu. Kaji selidiksama pernah dilakukan oleh syarikat berkenaan pada 2006.

Penasihat SOCMAT, Dr Khairudin Damhoeri, berkata kaji selidik jugamendapati pemimpin PAS lain seperti Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, DatukHusam Musa; Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub danTimbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah,gagal mengulangi pencapaian hebat lima tahun lalu, sekali gusmenunjukkan kedudukan PAS untuk mempertahankan Kelantan dalam pilihanraya umum akan datang amat getir.

Beliau yang juga pensyarah disebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Lembah Klang,berkata kaji selidik membabitkan 3,000 responden berumur 21 hingga 102tahun dan setiap mereka dihubungi sekali lagi untuk pengesahan bagimemastikan integriti hasil kajian.

"Kajian ini tidak memihakkepada sesiapa kerana ia pernah dilakukan pada 2006. Ketika itu kamidapati PAS amat popular dan sukar untuk UMNO mengambil alih kerajaan.Bagaimanapun, kali ini, kaji selidik mendapati Barisan Nasional (BN)sudah mendapat tempat kerana selepas Nik Aziz, populariti adalah kepadaMustapa dan Awang Adek," katanya kepada Berita Harian.
Kajian juga mendapati golongan yang menyukai Nik Aziz adalah yangberusia 51 tahun ke atas dan bawah 30 tahun, manakala Mustapa menerimasokongan mereka yang berusia 30 hingga 50 tahun.

Beliaumenegaskan hasil kajian pada 2006 menunjukkan rakyat Kelantan tetapakan memilih PAS walaupun Nik Aziz meletakkan jawatan ketika itu.

   “Bagaimanapun, kali ini, jika Nik Aziz meletak jawatan BN dijangka akan kembali merampas Kelantan,” katanya.

Ditanya mengenai punca kemerosotan sokongan terhadap Nik Aziz, beliauberkata, rakyat Kelantan belum dapat menerima kerjasama PAS denganpakatan pembangkang, terutama DAP.

Katanya, sebelum ini PASmelaungkan dasarnya menegak Islam dan menentang pihak yang berkawandengan kafir, tetapi kini parti itu sendiri sudah berbaik dengan DAPyang jelas menentang Islam.

"Faktor kedua adalah perpecahandalam PAS berikutan ada kem Erdogan, iaitu kepemimpinan profesionalseperti Husam dan Dr Hatta Ramli. Selain itu, ada kumpulan kerajaanperpaduan terdiri daripada Timbalan Presiden PAS, Datuk Nasharuddin MatIsa dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali serta kumpulantradisional yang diketuai Mohamad Sabu.

“Penurunan popularitiNik Aziz juga berpunca daripada menantunya, Abdul Ariffahmi AbdulRahman dalam kes Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK),” katanya.

Dr Khairudin berkata, isu pelbagai fatwa yang dikeluarkan Nik Aziz,mengelirukan orang Melayu sehingga menyebabkan mereka tidak lagi yakinpadanya.

SOCMAT ditubuhkan sebagai badan perunding bebas kepadamana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau syarikat yang mahumendapat nasihat serta penyelidikan berhubung isu masyarakat, politik,sosial, ekonomi dan pasaran. Kaji selidik terbaru itu dilaksanakanmenerusi temubual di tempat awam, seperti pasar, masjid dan warungmakan selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Mac lalu.

DrKhairudin pernah bertugas sebagai perunding bebas di Pusat KajianStrategik Negeri Kelantan pada 2006 dan melakukan kaji selidik terhadapkepemimpinan Kelantan. Beliau juga ditugaskan melakukan analisiskeputusan pilihan raya umum pada 2004 dan 2008 mengikut Parlimen, DewanUndangan Negeri (DUN) termasuk daerah mengundi dan saluran. Kajianberkenaan membabitkan 6,000 daerah mengundi dan 18,000 saluran mengundiyang mendapat pembiayaan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK).

FAKTA
Keputusan Kaji Selidik Social Matrix Research


  • Datuk Nik Aziz Nik Mat – 48.3 peratus
  • Datuk Seri Mustapa Mohamed – 31.4 peratus
  • Datuk Awang Adek – 9 peratus
  • Datuk Mohd Amar Nik Abdullah – 1.8 peratus
  • Datuk Husam Musa – 1.6 peratus
  • Datuk Mohd Alwi Che Ahmad – 1.3 peratus
  • Datuk Mohd Fatmi Che Salleh – 1.1 peratus




Sumber

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SokonganterhadapNikAzizsemakinmenurun/Article




p/s: Berundurlah sebelum tersungkur.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2011 09:26 AM | Show all posts
awg adek........prfttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 09:28 AM | Show all posts
Kita harap Nik 'Jilat Kaki' Aziz akan mengambil iktibar....
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 09:29 AM | Show all posts
Nape takde TS anuar musa? populariti dia lagi tinggi kot dari depa2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 09:33 AM | Show all posts
hanya kajian dari Pas Research center saja yang boleh dipercayai . u dah establish belum?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 09:35 AM | Show all posts
Post Last Edit by sitihawa at 19-5-2011 09:45
Kajian dapati Mustapa, Awang Adek dapat perhatian

KOTABHARU: Kajian pendapat oleh sebuah syarikat ...
xy_daen Post at 19-5-2011 09:24



   %  tak termasuk aku , sebab bukan pembaca berita harian dan juga utusan malaysia


so, aku vote tok guru nik aziz i likeeeeeeeeeeeee
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2011 09:36 AM | Show all posts
hidupppp tok pa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2011 09:38 AM | Show all posts
hanya kajian dari Pas Research center saja yang boleh dipercayai . u dah establish belum?
DATUK_A Post at 19-5-2011 09:33



    Hari ni belom establish lagi la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2011 09:43 AM | Show all posts
Hari ni belom establish lagi la...
xy_daen Post at 19-5-2011 09:38


Lambat establish hari ni Daen.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 09:43 AM | Show all posts
lepas ni umno memerintah kelantan?


pfrttttttttttttttttttttttttttttttttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 09:46 AM | Show all posts
pasti pandi kutty@murujib gembira yg amat sangat walaupun ditipu idup2 oleh akhbar2 kesayangan beliau.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 09:46 AM | Show all posts
Lambat establish hari ni Daen.....
Maideen. Post at 19-5-2011 09:43



    terlupa sapu minyak sudan agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 09:48 AM | Show all posts
Kajian dapati Mustapa, Awang Adek dapat perhatian

KOTABHARU: Kajian pendapat oleh sebuah syarikat ...
xy_daen Post at 19-5-2011 09:24


kalau tanya AN secara peribadi daen..respondant 3000 yg diambil itu tidak mengambarkan situasi sebenar..macam gak bila Merdeka Centre membuat kajian dari 4000 respondant misalannya..tapi utk mengukur kemungkinan utk dirampas tu adalah kalau dibandingkan dgn dulu.

Patutnya masukkan sekali kajian tu populeriti Ibrahim Ali sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 09:50 AM | Show all posts
aku sokong nik aziz je..naik lagi peratus..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 09:50 AM | Show all posts
Anuar Musa pong dah glamer semenjak Kelantan pandai main bola.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 09:50 AM | Show all posts
terlupa sapu minyak sudan agaknya
DATUK_A Post at 19-5-2011 09:46

Begitu lah kita manusia....tidak lepas dari lalai dan lupa.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-5-2011 09:51 AM | Show all posts
terlupa sapu minyak sudan agaknya
DATUK_A Post at 19-5-2011 09:46



    Woittt!!! Ingat aku mcm totok ka nak kena pakai minyak2 baru nak mantap????:@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2011 09:53 AM | Show all posts
kalau tanya AN secara peribadi daen..respondant 3000 yg diambil itu tidak mengambarkan situasi s ...
Anak_Nogori Post at 19-5-2011 09:48



    Satu je yg daen nak kata Ankel, iaitu berundurlah sebelum tersungkur...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 09:55 AM | Show all posts
korang leh percaya hasil kajian neh
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 09:58 AM | Show all posts
Satu je yg daen nak kata Ankel, iaitu berundurlah sebelum tersungkur...
xy_daen Post at 19-5-2011 09:53


Itu tidak dapat dinafikan..gusdur pun sangat popular satu ketika..tapi hina pada satu ketika yg lain bila dia kalah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.084568 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list