CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 502|Reply: 8

'Membesar dengan duit telekung', Lisdawati sebak kenang kegigihan ibu jahit, sulam telekung sara keluarga

[Copy link]
Post time 22-5-2025 01:51 PM | Show all posts |Read mode


DI sebalik senyum manis dan lakonan penuh emosi seorang Lisdawati, tersimpan sebuah kisah yang jarang sekali dikongsi kepada umum.


Kisah tentang seorang ibu, sehelai telekung dan pengorbanan yang tidak ternilai.


Bagi pelakon itu, telekung bukan sekadar pakaian ibadah ia adalah simbol kasih seorang ibu, saksi susah payah membesarkan anak-anak dan sumber rezeki yang menyulam hidup mereka sejak kecil.


Tidak ramai tahu, Lisdawati sebenarnya membesar dalam suasana yang sangat sederhana.


Rumahnya ketika itu sering dipenuhi kain putih dan bunyi mesin jahit, sementara ibunya tekun menjahit telekung sulam tangan sehelai demi sehelai, tanpa mengenal penat.


  


Kini, setiap helaian masih disimpannya menjadi kenangan paling menyentuh yang tidak mampu ditukar dengan apa pun di dunia.


Air mata Lisdawati hampir mengalir setiap kali berbicara tentang ibunya dan satu kenangan yang begitu utuh dalam hidupnya adalah berkaitan telekung.


"Sebenarnya kalau cakap pasal telekung, sangat berhubung dengan kehidupan saya. Ia agak menyentuh hati, sebab saya memang membesar dengan duit telekung," katanya dalam nada sebak.


Jahitan sulam sarat kasih sayang


Segalanya bermula sejak 1980, ketika ibunya mula menjahit telekung secara tangan di rumah, tanpa sebarang pekerja atau bantuan mesin canggih.


  


"Mak saya potong sendiri, jahit sendiri. Dulu dia guna dua mesin, satu untuk jahit biasa, satu lagi untuk sulam. Tapi sulam itu, dia goyang-goyang tangan. Jarum patah, dia pasang balik," bicara Lisdawati menerusi video yang dikongsikan di media sosial Telekung Siti Khadijah baru-baru ini.


Walaupun masih kecil, Lisdawati masih ingat bagaimana beliau membantu ibu melipat dan menarik kain telekung mengikut ukuran.


Kadang-kadang tangan kecilnya terlanggar jarum tajam, namun ibu tidak pernah memarahinya hanya diam, senyum, dan terus menjahit.


"Saya tengok darah, tapi mak tak marah pun. Saya masih ingat momen itu, dia cuma tenang. Mak saya sangat sabar orangnya."


Masih simpan telekung jahitan ibu


Kini, meskipun ibunya sudah tiada, Lisdawati masih menyimpan dua pasang telekung hasil tangan ibunya jahitan sulam klasik yang penuh kenangan dan kasih seorang ibu.


  


"Mak saya siap tulis ‘Selamat Hari Jadi’ pada telekung itu. Saya minta dia buat warna oren. Jahitan sulam dia itu, saya simpan sampai sekarang sebab saya rindu sentuhan mak."


Telekung buatan ibunya bukan calang-calang kerana bunga-bunga sulam seperti kekwa dan lili menghiasi setiap helaian dengan teliti.


Disebabkan kualitinya, tempahan datang dari pelbagai pihak termasuk orang berada dan kakitangan pejabat yang mahukan rekaan eksklusif.


"Mak saya boleh dapat hampir lima ke enam ribu sebulan masa itu, walaupun hanya jual musim haji."


Jatuh bangun seorang ibu


Namun, semuanya berubah apabila mesin sulam automatik dari China mula membanjiri pasaran sekali gus permintaan terhadap telekung sulaman tangan semakin merosot.


"Bisnes mak terjejas teruk. Dia terpaksa berhenti. Lepas itu dia kerja macam-macam, jadi sekuriti pun pernah, sebelum saya jadi artis," kata Lisdawati, menahan sebak.


Kisah itu bukan sekadar kenangan bagi Lisdawati, ia adalah akar kekuatannya, pelajaran hidup paling besar yang diwariskan oleh seorang ibu.


  


Kasih sayang boleh dijahit, benang demi benang, menjadi pelindung jiwa yang tidak akan koyak dimakan waktu.


Setiap kali menyentuh telekung itu, Lisdawati tahu dia sedang menyentuh kasih ibu yang tak pernah hilang. — Majoriti


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2025 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni mcm penyabarkan walopon laki haru biru. So kunci nk bahagia sabarrrr.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2025 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
lazim: Dia ni mcm penyabarkan walopon ...


Bukan dia pun sama2 bercekau ke dulu

Pada aku muka dia ni je nmpk baik
Tapi sekufu dgn lakinya
Klu x manakan blh kekal lama
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2025 12:04 PM | Show all posts
sebak pulak iols baca...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2025 12:26 PM | Show all posts
cantik sangat dia ni .. tak perlu nak buat benda pelik2 kat muka sampai nampak macam witch ....
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2025 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka mak dia mcm muka laki dia
Ke tu mmg mak poji?
Yg aku tau lisda dulu duk kat umah flat kat tgh kolumpo
Mak or ayah dia aku tak pastilah yg mana satu lelehur dr seberang
Lisda ni nampak je lembut tp dia sebenarnya seorang yg lasak dan berani
Sampai skrg pun dia masih mampu bawak motor berkuasa besar
Minah motor nih duluu
Tp dlm kl menjerit mcm ayu2 je kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2025 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
L.U.S.M replied at 24-5-2025 11:38 AM
Bukan dia pun sama2 bercekau ke dulu

Pada aku muka dia ni je nmpk baik

Ya. Muka lembut2 macam ni. Usahla percaya. Hutang pun tak bayar.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2025 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Suke tengok muka dia. Muka lembut. Muka ibu².
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2025 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Lah
Kenapa nak sebak sedih pulak
Ok la tu mak berniaga
Berniaga telekung lagi
Banyak pahala
Patut bangga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2025 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.042660 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list