View: 2431|Reply: 21
|
[Jenayah]
"Apa Gak Rugi Ya?" - Indon Sibuk Nak Mempersoalkan Bas Rapid Malaysia!
[Copy link]
|
|
Perkhidmatan bas Rapid KL sudah pun menumpahkan jasa kepada warga kota yang mahu bergerak sesuatu lokasi dengan harga berpatutan sejak sekian lama.
Dengan jadual bersistematik, ramai orang boleh menjangkakan sejumlah trip yang dilakukan serta waktu ia sampai ke sesebuah stesen dengan mudah menerusi aplikasi sahaja.
Bagaimanapun, perkara ini agak menghairankan buat seorang lelaki dari Indonesia yang menyoal sama ada ia sesuatu yang menguntungkan buat syarikat bas di Malaysia apabila bergerak terus walaupun tiada penumpang.
“Kenapa ya bas di Malaysia meskipun sepi tiada penumpang tetap sahaja jalan?” soalnya kepada warganet.
Menurutnya lagi, di Indonesia, kebiasannya pemandu di sana bakal tunggu sehinggalah penuh kemudian baru beredar ke lokasi seterusnya.
Susulan fenomena berbeza itu, dia langsung mempersoalkan jika kalau syarikat tidak kisah alami kerugian ekoran tidak memaksimumkan jumlah penumpang yang menaiki bas itu.
“Apa tidak rugi ke?” soalnya lagi.
Persoalan itu langsung dibahas dengan proaktif oleh warganet tempatan dalam memberikan pencerahan bagaimana perkhidmatan bas di Malaysia sememangnya berbeza dengan negara jiran itu.
Warganet langsung mendedahkan syarikat Rapid di Malaysia adalah milik Kerajaan maka setiap pemandu dibayar gaji bulanan dan hanya perlu bergerak ke sesebuah lokasi mengikut jadual yang ditetapkan.
Oleh hal demikian, para pemandu bertugas seperti biasa meskipun tiada penumpang sekalipun kerana sudah menjadi tanggungjawab hakiki yang perlu dilaksanakan dan tidak perlu mengejar jumlah penumpang untuk menentukan upah masing-masing.
Ada yang percaya bahawa rakyat Malaysia sangat menitikberatkan masa seperti yang selalu diungkapkan di dalam seharian yang mana “Masa itu emas”. Frasa ini cukup memberi penekanan masa itu mestilah ditepati dan menghormati masa orang lain apabila berurusan. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sbb tu pengangkutan awam di malaysia lebih efeksen berbanding negara konoha,kerajaan galakkan naik pengangkutan awam xnk mecet dlm bandar,kalau tunggu penuh mau melecet |
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimanapun, perkara ini agak menghairankan buat seorang lelaki dari Indonesia yang menyoal sama ada ia sesuatu yang menguntungkan buat syarikat bas di Malaysia apabila bergerak terus walaupun tiada penumpang.
Sepanjang perjalanan nanti ada la orang naik dari bus stop. Tak la kosong pun......... |
|
|
|
|
|
|
|
Rugi, sbb bukan orang Malaysia yg naik, org luar yg berbondong-bondong naik |
|
|
|
|
|
|
|
Petroleum juga emas...masa pun emas |
|
|
|
|
|
|
|
Public transport di Malaysia memang bukan untuk buat duit. Siapa pernah tengok bas di Putrajaya di luar waktu puncak. Kalau nampak sorang passenger dalam tu you can call it your lucky day. MRT pun rugi biliion2.
Btw, tajuk thread saja provoke suruh bergaduh padahal isinya harmless ja. Dulu TT ni guna nick Ejalty ka apa, benci betul dia dengan indon.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bior le bas tu..
Iols kat sini biasa je tengok bas kosong...
Keluar taman helok jah ada orang walaupung 5 6 orang...
Kalau kau tak naik, org lain akan naik |
|
|
|
|
|
|
|
Nusasontot tanak komen ke? Tiber cam bongok je komen rakyat indon ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Bas bergerak ikut jadual. Ini membolehkan pengguna merancang perjalanan. Kita boleh agak bas akan sampai pukul bila ada jadual.Kalau nak tunggu bas penuh alamatnya berjam-jam la menunggu di laluan yang tidak ramai penumpang.
Situasi di indonesia mungkin berbeza. |
|
|
|
|
|
|
|
x usah la mempersoalkan itu ini..bagus la bas tu bergerak ikut jadual dia..yg naik pun berbondong2 lebih ramai bukan warganegara..btw, sapa tau brp tambang utk bukan warganegara ni, ke sama je |
|
|
|
|
|
|
|
Meols terkejut sejak 2002 xde dah bas masuk ke taman rumah meols ni. Bdk2 mmg x merasa lah naik bas awam pegi sekolah. X merasa kejar bas. X merasa mengadap mcik tiket mulut laser hahaah |
|
|
|
|
|
|
|
Public transport di negara2 yang lebih maju adalah projek public interest dan bukan bermodelkan keuntungan. Ketepatan waktu sangat penting. Di Malaysia, walaupun dah ada banyak peningkatan, kita masih belum sampai tahap ketepatan waktu yang sebenarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kegoblokkan yindon tiada pisah |
|
|
|
|
|
|
|
ehhh lantaklah kosong pun..bukan guna duit hasil negara depa pun..yang tidak tidak ye konoha ni..patutlah mundur |
|
|
|
|
|
|
|
xpnh guna lg public transport kt malaysia...ok x..xkepam ke?
nk try tp i teringin nk try lrt semua tu...aritu ajak adik i kn she ckp i mmpi apa..huh..ssh betul |
|
|
|
|
|
|
|
best je naik tren ni ed.. lrt, mrt, erl, komuter semua tu. x perlu fikir nak drive ke sana ke sini, x perlu fikir byr tol, x perlu fikir parking. cuma kena pandai manage masa.
kepam? xde lah.. manadaaaa,, pagi2 aku pi keja naik mrt kajang line, smp trx tukar putrajaya line.. wlupon bersesak, wangi je semua. balik pun sama bersesak.. tp tetap xde bau kepam, xde bau ketiak.. nasib aku sentiasa baik kot skrg ni
|
|
|
|
|
|
|
|
TabletSusu replied at 20-5-2025 01:11 PM
best je naik tren ni ed.. lrt, mrt, erl, komuter semua tu. x perlu fikir nak drive ke sana ke sini ...
kepam tu mayb kalau foreigner..org kita wangi2..
ye i betul teringin mcm p keia naik tren..tp kena bljr dlu |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan time peak hours, kosong la. Cuba tengok pagi & lepas office hour, sesak jugak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|