CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1671|Reply: 12

[Tempatan] Bukan tak mahu pasang lampu jalan, rupanya ini sebab laluan Gerik-Jeli terus bergelap

[Copy link]
Post time 13-5-2025 01:34 PM | Show all posts |Read mode



INSIDEN menyayat hati seekor anak gajah jantan mati digilis sebuah lori muatan ayam di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada awal pagi Ahad, masih mengundang perdebatan hangat di media sosial.

Antara topik hangat yang dibangkitkan netizen adalah ketiadaan lampu jalan di laluan berkenaan kerana dilihat menjadi antara punca kepada kemalangan berkenaan.

Justeru, mereka menggesa agar pihak berkuasa segera mengambil tindakan termasuk mempertimbangkan untuk memasang lampu jalan di laluan berkenaan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Namun, seorang pelayar, @noorhafizkamsani tampil berkongsi pandangannya sekali gus menjawab persoalan mengapa laluan berkenaan tidak dipasang lampu jalan.

"Bukan sebab lupa pasang. Ada sebab yang kamu patut tahu. Laluan ini bukan lebuh raya biasa. Ia rentas hutan simpan, kawasan tadahan air, dan tanah rizab kerajaan.

"Maksudnya, kamu literally tengah drive dalam kawasan habitat haiwan liar macam gajah, tapir, harimau.

"Kenapa tak pasang je lampu? Sebab cahaya buatan waktu malam mengganggu ekosistem. Haiwan nocturnal (aktif waktu malam) boleh stres, sesat atau jadi agresif.

"Pernah dengar 'pencemaran cahaya'? Lampu jalan pun penyumbang. Apabila laluan tu merentasi tengah hutan, lampu jadi masalah, bukan solusi," terangnya.



Penjelasan pelayar tersebut disokong warga maya lain yang berpandangan masih ramai tidak mempunyai pengetahuan tentang kepentingan menjaga keseimbangan antara pembangunan dan kelestarian alam sekitar, terutamanya apabila melibatkan kawasan hutan simpan dan habitat haiwan liar.

"Tanyalah mana-mana jurutera sivil, winding road (jalan berliku-liku) bukan dibuat suka-suka. Ia untuk perlahakan pergerakan kenderaan. Tak boleh pasang highway accessories, lampu, penghadang yang cukup… buatlah kaedah lain untuk perlahankan drivers.

"Patutlah sesetengah negara luar, laluan merentas taman negara (hutan) sangat tak digalakkan lalu selepas pukul 5 petang.

"Kerajaan boleh invest sikit dalam teknologi terkini. Gunakan sensor, maksudnya lampu jalan yang hanya akan menyala apabila mengesan lampu kenderaan, dan kemudian akan padam, tidaklah menyala sepanjang masa. Mahal? Invest. Kita yang ceroboh habitat mereka," komen netizen.

Sumber : Mstar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2025 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tutup je jalan tu selepas 8 malam...kemudian letak polis / tentera berkawal..

Ataupun...buat pergerakan kenderaan secara konvoi...dlm 8-10 buah kenderaan dikumpulkan..baru dibenarkan melalui jalan Gerik-Jeli tu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2025 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
yg byr tol pun bergelap
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2025 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Stuju dgn komen tu. Guna smart lightning yg hnya on klau kenderaan lalu. Tmbah sikit glow in the dark kat line jalan
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2025 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasang lampu solar....atau lampu Madani.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2025 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat kampung acik ramai orang kampung pasang lampu solar...lampu raya pun guna solar...elok meriah je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2025 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang tkde laluan gajah pun bergelap.
Takde lampu.
Cth highway PD. Per komen LLM?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooo baru faham. Jadi apa jalan penyelesaianya ya ? Kesian betul, banyak sudah nyawa terkorban ????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2025 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape ngok punya jawapan..dh kalau tiap2 malam ada kereta lalu lalang kadang accident kadang jam teruk tu semua tetap pakai cahaya jgk..bodoh bingai punya jawapan..lampu solar sistem siap sensor blh pasang tp nk jugak bg alasan bangang..ckp jela nk save cost
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
akies replied at 13-5-2025 08:28 PM
Yang tkde laluan gajah pun bergelap.
Takde lampu.
Cth highway PD. Per komen LLM?

Xpyh ckp highway pd..yang lepas Melaka plus hiway nk pergi Johor tu bapak gelap dh la dari 3lane tibe2 jadi 2lane..xde hutan pun tetap xpasang lampu jalan.berapa ramai terkorban dah?
Ada plus byr pampasan?yilekkkk...ada insurance pun xguna
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 06:41 PM | Show all posts
Street lighting ni cuma perlu in populated area where there are movements everywhere. Atas expressway yang cuma ada kenderaan cukup dengan lampu kenderaan sahaja. Kalau di Australia, sesetengah expressway dalam bandar pun gelap ja.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 06:55 PM | Show all posts
Tak psang lampu jalan takut pencemaran cahaya, dah tu lampu kereta lori yang bertali arus bukan cahaya ka?

Kalau haiwan nocturnal tak suka cahaya untuk beraktiviti pada malam hari, makanya mereka akan menjauhi cahaya. Hutan bukan setakat di kiri kanan hiway sahaja.

Jalan sengaja dibuat berliku2 untuk memperlahankan kenderaan? Serious?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 07:17 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 14-5-2025 03:19 AM

Kerajaan Malaysia kena letak signboard besar mungkin setiap 500m untuk bagi amaran kepada binatang binatang ..supaya mereka sentiasa berwaspada untuk melintas jalan dan jangan bermain di atas jalanraya kerana kelajuan kenderaan diluar kawalan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2025 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.065413 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list