CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 97|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Andrea atau Kimi? Wolff pilih ikut prestasi

[Copy link]
Post time 6-5-2025 09:11 PM | Show all posts |Read mode
Andrea atau Kimi? Wolff pilih ikut prestasi

Reuters





ANTONELLI berada di tempat keenam keseluruhan. FOTO Reuters



London: Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff, ada cara tersendiri dalam memanggil pelumba muda sensasi, Andrea Kimi Antonelli – bergantung kepada prestasinya di litar.

Pelumba berusia 18 tahun itu, yang mengambil tempat Lewis Hamilton di Mercedes, tidak kisah dipanggil nama mana sekali pun.

Namun bagi Wolff, jika Antonelli menunjukkan prestasi luar biasa, dia hanya ada satu nama: Kimi.

"Kimi, hari ini kau bukan Andrea," ujar Wolff menerusi radio pasukan selepas Antonelli mencipta sejarah muncul pelumba termuda meraih petak utama dalam aksi Pecut Grand Prix Miami.

Walaupun Antonelli tidak dinamakan sempena bekas juara dunia Ferrari, Kimi Raikkonen, namun nama 'Kimi' kedengaran cukup 'berbunyi F1' dan pantas menjadi sebutan dalam kalangan penyokong serta pengulas perlumbaan.

Menurut sumber dalam pasukan, Wolff menggunakan nama Andrea – secara bergurau – apabila prestasi anak muda itu kurang menyengat.

Aksi di Miami menyaksikan kedua-dua sisi Andrea dan Kimi ditampilkan.

Selepas mengungguli kelayakan untuk Pecut, Antonelli menamatkan perlumbaan di tempat ke-10, tetapi dinaikkan ke tempat ketujuh selepas beberapa penalti dikenakan terhadap pesaing lain.

Dalam perlumbaan utama Ahad, dia bermula dari petak ketiga dan menamatkan saingan di tempat keenam – satu tangga di belakang rakan sepasukan, George Russell yang menamatkan di tempat ketiga.

Antara detik mencuri tumpuan ialah insiden di pitlane ketika pertukaran tayar dalam perlumbaan hujan, apabila Antonelli dan Max Verstappen terbabit dalam pertembungan kecil – dengan Verstappen dikenakan penalti kerana unsafe release.

Antonelli menerima pujian kerana bijak mengawal keadaan dan mengelakkan insiden lebih buruk.

Wolff, yang menyebut nama 'Kimi' sepanjang sidang media, memuji kelajuan pusingan tunggal anak buahnya itu.

"Itu satu lagi bukti bakatnya dan isyarat jelas mengenai masa depannya," kata Wolff.

"Dia belum cukup pengalaman untuk urus tayar dan cari rujukan perlumbaan, tapi itu sebahagian daripada proses pembelajaran."

"Bono (jurutera perlumbaan Peter Bonnington) cuba bimbing dia, tapi bila kau dalam kereta, ia bukan mudah. Namun secara keseluruhan, saya rasa dia lakukan tugas yang baik."

Setakat ini, Antonelli mengutip mata dalam lima daripada enam perlumbaan – termasuk menjadi pelumba termuda pernah mendahului perlumbaan F1 dan mencatat pusingan terpantas di Jepun.

Dengan 48 mata dan berada di tempat keenam keseluruhan, dia berada tujuh mata di hadapan Hamilton (Ferrari), dan jauh meninggalkan gabungan mata lima pelumba rookie lain musim ini.

"Semua orang panggil saya Kimi, tapi saya juga suka bila ada yang panggil Andrea Kimi, sebab Andrea juga sebahagian daripada nama saya," katanya sebelum musim bermula.

"Kawan-kawan rapat panggil saya Andrea... tapi dalam perlumbaan semua panggil Kimi. Saya okey saja dengan kedua-duanya."



Disiarkan pada: Mei 6, 2025 @ 8:37pm

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2025/05/1215734/andrea-atau-kimi-wolff-pilih-ikut-prestasi




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2025 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.057847 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list