CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 914|Reply: 15

Ramai pengarah cuba lamar bodyguard saya jadi pelakon – Cik B

[Copy link]
Post time 27-4-2025 03:16 PM | Show all posts |Read mode




KUALA LUMPUR : Selebriti dan pempengaruh, Cik B, 20, mendedahkan, ramai kalangan pengarah tanah air telah cuba melamar pengawal peribadinya, (bodyguard) untuk terlibat dalam dunia lakonan berikutan memiliki rupa paras yang tampan.


Menurut Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, meskipin pengawal peribadinya menjadi dambaan ramai namun dia yakin lelaki yang dikenali sebagai Faris itu tidak akan terjebak dengan dunia lakonan.


“Selama dia bekerja dengan saya, kerja dia bagus. Walaupun tampan, tetapi dia seorang introvert.


“Sebab itu saya tak risau kalau ada yang nak dia jadi pelakon sebab yakin dia tak akan mahu jadi pelakon. Dia sangat pemalu.


“Sudah ramai pengarah yang cuba lamar dia. Ramai yang datang jumpa saya minta nombor telefonnya. Dia tak nak jadi pelakon,”katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui baru-baru ini.


Berkongsi mengenai pengawal peribadinya itu, kata penyanyi lagu Tolonglah ini berkata, Faris mula bekerja dengan keluarganya sejak setahun lalu namun mula diambil sebagai bodyguard sejak dua bulan lepas.


“Mak saya ramai kakitangan. Tapi dalam ramai-ramai itu, mak saya tengok dia ini ada rupa. Pula itu, punyai latar belakang dalam seni mempertahankan diri dan selalu sertai perlawanan.


“Jadi mak ambil dia sebagai bodyguard saya. Dua bulan sudah dia mula ikut saya. Saya ini pula suka keluar, jadi mak mahu ada bodyguard ikut saya sentiasa.


“Tapi dia ini pun bukannya mahu popular. Sejak ikut saya ke mana-mana, masuk dalam video dan gambar saya, boleh dikatakan Faris ini popular tanpa sengaja,”katanya. - UTUSAN



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2025 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana tahu kan.... asbab kerja dgn Cik b.. lama2 tersuka...  berjaya jadikan Cik b wanita terbahagia menukar karekter ke gadis lemah lembut ayu cantik comel manja dan manis.

Hehe cam drama2 melayu tak?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Hg la cekbi oi.... dh roper kungfu panda. Gemuk gempal bulat2 tudung pn xpakai.....
Anak jutawan duit byk cuba la rasa nk besiap....
Ejas skin tone drip.... injection kurus...
Atau biatrik
Nk kurus dh ada injection tau..... g inject smggu skli sekli inject rm300...rm700 ada lg premium.... nt slera mkn ilang in order nk loss kg

Ni crita dia crita mls besiap.
Smpai bila nk jd tomboi.... umur dh injak dewasa xkn masih nk jd anak2 hingusan..kang nmpk lembam xda yg sudi kawen sian mama tggu cucu xwujud
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 03:33 PM | Show all posts
cekbi oi.. mak ko kaya nak mamps, ko buatla bari ke cucuk kencing manis nak kurus tu ke. ko bukan tak cantik, cuma ko gemuk sangat pakej kulit hitam. bukan kulit hitam glowing mcm nabila huda tau, tp kulit kusam kehitaman. ko klu nak serius dlm bidang ni kena lawa. muka ko ok dah tp kena kurus. klu ikut mimifly serumpun tu pun lagi buruk dari ko, tp dia nampak lawa sbb kurus dan ada personaliti. ko kalau nak serius dlm bidang ni kena buat sesuatu ye cekbi, dengar cakap acik ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
mula2 ckp tak nak popular
mana tau lama2 nnt kot dpt offer sana sini bg tu
melepas cikb nnt haha tiberrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodyguard attention seeekerrrs. Sohai. Marketing je ni. Bdyguard pun siap bertiktok cam bbnu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2025 07:34 PM | Show all posts
dah habis study kat oversea ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodyguard pun muka2 level hero remaja mmg la bnyk offer…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2025 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Siyes laaa ni je levell hensem?mcm mat rempitz jah
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 05:40 AM | Show all posts
Poyo je mamat tu, kemain perasan mcm org nak tengok dia sangat
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
bodigad pun kemain comel
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Manusiabesa replied at 27-4-2025 03:25 PM
Hg la cekbi oi.... dh roper kungfu panda. Gemuk gempal bulat2 tudung pn xpakai.....
Anak jutawan dui ...

Kat mana uols inject kurus tu... ?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana tau kan..
Cik b buat lagu untuk bodigad dia
Mcm aonsamrutai buat untuk ketayki tu...
Thank you ketaykiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 10:48 AM | Show all posts
nasib cik b x comel mcm anak dato alip sukri...

klu tak udah jadi mcm drama dia imam ku..hahaha..... anak dato kawen dgn pekerja...ahahha

tapi anak tok alip mcm sopan2...idak le macam heroin dia imam ku..hahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 02:55 PM | Show all posts
Cik B dah habis ke belajo kat Madrid tu? Ko bersiap le Cik B oii ni dah berlengaih ckp org Perak
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 03:07 PM | Show all posts
Hujung2 DSV yang sambar dulu buat laki...dah anaknya pun macam bonzer...silap2 cikB jadi bodyguard dia... hahahahaha.. tak paham aku kenapa masih acah2 remaja, dressup pun macam cina hongkong yang miskin... kepam betul dengan rambut sodok tepi, baju berlapis2, kulit kepam berkerak...takde langsung ke nak kemaskan diri ke, nak jadi pengkid yang hensem ke... ni macam pengkid miskin kerja fastfood je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2025 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.044859 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list