CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1078|Reply: 10

[Dunia] Hotel di Jepun minta pelancong Israel tandatangan pengakuan tidak terbabit jenayah perang

[Copy link]
Post time 27-4-2025 12:07 PM | Show all posts |Read mode


ISTANBUL: Sebuah hotel di Kyoto, Jepun minta pelancong Israel menandatangani pengisytiharan mengesahkan dia tidak terbabit dalam jenayah perang semasa perkhidmatan tenteranya sebelum dibenarkan mendaftar masuk.


Lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik Ynetnews pada Sabtu, ia berlaku selepas pelancong berkenaan mengemukakan pasport Israel di kaunter pendaftaran.


Seterusnya, seorang kakitangan hotel menyerahkan borang dan menyatakan bahawa tandatangan pengisytiharan itu adalah syarat wajib untuk penginapan.


Pelancong itu, seorang bekas paramedik tempur simpanan Tentera Laut Israel, pada awalnya enggan menandatanganinya, namun akhirnya akur selepas dimaklumkan semua tetamu dari Israel dan Russia dikehendaki berbuat demikian.


Menurut kandungan pengisytiharan itu, tetamu perlu membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah melakukan jenayah perang seperti menyerang orang awam, keganasan seksual, penyeksaan, atau sebarang perbuatan yang melanggar Statut Rom, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ).


Dokumen itu juga memerlukan komitmen untuk mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan berikrar tidak terbabit dalam jenayah perang pada masa hadapan.


Duta Israel ke Jepun, Gilad Cohen, mengutus surat protes kepada Gabenor Kyoto, Takatoshi Nishiwaki, menyifatkan tindakan hotel itu sebagai 'tidak boleh diterima'.


Bagaimanapun, pengurus hotel mempertahankan keperluan berkenaan, memberitahu Ynetnews bahawa langkah itu dianggap wajar.


"Bagi kami, perang adalah sesuatu yang jauh, dan kami tidak pernah bertemu dengan individu yang membunuh wanita dan kanak-kanak serta mengebom sekolah," kata pengurus itu.


Isu sama dilaporkan berlaku di sebuah lagi hotel di Kyoto pada Jun tahun lalu. - BH ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2025 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan israel je.. russia pun kena juga. Terpaling mangsa macam biase la..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 05:12 PM | Show all posts
It's like the hotel playing judge, mungkin itu isunya.

If so, why American tourists, Saudi tourists tak kena? ada ja antara mereka war veterans.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau tipu bukan bukan depa tau kan
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 05:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Hina betul.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 07:49 AM | Show all posts
patut semua negara, semua hotel buat cam tu..
my place my rule..

xsuka, xyah menginap..gitu kekdahnya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2025 07:49 AM | Show all posts
patut semua negara, semua hotel buat cam tu..
my place my rule..

xsuka, xyah menginap..gitu kekdahnya..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Because this one is now??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2025 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
bottombikini: kalau tipu bukan bukan depa ta ...

It's a declaration. Kalau pun pernah tembak orang mostly memang tak mengaku pun.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 11:56 AM | Show all posts
hahahah boleh plak dia terasa hahaha, benda betul mestilah terasa
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 12:36 PM | Show all posts
Pelancong itu, seorang bekas paramedik tempur simpanan Tentera Laut Israel, pada awalnya enggan menandatanganinya, namun akhirnya akur selepas dimaklumkan semua tetamu dari Israel dan Russia dikehendaki berbuat demikian.


Kalu takdak nama Rusia dalam tu, agak-agak dia akan bertekak dengan pihak hotel tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.123709 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list