CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3266|Reply: 27

[Tempatan] Ketua balai polis kantoi ambil 'jus' dadah di pusat hiburan

[Copy link]
Post time 20-4-2025 06:42 PM | Show all posts |Read mode
Edited by tatod at 20-4-2025 06:42 PM



Ampang Jaya: Seorang ketua balai polis kantoi mengambil dadah ketika berhibur di pusat hiburan di Pandan Perdana, di sini, Jumaat lalu, selepas ujian air kencing mengesahkan kehadiran empat jenis bahan terlarang dalam tubuhnya.


Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman ketika berhibur dan dipercayai mengambil jus disyaki mengandungi dadah di pusat hiburan itu, jam 5.05 petang.


Penahanan pegawai polis itu dalam pemeriksaan mengejut itu dilakukan selepas JSJN Bukit Aman menerima aduan dan maklumat.


Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine, ketamin, dan benzo.


Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penahanan pegawai polis terbabit.


"Kes ini disiasat Polis Kontinjen Selangor dan ketua balai polis terbabit direman dua hari bagi membantu siasatan.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2025 02:55 AM | Show all posts
Terus buang krja tau x yah nk transfer tmpt lain or turun pangkat
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada org perangkap ke? #plottwist
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Transfee la tempat lain. Kesian kat dia. Anak kecik lagi... Commitment banyak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2025 05:15 PM | Show all posts

Ketua balai polis kantoi dadah ditukar ke Pulau Pinang



KUALA LUMPUR – Seorang ketua balai polis yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah semasa berhibur di sebuah pusat hiburan di Pandan Perdana, Ampang Jaya, Jumaat lalu bakal berdepan tindakan tatatertib.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pegawai berusia 43 tahun itu yang bertugas di sebuah balai polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur turut menerima arahan pertukaran ke IPK Pulau Pinang serta-merta.


Menurut beliau, pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku jenayah yang melibatkan mana-mana pegawai atau anggota polis tanpa mengira pangkat.


“Seramai 17 orang ditahan dalam operasi itu dan salah seorang daripadanya adalah pegawai polis terbabit yang didapati positif dadah. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, tindakan tegas akan diambil.


“Tindakan tatatertib akan menyusul kerana mengambil dadah dan ujian air kencing positif adalah satu kesalahan jenayah,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.




Rusdi menjelaskan bahawa pertukaran pegawai terbabit ke Pulau Pinang telah dikeluarkan pada hari sama ketika ditahan, namun hanya diumumkan lewat sedikit.


Beliau turut mengingatkan bahawa anggota polis tidak dibenarkan berada di pusat hiburan kecuali atas urusan kerja dan perlu mendapat kebenaran daripada ketua mereka.


Terdahulu, media melaporkan polis mengesahkan penahanan seorang ketua balai polis selepas berhibur dan mengambil jus disyaki mengandungi dadah di sebuah pusat hiburan.


Penahanan pegawai kanan itu dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman pada pukul 5.05 petang selepas pemeriksaan mengejut hasil aduan dan maklumat.


Malah ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine, ketamin dan benzo. – KOSMO! ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 05:18 PM | Show all posts
sepatutnya kalo polis yg buat hal, kena dabel triple multiple hukuman tiada maaf bagimu... jahanam negara kalo polis pun boleh dpat 2nd chance...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2025 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
sbb tu la tak selesai masalah disiplin
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 05:22 PM | Show all posts
laen kali isap la dada

jgn isap dadah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2025 05:22 PM | Show all posts
Orix replied at 21-4-2025 05:18 PM
sepatutnya kalo polis yg buat hal, kena dabel triple multiple hukuman tiada maaf bagimu... jahanam n ...

jatuh hukum baru buang

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 05:49 PM | Show all posts
patutnya gantung dari bertugas lah while siasatan tgh ongoing ke ape ke. gaji pun hold dulu, as a minor punishment. nie takat hantar tukar pi tempat lain je, xde impak sgt pun.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Emmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Camtu je solution?
Hmm
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
slalu mcm tu je kena tindakan tata tertib pastu tukar tempat lain jauh..dah duduk tempat baru masih lagi yg sama ulang2
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
dah tu igt kat penang tu takde dadah takde pusat hiburan???
apoooo solution cam bangang. padan la msg2 buat peel sampai lenyek, bunuh anak org pun tak heran.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 06:46 PM | Show all posts
“Tindakan tatatertib akan menyusul kerana mengambil dadah dan ujian air kencing positif adalah satu kesalahan jenayah,”

Acik2 reti sabar tak?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 11:41 PM | Show all posts
Eh helo. Penang lagi belambak club. Raya hindu terus polis tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2025 01:45 AM | Show all posts

Maybe dulu dia jadi undercover .. utk jadi undercover bahagian narcotic kena la ambil dadah kan? bila naik pangkat tak dpt pulih dari ketagih.

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha lepastu hisap dadah kat Pulau Pinang. Sambil makan sirih pinang.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 02:18 AM | Show all posts
hmmmm .. tukar jer ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 02:41 AM From the mobile phone | Show all posts
jihyomelly replied at 21-4-2025 06:24 PM
slalu mcm tu je kena tindakan tata tertib pastu tukar tempat lain jauh..dah duduk tempat baru masih  ...

Ini tindakan pertama sementara tunggu keputusan mahkamah. Once mahkamah dah jatuh hukum bersalah, baru next tindakan pulak. Kali ni bukan setakat kena berenti, pencen pun boleh stop tau. Dah la kwsp x dak, pencen pun x dapat.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2025 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.068406 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list