WATAKNYA dalam filem Blood Brothers: Bara Naga mungkin sekadar sampingan namun pelakon Irfan Zaini tidak menyangka ia berjaya menarik perhatian penonton.
Irfan atau Muhammad Irfan Mohamed Zaini, 30, berkata, dia terkejut apabila mula dikenali ramai terutamanya dalam kalangan peminat berbangsa Melayu.
Malah ramai mula memanggil nama wataknya iaitu Malik ketika bertemu.
"Saya masuk sahaja ke pusat beli-belah sudah ada peminat Melayu yang mahu bergambar bersama.
Sepanjang tempoh itu kata Irfan, dia menjalani latihan seni mempertahankan diri bagi memastikan dia benar-benar dalam keadaan bersedia.
"Selama enam tahun dalam industri perfileman tempatan, ini adalah karya paling besar dan filem aksi pertama saya.
"Berbanding pelakon lain seperti Sharnaaz Ahmad dan Syafiq Kyle, mereka pernah berlakon filem aksi manakala saya pula tiada pengalaman.
"Jadi saya perlu bekerja keras untuk memastikan peluang diberikan digunakan sebaik mungkin," katanya.
Ifran juga menganggap keputusan melakukan aksi lagak ngeri sendiri sehingga mengalami kecederaan adalah berbaloi.
"Saya alami kecederaan di muka sebab terkena cota selain dihempap almari. Memang sakit tetapi semua pelakon pun mengalami kecederaan.
"Jadi saya perlu bekerja keras untuk memastikan peluang diberikan digunakan sebaik mungkin," katanya.
Ifran juga menganggap keputusan melakukan aksi lagak ngeri sendiri sehingga mengalami kecederaan adalah berbaloi.
"Saya alami kecederaan di muka sebab terkena cota selain dihempap almari. Memang sakit tetapi semua pelakon pun mengalami kecederaan.
"Semua pelakon mahu beri yang terbaik, apa dibimbangkan adalah mencederakan pelakon lain secara tidak sengaja," ujarnya.
Ditanya tentang babak paling mencabar, Irfan memberitahu dia terpaksa mengulang babak pertarungan dengan Syafiq sebanyak 38 kali.
Katanya, ini bagi memastikan babak tersebut tidak mempunyai cacat cela dan kemas.
"Pengarah sangat ‘perfectionist’, semua perkara tidak terlepas daripada pandangannya.
"Bukan mudah untuk hasilkan filem ini, saya amat berterima kasih kepada penonton yang memberi sokongan dan menonton karya ini di pawagam," katanya.
Selain Irfan, Sharnaaz dan Syafiq, Blood Brothers: Bara Naga turut dibintangi oleh Shukri Yahaya, Syazwan Zulkifly, Zamarul Hisham, Wan Hanafi Su dan Amelia Henderson.
Filem arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra ini melakar kejayaan apabila mencatat kutipan RM29.9 juta dalam tempoh tujuh hari tayangan di pawagam seluruh tanah air. - mStar
|