CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 414|Reply: 1

Aaron Aziz dan Sharnaaz Ahmad berdamai

[Copy link]
Post time 19-4-2025 01:39 PM | Show all posts |Read mode


Memilih jalan damai, pelakon Datuk Aaron Aziz dan Sharnaaz Ahmad menamatkan perselisihan faham yang pernah berlaku antara mereka sebelum ini.

Tampil bersama dalam menjelaskan perkara tersebut, Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 49, juga berharap isu di antara mereka tidak lagi menjadi bahan bualan ramai.

"Semua dah tengok depan-depan macam mana saya dengan Sharnaaz. Selesaikan?

"Tak perlu lagi panjangkan cerita," katanya ringkas.

Mereka berdua tampil bersama dalam satu sesi siaran langsung di laman TikTok pada malam Jumaat.

Aaaron dalam masa sama memberitahu apa terjadi bukanlah satu bentuk pemasaran untuk mempromosikan filem gandingan mereka berdua iaitu Original Gangsater.

"Ini bukan marketing.

"Cuma yang penting kami dah selesai dengan cara yang elok. Benda yang dah lepas itu, lepaslah," ujarnya.

Sementara itu, Sharnaaz juga memohon agar tiada lagi mana-mana pihak yang cuba melaga-laga mereka.

Malah dia juga memberitahu salah faham yang berlaku sebelum ini adalah disebabkan buah mulut pihak yang bercakap buruk tentang mereka.

"Saya harap semua pihak faham dengan situasi ini. Saya rasa masalah ini sudah selesai di antara saya dan Aaron serta pihak-pihak terlibat.

"Saya rasa orang lain tak perlu lagi nak mengapi-apikan kami. Kami hormat antara satu sama lain lebih-lebih lagi dia lebih senior daripada saya.

"Ketika berlakon filem Original Gangster, saya rasa diri ini kecil sangat berbanding Aaron. Tapi biasalah, ada orang yang mencucuk kami dan menjadi batu api," jelasnya.

Salah faham di antara mereka bermula apabila Sharnaaz tampil mengulas isu membabitkan Aaron dan pengarah Original Gangster iaitu Syamsul Yusof tahun lalu.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2025 05:20 PM | Show all posts
Ni yang Aaron bising2 cakap dia cucuk cucuk untuk turun berat tu ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2025 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.038502 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list