CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1568|Reply: 3

[Tempatan] Wanita ditampar, kepala dipukul berkali-kali di tepi jalan

[Copy link]
Post time 19-4-2025 01:30 PM | Show all posts |Read mode


Video seorang wanita dipercayai dipukul lelaki di sebuah persimpangan lampu isyarat di Taman Budiman Valley, Seksyen U15, Shah Alam tular di media sosial sejak Jumaat.

Dalam video tersebut, kelihatan mangsa turut ditampar di bahagian kepala beberapa kali sebelum pertelingkahan antara kedua-duanya dihentikan oleh pemilik video.

“Sakit la… sakit!” demikian kedengaran suara mangsa menerusi rakaman tersebut.

Insiden yang dirakam dalam video berdurasi lebih tiga minit itu mencetuskan kebimbangan orang ramai selepas ia tersebar di aplikasi WhatsApp.

Susulan itu, pihak polis kini sedang mengesan wanita terbabit dan meminta agar mangsa segera tampil membuat laporan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, insiden tersebut dipercayai berlaku sekitar pukul 3.55 pagi.

Menurutnya, pihak polis menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 24 tahun, kira-kira pukul 4.35 pagi.

“Ketika kejadian, pengadu bersama rakannya menaiki kenderaan Perodua Axia di Jalan Persiaran Mokhtar Dahari dari arah Shah Alam ke Puncak Alam.

“Mangsa yang tidak dikenalinya dengan berbaju kurung dan tidak berselipar kemudian menahan kenderaan pengadu bagi meminta pertolongan,” katanya pada Sabtu.

Mohd Iqbal memaklumkan bahawa semakan mendapati tiada laporan polis dibuat oleh mangsa setakat ini dan identitinya masih belum dapat dikenal pasti.

“Kami menyeru agar wanita terbabit tampil segera membuat laporan supaya siasatan lanjut dapat dijalankan," katanya lagi.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini juga diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di talian 03-55202022 atau Ketua Polis Balai Bukit Jelutong, Inspektor Mohamad Amzar Mohamad Shuffie di talian 013-6666657.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2025 01:36 PM | Show all posts
Video mana?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2025 06:14 PM | Show all posts
Soalan legit walau pun cliche, sempat ko rakam dek... tapi mana videonya?

spekuan aku lelaki ni tak kan memukul perempuan kalau bukan dia dulu yang disakiti.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 02:24 PM | Show all posts
pls update dah dpt ke tak jantan ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2025 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.050272 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list