CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1115|Reply: 3

[Tempatan] Dadah untuk 4,110 penagih di Melaka dirampas

[Copy link]
Post time 18-4-2025 10:21 PM | Show all posts |Read mode




MELAKA: Polis menahan dua lelaki tempatan dan merampas satu bungkusan plastik mengandungi bahan disyaki dadah jenis methamphetamine bernilai RM18,000 di Jalan Ong Kim Wee di sini.


Dalam kejadian pukul 1.30 pagi itu, suspek berusia dalam lingkungan 20-an merupakan penganggur ditahan kerana memandu dalam keadaaan mencurigakan dalam sekatan jalan raya dijalankan oleh Balai Polis Tengkera, Balai Polis Melaka Tengah bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.


Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, hasil pemeriksaan menemukan satu bungkusan plastik mengandungi bahan disyaki dadah dianggarkan seberat 822.1 gram.


Menurutnya, jumlah itu boleh digunakan seramai 4,110 penagih untuk dijual di pasaran negeri ini dan dipercayai kedua-dua suspek aktif sejak empat bulan lalu.


“Hasil semakan rekod lampau mendapati suspek pertama mempunyai dua kes jenayah lampau manakala suspek kedua pula mempunyai tiga rekod lampau berkaitan Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.


Christopher berkata, hasil saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis sama.


Ujarnya, mereka ditahan reman selama tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bermula hari ini hingga 24 April.


Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang daripada 15 sebatan. – UTUSAN



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2025 06:10 AM | Show all posts
Org yg selalu beli dgn dorg ni msti tgh shaking. Bila2 masa leh kena ambush port.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2025 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Carcosa at 19-4-2025 11:42 PM

Aku xpaham la Pengedar2 ni buat kerja pukul 1.30pagi la, 2pagi la. Tgh senyap2, kereta xbyk, mestilah kantoi. Senang nak handpick kereta.
Cuba kau buat siang2, time jam pulak tu.
Koser polis nak chk kereta mencurigakan
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa replied at 19-4-2025 11:40 PM
Aku xpaham la  Pengedar2 ni buat kerja pukul 1.30pagi la, 2pagi la. Tgh senyap2, kereta xbyk, m ...

Kalau kes dadah ni polis banyak mata mata....siang terus buat roadblock dan kereta peronda dah standby atas jalan.

So diorang beroperasi malam senang nak lari konon.

Kalau subuh memang pengedar takkan bergerak sebab tahu orang sibuk pergi kerja.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2025 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.053751 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list