CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1333|Reply: 14

[Tempatan] Pulau Pinang negeri pertama capai 100 peratus penggunaan peranti 'smartboard' - Fadhlina

[Copy link]
Post time 18-4-2025 02:38 PM | Show all posts |Read mode


BAYAN LEPAS: Pulau Pinang mencatat sejarah tersendiri apabila diiktiraf sebagai negeri pertama dilengkapi kemudahan peranti papan pintar atau 'smartboard' meliputi 100 peratus membabitkan semua 396 sekolah di negeri itu.


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata penggunaan teknologi berasaskan skrin sentuh serta papan tulis interaktif itu mampu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran selari dengan perkembangan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI).


"Syabas kepada Pulau Pinang, inisiatif ini sangat bermakna untuk kualiti pendidikan khususnya dalam rempuhan teknologi digital dan AI yang kita sedang persiapkan dan mesti disahut khususnya dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara.


"Jadi kita juga melihat bagaimana guru menggunakan sepenuhnya keperluan 'smartboard' ini untuk penggunaan di dalam kelas yang saya sangat yakin dan pasti bahawa ia akan turut meningkatkan keupayaan guru untuk membantu meningkatkan pendidikan anak-anak kita.


"Sebenarnya, penggunaan 'smartboard' ini bukanlah asing kerana sebenarnya telah pun diterajui sebelumnya oleh ahli-ahli Parlimen Kerajaan MADANI dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) khususnya kerajaan negeri Pulau Pinang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Fadhlina berkata demikian ketika menghadiri Majlis Penyerahan Smartboard dan Pengisytiharan Pencapaian 100 peratus Penajaan Smartboard bagi Sekolah-Sekolah Negeri Pulau Pinang yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bayan Lepas, di sini.


Menurutnya, KPM menyasarkan semua sekolah di seluruh negara akan dilengkapi dengan kemudahan peranti 'smartboard' menjelang 2027 dan pada ketika ini, pihaknya sudah menjadikan pusat kegiatan guru di semua negeri sebagai pusat kecemerlangan hab digital dan AI.


"Jadi mana-mana (sekolah) di negeri, daerah yang belum dilengkapi kemudahan smartboard, boleh menggunakan secara maksimum pusat kegiatan guru yang telah kita naik taraf sebagai pusat kecemerlangan untuk hab digital dan juga AI di seluruh negara," katanya.


Beliau berkata antara maklum balas positif yang diterima daripada guru adalah aspek interaktif penggunaan smartboard yang dilihat mampu merangsang penyertaan aktif selain menjadikan suasana pembelajaran lebih menyeronokkan sekali gus membantu meningkatkan daya tumpuan dan kefahaman murid dalam kelas.


Namun, beliau turut mengingatkan, teknologi dan AI tetap tidak boleh mengambil alih tugas guru dan menegaskan peranan warga pendidik amat penting dalam menjadi pembimbing khususnya dalam memastikan aspek moral, integriti dan akhlak dapat diseimbangkan bersama penggunaan teknologi.- BH Online


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2025 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Pulau Pinang perlu mintak merdeka daripada dijajah Malaya
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 03:25 PM | Show all posts
Besarnya sanggul cikgu Pulau Pinang, tak menganggu konsentrasi murid ka tu?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ina_na at 18-4-2025 08:02 PM

Smart board gan smart class ni berbeza ke...sbb anak2 iolss sjkc mmg dah guna smart class.. si kakak penah ckp mmg krjn nak guna mcm smart class tuk sekolah menenggah tp dia dah form 4 br naik isu ni..x merasa la dia nak ber Smart2 ni di sekolah menenggah
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 09:00 PM | Show all posts
mcm kecil lah paparan. mungkin tak guna sepanjang masa, tukar2 dgn whiteboard ikut keperluan jugak
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2025 10:21 AM | Show all posts
Klu cikgu pprt boleh follow ke segala technology ni. Dulu masa science n math kena ajar in english pun dah gelabah teteks cikgu2 memasing bila pengetua buat round time dorg mengajarr kohkohhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2025 12:30 PM | Show all posts
sekolah-sekolah pedalaman masih primitif dan daif, fadhlina dah jenguk ke belum?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2025 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
ok la tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2025 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ambik credit ke.. bukan duit sumbangan mak ayah ke
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2025 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 19-4-2025 12:30 PM
sekolah-sekolah pedalaman masih primitif dan daif, fadhlina dah jenguk ke belum?

Biarlah sekolah itu begitu
Kos nk baiki tu boleh dpt baiki 2,3biji sek lain
Semua benda ada kos lepas
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2025 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 19-4-2025 10:21 AM
Klu cikgu pprt boleh follow ke segala technology ni. Dulu masa science n math kena ajar in english p ...

Ini patut diutamakan, ramai cikgu mcm x blh catch up dgn teknologi
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2025 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Uuuu kaya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2025 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang tau tak regat semat bod tu berapa? Aku pun tak ingat tapi yang aku tau mahal oooo lagi2 kalau pakai rega LPO.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2025 11:30 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 18-4-2025 02:54 PM
Pulau Pinang perlu mintak merdeka daripada dijajah Malaya

xyah ler.nanti kena kata aku lahir kat obersea
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 01:02 AM | Show all posts
vespa_oren replied at 19-4-2025 01:41 PM
Ini patut diutamakan, ramai cikgu mcm x blh catch up dgn teknologi

Khenn, nak buat apa2 pun kena educate cikgu2 dulu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2025 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.058485 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list