CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2515|Reply: 23

Kalau Mimi Fly tidak tahu mana nak mula, saya bantu

[Copy link]
Post time 17-4-2025 10:35 AM | Show all posts |Read mode


PERNAH bekerjasama menerusi lagu Rewang Raya lapan tahun lalu, penyanyi, Noraniza Idris masih menyukai gaya dan idea yang diketengahkan Mimi Fly menerusi lagu yang dihasilkan.


Menurut Noraniza yang mesra disapa Kak Ani, Mimi Fly atau Shamimi Amalina Norisham, 39, mempunyai kemahiran dalam menghasilkan rentak dan lirik rap yang bagus. Ratu etnik kreatif itu menyifatkan hasil kerja Mimi seperti air yang mengalir.


Oleh itu, kak Ani berharap agar penyanyi Angkat itu akan kembali berkolaborasi untuk menghasilkan sebuah lagu terbaharu untuknya.




“Saya sedang mencari lagu baru, rujukan itu sudah ada cuma sedang mencari komposer yang betul. Saya suka lagu Mimi Fly, ia termasuklah lagu Rewang Raya yang dahulu saya saya berduet dengannya.


“Ketika itu saya beri kelonggaran untuknya buat apa sahaja di bahagian rap. Apa yang ada dalam dirinya terus mengalir. Dari situ saya tahu dia seorang yang hebat dengan hasil lirik rap yang menaril.


“Cuma saya masih mahu terikat dengan genre tradi­sional dan etnik kreatif. Kalau genre lain takut saya tidak mampu.


“Kalau jadi saya kurus tiga bulan lagi, saya nak jadi Mimi Fly kedua,” katanya berseloroh ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.




Bukan itu sahaja, menurutnya lagi, pendekatan Mimi menggunakan bahasa isyarat dalam video muziknya perlu diberi pujian dan boleh meraih pengiktirafan rekod dunia sekiranya benar-benar diberikan perhatian.


“Bahasa isyarat dibuat Mimi Fly sangat bagus, saya siap syorkan ada satu program khas untuk jadikan ia sebagai pemegang rekod dunia. Saya percaya dia boleh lakukannya lebih-lebih lagi namanya sedang meletup.


“Cuma, dia kena cari ruang untuk tarik semua peluang. Dia pula seorang komposer.


“Saya mahu sangat Mimi berada di tahap itu, kalau dia tak tahu macam mana nak buat, tidak mengapa saya buatkan.


“Saya sanggup buat. Sayang jika inisiatif bahasa isyarat ini didiamkan. Kemudian kita kolaborasi dengan dengan negara-negara luar seperti di ASEAN. Dia boleh buat semasa hari kebangsaan,” tambahnya.




Bakal mengadakan konsert percuma iaitu Konsert Eh Raya 2025 di Summit USJ pada 26 April ini, Noraniza berhajat mengundang Mimi Fly untuk kembali memeriahkan dan menghidupkan semula lagu Rewang Raya kepada khalayak.


Sayangnya, Mimi berangkat ke Singapura atas urusan kerja. Namun begitu, penyanyi Ngajat Tampi itu berjanji memberikan persembahan terbaik sepanjang dua jam di pusat beli-belah itu nanti.


“Hasrat nak panggil Mimi Fly sekali sebab lagu Rewang Raya saya nyanyi dengan dia. Sekarang dia tengah popular ingat nak tarik dia sebagai ‘sajian’ tapi dia ke Singapura,” katanya.


Konsert yang bakal menggabungkan sketsa, tarian dan nyanyian itu turut diserikan dengan kehadiran penyanyi seperti Azmir Arif, Helmi Gimmick dan Siti Sarah.


Penonton akan disajikan dengan persembahan lagu-lagu raya penuh nostalgia diiringi oleh lebih 60 penari daripada Noraniza Idris Dance Academy (NIDA TARI). - Utusan




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2025 01:31 PM | Show all posts
rewang raya tu bunyi gong xi fat choiiii jahhh
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya betul.. macam lagu gong xi fat cai Masalah nya bkn sikit2.. mcm keseluruhan lagu
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 02:47 PM | Show all posts
Konsert yang bakal menggabungkan sketsa, tarian dan nyanyian itu turut diserikan dengan kehadiran penyanyi seperti Azmir Arif, Helmi Gimmick dan Siti Sarah.


Siti sarah yg mana?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 02:47 PM | Show all posts
8 tahun?? adoiii.. masa tu buat time gong xi raya kaa?? hmm tak mariii lansungggg lagu nye..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 02:47 PM | Show all posts
8 tahun?? adoiii.. masa tu buat time gong xi raya kaa?? hmm tak mariii lansungggg lagu nye..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2025 03:21 PM | Show all posts
menyesal nye bukak lagu rewang raya tu, buat habis data je
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 03:30 PM | Show all posts
artikel tahun bila ni siap ada siti sarah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2025 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari kolab dgn kak ani ni baik kolab dgn kak ramlah ram lgi bestttt
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 03:34 PM | Show all posts

Samalah..terkejut baca siti sarah. ada penyanyi lain nama siti sarah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg berharap sungguh nek ani nak collab dgn mimi ek

mimi balas lah permintaan nek ani ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 03:42 PM | Show all posts
matbad replied at 17-4-2025 07:32 AM
Dari kolab dgn kak ani ni baik kolab dgn kak ramlah ram lgi bestttt

tolong lah mimi.. ko jgn setuju.. ko buat je sendiri. x perlu bantuan dr dia. ko dah ada nama pun.. kebaboom pun sekarang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
TabletSusu replied at 17-4-2025 03:42 PM
tolong lah mimi.. ko jgn setuju.. ko buat je sendiri. x perlu bantuan dr dia. ko dah ada nama pun. ...

Hahaahaha tula dia pn nak mencelah
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 06:27 PM | Show all posts
sleepandream replied at 17-4-2025 01:31 PM
rewang raya tu bunyi gong xi fat choiiii jahhh

HAHAHAHA iols pun dgar benda yg sama hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 09:44 PM | Show all posts
Kau pun x tertolong asyik kene tipu dan menipu je, ade hati nk tolong org
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Lulu_717 replied at 17-4-2025 03:34 PM
Samalah..terkejut baca siti sarah. ada penyanyi lain nama siti sarah ke?

Collab 8 tahun dulu. Logik kot sebab siti sarah hidup lagi masa tu. Tapi meols tercari-cari jugak mana siti sarahnya dlm mv tu? Helmi gimmick pun tak jumpa. Meols perasan ada azmir yg sengau tu je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2025 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Haram tak best langsung lagu rewang raya ni. Nak menyanyi di open house company pun rasa segan je
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 10:55 PM | Show all posts
Dah tua2 tu x payah la nak fikir nak buat lagu baru lagi dan lagi.

Iols malas nak baca habis...entah berkaitan ke tak komen i ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 03:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Sarah Tarudin kot. Adik ct nurhaliza
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 17-4-2025 02:38 PM
Ya betul.. macam lagu gong xi fat cai  Masalah nya bkn sikit2.. mcm keseluruhan lagu

Gong gong gong cha, gong gong gong cha.
Sebijik la plak.

Btw, mimi tak perlulah nak collab dengan penyanyi senior. Susah nak bebas berkarya. Semua nak menempel je sbb mimi tgh fly high sekarang, back to back lagu viral
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2025 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.057060 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list