View: 3302|Reply: 24
|
[Jenayah]
Bahagian Muka Kena Censor, Dah Macam Penjenayah Kena Serbu 999!
[Copy link]
|
|
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @seorangaen, apa yang menjadi perhatian adalah cara dia ‘memasarkan’ produk tersebut dilihat agak unik dan berbeza.
Melalui perkongsian itu, dapat dilihat video promosi berkenaan seolah-olah seperti satu siri program televisyen popular, 999.
Menariknya, wanita itu siap melakonkan gaya serta meniru suara mirip pengacara program tersebut iaitu Zakiah Anas.
Malah, dia bersama jurukamera dilihat membuat ‘serbuan’ di premis terbabit dan menemu ramah pekerja yang kononnya dianggap penjenayah.
Lebih menarik, butiran temu bual itu juga adalah berkisarkan tentang servis yang disediakan serta waktu operasi.
Menerusi perkongsian tersebut, ada adegan yang memaparkan seolah-olah dia sedang menunjukkan bahan bukti kepada penjenayah berkenaan sedangkan ia merupakan kertas promosi.
Bukan itu sahaja, ada adegan yang memaparkan dia menemu bual individu yang pernah menjadi ‘mangsa’ atau dalam erti kata lain pelanggan yang pernah mendapatkan perkhidmatan dari kedai gajet berkenaan.
Pengguna Teruja & Luah Rasa Kagum, Anggap Review Lain Dari Lain
Video yang telah mendapat lebih 1 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang terhibur dan meluahkan rasa kagum apabila melihat kandungan video wanita berkenaan.
Malah, ada yang menyifatkan cara dia memasarkan premis berkenaa sebagai kreatif dan berbeza dari kebiasaan.
Tidak hanya itu, ada segelintir yang tidak menyangka video seperti program televisyen jenayah popular itu merupakan kandungan untuk review produk.
Rupanya Pernah Promosi Produk Ala-Ala Program Melodi
Untuk info, ini bukanlah pertama kali pengguna berkenaan membuat review sebegitu.
Sebelum ini, dia pernah membuat review sebuah produk seolah-olah seperti program gosip artis popular, Melodi.
Menerusi video berkenaan, dia melakonkan gaya seorang artis yang mengalami sakit tekak ketika membuat persembahan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Sayap kat baju tu lebihan alas meja ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang kelakar..
Sebenarnya ini tidak secara langsung menyedarkan kita yang TV3 overuse muzik dramatik dalam program-program mereka. Sungguh outdated. Kalau di buletin utama pula siap siar muzik mendayu-dayu jika ada tragedi untuk mainkan perasaan penonton. Pada pendapat aku itu semua tak perlu. Berita perlu objektif, bukan main perasaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
why is this in isu semasa? bukan ni patutnya masuk dalam kongsi tular ker? |
|
|
|
|
|
|
|
aku suke jg tgk content die ni, kdg nmpk mcm serius je tpi kelakar |
|
|
|
|
|
|
|
Isu semasa amik video fyp kat TikTok..nape fyp aku xde benda2 ni camni |
|
|
|
|
|
|
|
vanillaessence replied at 17-4-2025 08:08 AM
Part last dia gelak, aku pun ikut gelak skali  |
|
|
|
|
|
|
|
akak ni mengacara lagi best daripada si 999
prog jenayah tapi bulu mata punye la tebal |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni kena buat edisi Bersamamu dan Muzik2 pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi setiap zakiah anas yg berjaya, ada 99 lagi yang berbakat sama tapi tak lepas ke tv3. Makanya buat video sendiri ja lah dek. Ini salah sorang. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa dia bukak pintu van tu, muncung yg keluar dulu lepas tu baru kaki. |
|
|
|
|
|
|
| |
|