View: 1698|Reply: 22
|
[Politik]
Contohi Pak Lah: Dia tak ada masalah letak jawatan, kata Mahathir
[Copy link]
|
|
malaysiakini.com.my
Diterbitkan: Apr 15, 2025
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad memberi penghormatan kepada penggantinya, Allahyarham Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
Bercakap kepada pemberita di Masjid Negara, Mahathir mengimbau bahawa dia pertama kali bertemu Abdullah pada 1968 di sebuah pasar raya.
Bagaimanapun, perkara yang paling diingatinya hari ini ialah keputusan Abdullah berundur sebagai perdana menteri pada 2009.
Mahathir berkata selepas dia melepaskan jawatan perdana menteri pada 2003, Abdullah yang ketika itu menyandang jawatan timbalan perdana menteri, mengambil alih tampuk kepimpinan negara dan mencatat kejayaan luar biasa pada Pilihan Raya Umum ke-11 pada 2004.
“Apabila beliau menjadi perdana menteri, beliau mengetuai pilihan raya pada tahun 2004 dan mencatat kemenangan paling cemerlang dalam sejarah negara dengan meraih hampir 90 peratus undian untuk Barisan Nasional.
“Selepas itu dia mentadbir dan hadapi banyak masalah, sebab masalah-masalah ini prestasi dalam pilihnaraya 2008 tidak begitu itu baik.
“Dan dia tidak teragak-agak, apabila kejayaan yang kurang (memuaskan), ramai yang tuntut dia untuk letak jawatan, dia tak ada masalah dia letak jawatan.
“Inilah cara di Malaysia, apabila kita bersara kita pergi dengan mudah tanpa masalah dan kita serah kepada pengganti kita.
“Kalau amalan ini diteruskan Malaysia, jadi negara aman. Ini contoh Abdullah Badawi,” katanya kepada pemberita.
Hubungan Mahathir dengan Abdullah renggang sekitar 2006 selepas pembatalan projek jambatan 'bengkok' ke Singapura.
Keadaan bertambah buruk, apabila selepas pilihan raya umum 2008, Mahathir menjadi antara pengkritik Abdullah yang paling lantang menggesa dia meletakkan jawatan.
Ia sampai ke tahap Mahathir bertindak ‘keluar’ Umno pada Mei 2008 untuk membantah keengganan Abdullah ketika itu untuk berundur.
Abdullah akhirnya mengalah dan melepaskan jawatannya pada April 2009.
Sementara itu, Mahathir turut mengimbas bahawa Abdullah adalah antara pemuda yang dibimbing oleh perdana menteri kedua negara Abdul Razak Hussein.
“Razak mempunyai kepercayaan yang besar kepada Abdullah," katanya.
Mahathir turut menyifatkan allahyarham sebagai lambang kepimpinan berhemah dan matang yang wajar dicontohi demi kelangsungan kestabilan dan keharmonian negara.
“Saya mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga allahyarham dan percaya mereka akan tabah menghadapi ujian ini. Ini adalah lumrah kehidupan; setiap yang hidup pasti akan kembali kepada-Nya,” katanya.
Abdullah, yang lebih mesra dengan panggilan 'Pak Lah' meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam semalam di usia 85 tahun.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dan pak lah bila bersara dia buat cara bersara.ko saka...sampai hilang deposit.sampai org dah x pandang |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke Atok yang suroh?
#SakaBangka |
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 15-4-2025 05:41 PM
Bukan ke Atok yang suroh?
#SakaBangka
apa nama2???? |
|
|
|
|
|
|
|
Macam...Kurang kena la dia cakap gini knowing why aruah tu pi letak jawatan.
Dasar old fckier. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
cute dan kelakar... 
|
|
|
|
|
|
|
|
No disrespect Tun, but you should clean the mirrors kat rumah you. Dua kali resign, pastu nak jadi PM balik tak dapat meroyan sampai la, siapakah orang itew? |
|
|
|
|
|
|
|
Ni Tua kutuk tu ckp kat sapa ni??
"Inilah cara di Malaysia, apabila kita bersara kita pergi dengan mudah tanpa masalah dan kita serah kepada pengganti kita." |
|
|
|
|
|
|
|
Yang sebelum Pak Lah tu siapa ye ? Kalau tak silap, 22 tahun pegang jawatan PM. |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni yang bakal dapat kebumi kat makam pahlawan maybe tun m, najib, muhyidin, ismail sabri n Anwar? Sape yg boleh bagi keputusan ni agong ke |
|
|
|
|
|
|
|
Yang sebelum Pak Lah tu siapa ye ? Kalau tak silap, 22 tahun pegang jawatan PM. |
|
|
|
|
|
|
|
grouper replied at 16-4-2025 12:07 PM
Lepas ni yang bakal dapat kebumi kat makam pahlawan maybe tun m, najib, muhyidin, ismail sabri n Anw ...
Ada 7 je. 5 dah ada makamnya. Yang ada gelaran Tun. |
|
|
|
|
|
|
|
Mahathir lagi dementia teruk ketimbang Pak Lah |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau pg makam pahlawan, msti trfikir sape next yg akn kebumi kt sana lps pm3..ingt pm 4&7 dulu, skali pm5  |
|
|
|
|
|
|
|
lupa pulak sape eh nama PM yg letak jawatan masa covid tengah mula2 nak rancak tu??lepas tanggungjawab terus eh? tanya jer |
|
|
|
|
|
|
|
axl_bach replied at 16-4-2025 03:31 AM
Ni Tua kutuk tu ckp kat sapa ni??
"Inilah cara di Malaysia, apabila kita bersara kita pergi dengan ...
Yang penting bukan dengan diri semdiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Berbalah2 sesama pm hujung2 kubur sebelah menyebelah jua |
|
|
|
|
|
|
| |
|