"Alhamdulillah, bukan senang drama atau pelakon kita hendak dikenali di Indonesia. Bagi saya itu rezeki buat semua yang terlibat.
"Faizal memang terbaik, bekerja dengannya sangat mudah malah dia banyak berkongsi ilmu dengan saya," katanya.
Tidak hanya Faizal, Fattah memberitahu dia juga terkena tempias apabila menerima banyak komen serta mesej peminat di Indonesia.
Malah ramai bertanya kepadanya sekiranya Bidaah akan muncul dengan musim kedua.
"Akaun TikTok saya ramai betul penonton dari Indonesia meninggalkan komen memberitahu mereka sukakan drama tersebut.
"Banyak juga bertanya bila musim kedua Bidaah akan keluar. Saya tak boleh nak jawab sebab saya pelakon sahaja," ujarnya.
Selain Faizal dan Fattah, Bidaah turut menampilkan barisan pelakon seperti Fazlina Ahmad Daud, Riena Diana, Marissa Yasmin, Fathia Latiff dan Vanidah Imran.
Kesemua 15 episod Bidaah arahan Fazli Yahya itu kini boleh ditonton menerusi aplikasi penstriman Viu.
Dalam perkembangan lain, Fattah bakal muncul dengan filem terbaharu lakonannya iaitu Kulit Wayang yang akan ditayangkan di pawagam pada 1 Mei ini.
Menerusi filem arahan Dain Said itu, Fattah bergandingan dengan barisan pelakon seperti Pekin Ibrahim, Jenna Kamaratih dan Raynavenzka Deyandra.
Sumber: mStar