CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13709|Reply: 196

'Keluarga saya suka Amira' - Fattah

[Copy link]
Post time 27-3-2025 05:50 PM | Show all posts |Read mode

Shah Alam: Pelakon, Fattah Amin mengakui keluarganya menyukai dan merestui hubungan baiknya dengan penyanyi, Amira Othman.

Fattah ketika ditemui berkata, Amira adalah rakan artis dan rakan sekerja yang baik.

"Mereka (keluarga) suka sebab Amira pun ada datang ke majlis sebelum ini dengan keluarga saya. Mereka gembira melihat saya berkawan dengan Amira.

"Dia rakan artis dan rakan sekerja yang baik. Tapi, nak cakap lebih pun tak berani. Mesra sebagai teman sekerja," katanya.

Dalam pada itu, Fattah juga sempat menitipkan doa kepada Amira yang ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah.

"Ada saya kirimkan doa kepada dia. Dia pun ke sana di waktu yang sangat terbaik, 10 malam terakhir dan doa mustajab. Banyak doa saya kirimkan dan Insya-Allah, doanya dimakbulkan," katanya.


Dalam pada itu, ditanya apa perasaannya apabila kisahnya bersama Amira mendapat perhatian Biduanita Negara, Fattah hanya mampu mengeluarkan kata gembira sambil tersilu malu.

“Rasa gembira apabila ada rakan-rakan artis yang bercakap baik-baik pasal kita. Tetapi untuk saya komen lebih-lebih tak berani.

“Saya dan Amira kami hanyalah rakan sekerja yang bertugas sebagai duta untuk satu jenama pakaian. Doakan sahaja yang baik-baik.

Terdahulu, hubungan Fattah dan Amira mula mendapat perhatian ramai sejak hujung tahun lalu. Mereka berdua juga sering tampil sedondon sewaktu mempromosikan jenama baju raya terkenal.

Fattah turut menafikan desas desus dia akan menamatkan zaman dudanya bersama Amira dalam masa terdekat. –


Sumber: KOSMO! ONLINE, Harian Metro


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2025 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhhh tahniahhhhh Islamic Couple of the Year

Semoga cepat disatukan


Tahniah Jahmigha #AdaNafkahUntukAttah
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Pak pak pung.

Keluarga suka.
Fans sokong.
Artis-artis sokong.
Dato Siti pun sudi nak menyanyi dimajlis theyols nanti kalau jadi.
Bertuah sungguh fattah dan amira.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Inikah yg orang panggil laki setia... Yg sayang isteri... Yg penuh kesedihan selepas di ceraikan...cepat ye move on... Alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
alahai   
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 07:49 PM | Show all posts
  


Mesti jadi punya....kalau tak jadi tah lah. kelu lidah


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2025 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
timah03 replied at 27-3-2025 07:25 PM
Inikah yg orang panggil laki setia... Yg sayang isteri... Yg penuh kesedihan selepas di ceraikan...c ...

Lelaki cepat move on uols. Tambahan pula lelaki macam fattah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamduliillah syukur kepada Allah..semoga cepatlah dihalalkan jahmirah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2025 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah...moga jodoh kali nie berkekalan hingga syurga...

pesanan ikhlas untuk forumer2 lain...dah2 la bergasak sebelahkan fatah atau fazura...kite x dapat untung sikit ap pun atas kehidupan diorg...fazura dh bahagia dgn hidup yg dia nak...fatah dh bahagia dgn pasangan dia pilih...kita org luar x payah la nak lebih2...salam ramadhan korang...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak lama lagi abam patah kawen dengan kaka mira.
Peah suka.
Peah gembira.
Untung la abam patah dapat family in law kaya raya.
Senang hidup abam patah.
Abam patah pun jutawan.
Dermawan.
Pahlawan.
Agamawan.
Wan wan wan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
mira..cr org lain please
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau tgk dari post fattah, nampak sgt fattah dh berbunga2 feeling dia kat mira dan sekiranya betul2 berjodohan mmg good grab la utk pihak fattah sbb mira mmg excel dlm semuanya, rupa paras elok, kaya dlm akhlak & juga financially pstu mira ni mmg disayangi oleh ramai artis2 yg senior dan junior walaupun sendu di kalangan netizen, rasa terkejut sbb ramai sungguh artis yg shipkan fattah & mira.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by esteryen at 27-3-2025 08:58 PM
timah03 replied at 27-3-2025 07:25 PM
Inikah yg orang panggil laki setia... Yg sayang isteri... Yg penuh kesedihan selepas di ceraikan...c ...


silap fattah ialah dia x jujur ngan perasaan dia dlm perkahwinan dia ngan faz.
Ini dari statements both sides dlm kes cerai mereka, dilemma mereka dh start & berlanjutan selama 2 tahun dan faz sampai guna sengsara utk membayangkan perkahwinan mereka dlm 2 tahun tu.
2 bulan sebelum faz filekan cerai, fattah pun dh keluar rumah balik stay ngan famili, maksudnya hati fattah pada faz pada perkahwinan mereka mmg dh lama hilang sbb tu la saya yg mula2 xmengikuti kronologi mereka pun terkejut ehhh apasal lajuuu gilerr fattah ni move on sbb ehhh baru je kot xnak lepas faz dan2 segala pujian kat faz.
sekiranya fattah jujur & tegas ngan perasaan dia sendiri, mmg logik ja dia move on dan feeling bunga2 kat mira skrg sbb perasaan cinta dia kat faz dh lama hilang & faz & mira mmg 2 personality berlainan, which in fact saya rasa mira lebih sesuai utk fattah sbb kalau fattah dpt pasangan yg dominian mcm faz, dia jadi tololwer, with mira nampak la juga fattah stood up jadi leader.
.
its okay to fall out of love but never okay to keep be lebam, baguslah juga faz berani & pi filekan cerai sbb kalau tak entahlah berapa lama mereka nk drag loveless marriage tu sampai bila. moga fattah belajar dari kesilapan dia & stop be lebam
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 09:08 PM | Show all posts
esteryen replied at 27-3-2025 08:55 PM
silap fattah ialah dia x jujur ngan perasaan dia dlm perkahwinan dia ngan faz.
Ini dari statements ...

  








#wait&seeMalaysian


Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
ye la kita faham famili fattah (famili mertua) bkn semestinya mmg kena suka kat faz, tapi since fattah dh balik rumah famili selama 2 bulan tu, takkan la mak ayah x nasihat anak laki tu apa dia buat tu salah, kalau dh xnak, lepaskan, kalau nak, kau pi balik rumah ngan bini & anak hangggg...ni biar je anak tu pi seksa mental bini...
fattah ni laju move on sbb dh takde feeling kat faz tapi lolll terkejut juga ngan famili members fattah pun laju giler movee on, punyalah manis happy senyuman ibu fattah masa bergambar ngan mira..mestilah restu kan, siapa xnak menantu macam mira.
moga2 lepas ni mak ayah fattah hempuk la kepala anak laki tu supaya hilang lebam ye, jgn aniayai anak pompuan orang lagi, mereka sendiri pun ada anak pompuan kan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
pastu fattah ni mmg sejenis lebam masa bagi statement ke apa sedangkan dh kategori pelakon senior dh berpuluh tahun bertapak dlm industri hiburan..
.
https://ohbulan.com/video-watak-ansara-didakwa-sama-dengan-realiti-fattah-amin-itu-kena-tanya-penulis-skrip/
.
"Bila saya baca, baru saya nampak ada sedikit persamaan. Saya tak pasti berapa peratus, tak boleh nak cakap. Tetapi ada sedikit persamaan." - mcm bengong je ckp mcm tu, dh serupa bagi gambaran mengiyakan gossip mossip kat forum psl belah ex ada yg menanti tu...
.
Tak boleh ke just jawab ni cerita fiksyen je mestilah takde kaitan ngan yg hidup atau mati dan semestinya takde kaitan ngan kisah penceraian saya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2025 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
I suka je tgk dorg, nampak sepadan. Suka tgk amira ni lembut je, soft spoken dan tak gedik
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Sempena malam ke 27 ni iols nak doakan yang baik baik je untuk semua yang terlibat. Semoga fattah dan amira berjodohan andai itu yang terbaik. Semoga fattah dapat jadi suami yang baik kepada AO dan vice versa. Dan of course semoga kak faz dan fatima terus bahagia , andai ditakdirkan kak faz ada jodoh lain semoga dapat yang betul2 ikhlas menyayangi both of them. Aamiin ya rabb
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
esteryen replied at 27-3-2025 09:08 PM
ye la kita faham famili fattah (famili mertua) bkn semestinya mmg kena suka kat faz, tapi since fatt ...

Sedih pulak baca ni. Sedangkan faz yang bijak yang kaya yang berdikari pun ambil masa utuk keluar dari loveless marriage, macam mana la dengan rakyat marhein yang lain. Yang takda sumber pendapatan, yang bergantung kepada suami. Sayu pulak rasa malam2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
esteryen replied at 27-3-2025 09:19 PM
pastu fattah ni mmg sejenis lebam masa bagi statement ke apa sedangkan dh kategori pelakon senior dh ...

kan..nmpk x? Since dr hr tu lg fattah mcm sengaja pancing netizen to speculate bila kuar statement? I believe fattah ni bkn lembam, tp more tu cunning. I rs dia still rs sakit hati dgn ex wife la.

Erma Fatima sendiri ckp xde kena mengena, mcm mn fattah kata ada kena mengena? which part?

Hr ni punya soc med bertubi2 kuar cite psl fattah n amira, I percaya ex bini mesti x sikit byk rs sedih diganti mcm tu je.

To faz, I just nk wish bertabah la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-4-2025 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.056112 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list