View: 3592|Reply: 43
|
[Tempatan]
Pelajar Perlu Pakai Lencana Jalur Gemilang Bermula 21 April,Diberi Secara Percuma
[Copy link]
|
|
bhonline.com.my
27 MAC 2025
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengeluarkan pekeliling mewajibkan pemakaian Lencana Jalur Gemilang kepada semua pelajar institusi pendidikan di Malaysia. Pemakaian ini diwajibkan ke atas pelajar sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, Kolej Matrikulasi dan Institusi Pendidikan Guru Malaysia.
Menerusi garis panduan yang dikeluarkan pada 24 Mac, pemakaian lencana ini berkuat kuasa serta-merta pada 21 April 2025.
Antara objektif penguatkuasaan pemakaian Lencana Jalur Gemilang ini bertujuan meningkatkan semangat patriotisme, memupuk perpaduan dan menonjolkan identiti kebangsaan. Malah, ia juga bertujuan mewujudkan sikap bertanggungjawab dan berdisiplin dalam diri pelajar.
Selain itu, pemakaian lencana tersebut menjadi tanda penghormatan terhadap negara dan memupuk perasaan bangga terhadap negara.
"Institusi pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pemakaian lencana Jalur Gemilang, terutamanya dalam memupuk rasa cinta dan hormat terhadap negara.
"Oleh yang demikian, institusi pendidikan perlu memastikan murid memakai lencana Jalur Gemilang mengikut tatacara pemakaian dalam garis panduan yang ditetapkan," maklum kementerian tersebut.
Lencana tersebut perlu dipakai pada pakaian seragam murid seperti baju prasekolah, baju kemeja, baju kurung dan pinafore tunic. Bagi murid beragama Islam, lencana perlu dipakai pada tudung dan baju Melayu. Pakaian sukan, pakaian batik dan baju korporat kolej vokasional juga tersenarai dalam pakaian seragam yang perlu mengenakan lencana ini.
Selain itu, pelajar turut diwajibkan memakai lencana tersebut pada pakaian seragam unit beruniform dan pakaian seragam khas.
Menerusi siaran media yang dikeluarkan, KPM akan membekalkan dua unit lencana secara percuma kepada setiap pelajar untuk sesi persekolahan 2025/2026.
"Inisiatif ini bertepatan dengan fungsi institusi pendidikan untuk menyemai rasa cinta akan negara dan menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda," ujar KPM.
Dalam pada itu, KPM turut menegaskan pelajar agar tidak menggabungkan lencana bersama aksesori lain atau dihias sehingga menjejaskan maruah simbol kebangsaan itu.
"Pemakaian lencana Jalur Gemilang mesti dilakukan dengan penuh tanggungjawab dan tidak boleh dipakai dalam keadaan kotor, rosak atau tidak terurus," tambah kementerian berkenaan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
okayyyy nak kena jahit plak additional lencana tu. sekiranya malas kena beli tape utk lencana tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 27-3-2025 02:19 PM
Mohon pemakaian lencana ini jugak di perluas KPD PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG NEGARA.....selaras dengan objektifnya bertujuan meningkatkan patriotisme,mewujudkan sikap bertanggungjawab dan berdisiplin.Mohon yer... |
|
|
|
|
|
|
|
Utk pegawai penguatkuasa sila pakai lencana Saya tolak Rasuah.. Wajibyee |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh tak buat benda2 yg menguntungkan rakyat jelata? |
|
|
|
|
|
|
|
Terus semangat patriotic meruap2 dlm diri...
Ya semangat!!!
Tu baru baca je belum lg tgk dan jahit ke baju anak |
|
|
|
|
|
|
|
siapa dapat tender ni? saja2 buat job nak mengkayakan kroni ke apa ni..kalau bulan merdeka ke apa aku paham la. apa thought process orang yg suggest pakai bendera ni takleh brain aku |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau boleh pun, lagu-lagu patriotik yang tidak berspesifik Hari Merdeka dan Hari Malaysia boleh juga dikumandangkan setiap hari termasuk musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha, Tahun Baru Cina dan Deepavali serta Krismas. |
|
|
|
|
|
|
|
OK ja nak terapkan jiwa sayangkan simbol negara pada usia muda. Di indon bendera itu dianggap sacred kalah bible. Acik2 tak payah lah negatif sangat, kalau tak suka kan boleh migrate 
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 27-3-2025 05:46 PM
Stress baca komen2 kat socmed
kawan iols org siam malaysia kemain suka lagi
Yg acik2 melayu ngamuk2 dh kenapa?
Siap ckp nnt nk buang kat mana lencana sekolah tu?
Mmg bebetul bebal atau cemana tu?
Pastu dorang ingt skjc tu sek swasta
|
|
|
|
|
|
|
|
Dovahkiin replied at 27-3-2025 03:26 PM
Boleh tak buat benda2 yg menguntungkan rakyat jelata?
Semamgat patriotik ni benda yg x boleh dinilai secara material...... Tp ianya sgt2 penting dlm diri setiap warganegara |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 27-3-2025 05:41 PM
Stress baca komen2 kat socmed
kawan iols org siam malaysia kemain suka lagi
Yg acik2 melayu ngamuk ...
bebalnya..takde pulak disuruh buang lencana.Sejenis baca je tu,isi tak baca pastu meroyan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 27-3-2025 09:41 AM
Stress baca komen2 kat socmed
kawan iols org siam malaysia kemain suka lagi
Yg acik2 melayu ngamuk ...
Meols tumpang gelak bila baca. 
Meols ok je. Ok apa semat Jalur Gemilang di dada tiap hari pi sekolah. Meols appreciate idea ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Meols pun nak pakai nanti. Semangat neh semangat. |
|
|
|
|
|
|
|
asfaz replied at 27-3-2025 06:14 PM
bebalnya..takde pulak disuruh buang lencana.Sejenis baca je tu,isi tak baca pastu meroyan.
Haha tu la padahal siap ada gambar cth kat mana nak letak lencana tu
Sejenis malas membaca dan bodoh sombong
Tak logik la nak buang lencana sekolah plak. Apa laa takkan tu pun takleh pikir.
|
|
|
|
|
|
|
|
Patriotic lepastu buat kuil bersepah sepah...lepastu bukannya pergi kuil hari hari...tapi nak buat banyak banyak, lepastu kerajaan Negeri dan Persekutuan bagi bantuan kuil sampai berlemak lemak..dah macam Hindu Agama Rasmi Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 27-3-2025 06:18 PM
Meols tumpang gelak bila baca.
Meols ok je. Ok apa semat Jalur Gemilang di dada tiap hari p ...
Iols pun taktau knp dorang marah2 nk kata susah hati takde duit nk kena beli lencana
Katanya lencana tu free je kan
Maybe kena la beli sendiri kalau baju lebih drpd 2.
Iols ni lagi laaa tiba2 sekolah dh buka 2 minggu tiba cikgu bgtau start tahun ni darjah 3 dh ada koko kat sek anak iols.
So tiap Rabu kena g awal sekolah utk aktiviti koko
Ha pastu kalut la kita nih nk kena beli uniform plak bagai.
Susah plak nk jumpa saiz sbb anak bdn kecik yelaa selama ni koko tahap 2 jer
Tapi idoklah iols nk merempan walau ikutkan bajet sekolah dh lari ler.
|
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 27-3-2025 10:35 AM
Iols pun taktau knp dorang marah2 nk kata susah hati takde duit nk kena beli lencana
Katanya lenc ...
Iya. Tahun ni dibekalkan. Lencana besi tu rasanya. Pehtu sapa nak beli lencana jahit sendiri, terpulang bajet masing2.
Best tahun 3 dah hada koko. Lagi awal budak2 didedahkan dengan aktiviti koko, lagik bagus. |
|
|
|
|
|
|
|
Benda free je. itu pun nak meroyan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|