View: 1637|Reply: 14
|
Ridzokumura dakwa duit arwah Akiko RM70,000 lesap di rumah
[Copy link]
|
|
Edited by tatod at 27-3-2025 11:50 AM
KUALA LUMPUR: Usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau lebih dikenali sebagai Ridzuan Ridzokumura mendakwa wang bernilai antara RM60,000 hingga RM70,000 milik arwah isterinya, Allahyarham Akiko Okumura yang meninggal dunia hujung bulan lalu, lesap.
Menerusi perkongsian ketika mengendalikan siaran langsung di TikTok, Ridzokumura mendakwa, wang berkenaan kemungkinan besar diambil oleh individu yang pernah bertandang ke rumahnya.
"Sampai hati, duit orang meninggal pun nak ambil. Bukan orang luar, tetapi orang sekeliling saya sebab yang datang pun kawan-kawan, polis, doktor, forensik dan sebagainya," dakwa usahawan berusia 50 tahun itu.
Bagaimanapun, Ridzokumura berkata, dia tidak bermaksud untuk menuduh atau menyalahkan mana-mana pihak.
"Saya tak salahkan sesiapa, salah saya sebab tak simpan duit. Orang yang ambil itu memang salah. Salahnya pada arwah dan Tuhan.
"Tak elok ambil duit orang yang sudah pergi, terkilan saya. Biarlah orang itu jawab dengan Tuhan. Kalau arwah tak maafkan, tak maaflah dia," katanya.
Mengenai wang berkenaan, Ridzokumura berkata, ia adalah simpanan selepas mereka pulang dari Jepun sekitar Februari lalu dan disimpan dalam dua sampul dalam beg arwah isterinya.
"Selepas itu, saya memang tak usik duit ini. Dua tiga hari lepas barulah saya sedar.
"Duit bukan sikit, saya anggarkan dalam RM60,000 ke RM70,000. Itu apa yang saya nampak," katanya.
Berikutan kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya tidak dapat berfungsi, Ridzokumura berkata, dia gagal mengenal pasti individu terbabit.
Sebelum ini, pada 28 Februari lalu, Akiko yang juga warga Jepun berusia 50-an dilapor maut selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16 Subang Jaya.
Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut kerana tiada sebarang unsur jenayah ditemui, namun polis akan membuat siasatan secara keseluruhan termasuk dari sudut kriminologi.
Jenazah Allahyarham Akiko disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya pada 2 Mac lalu.
Sumber: BH Online
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
suspicious sungguh la. cctv rosak pula tu... |
|
|
|
|
|
|
|
masih ada lagi yg bawa cash puluh puluh ribu kulu kilir
saya dah lama meninggalkan area cash ni
hampir semua saya bayar guna CC jer |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada byk cash takde peti besi ke
tapi sama cam bapak i la jugak pencen gomen
mmg sorok cash dlm bantal hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm takpa buat live kerap2 nanti netijen bagi la gift..lebih 70k pun boleh dapat |
|
|
|
|
|
|
|
Tah2 duit tu tak wujud pon. Takat nak create scene sbb lekas benor orang lupa kisah deyols. |
|
|
|
|
|
|
|
semua benda rosak masa tu jugak yer yer
tingkap rosak, skru longgar, yang ni cctv pulak rosak
|
|
|
|
|
|
|
|
nak tuduh polis la tewwwww... |
|
|
|
|
|
|
|
sorry, try again later. am not buying your story |
|
|
|
|
|
|
|
Tak boleh bawa keluar cash over 1juta Yen cash tanpa doucumnet lengkap.. Ingat Jepun Pak Hang punya ka... agak2 sikit lah nak menipu
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
banyak benda pelik kes ni.. report vs his statement tak tally.. tingkap rosak, cctv rosak lah apa lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
sayawifenikmie replied at 27-3-2025 03:20 PM
masih ada lagi yg bawa cash puluh puluh ribu kulu kilir
saya dah lama meninggalkan area cash ni
hamp ...
Masih ada sis. Saya diantaranya. Puluh2 k jugak scattered around rumah . Sebabtu org tak boleh suka2 nak datang rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
rumah kat mana ? nak datang beraya..
|
|
|
|
|
|
|
|
haha humble bragging dia tak rilekkk... sy pn nk ikut pergi beraya jugak kalau camtu 
|
|
|
|
|
|
|
| |
|